[ 1 3 ]

403 21 0
                                    

"SELAMAT pengantin baru semoga—" Jam baru menunjukkan pukul 7 pagi tetapi telinga Adam sudah menangkap bunyi-bunyi yang tidak menyenangkan. Ingat boleh lah dia lelap lama sedikit memandangkan subuh tadi baru dia sampai ke pangkalan.

"Gila lah, aku ni mati-mati tau ingat kau orang paling last kahwin. Lah! Paling awal!" Danial mengusik seraya mengelap badannya yang basah selepas mandi.

"Unexpected betul!" Faqri menyambung. Badan dihempas ke katil. Lagi 1 jam baru latihan mereka akan bermula. Boleh lah dia hendak berehat seketika.

"Adam! Kau cerita lah macam mana jumpa dengan isteri tercinta. Kau ni diam-diam lah buat kerja. Baru aku ingat nak merasa Dani punya nasi minyak dulu" Zackwan yang baru sahaja masuk turut menyakat sahabatnya itu sekali.

"Jumpa sebab doa lah. Allah temukan aku dengan dia" Adam menjawab malas. Mulutnya masih berat untuk berbual dengan rakan-rakannya itu. Kalau boleh hari ini dia hanya mahu tidur sepanjang masa.

"Itu memang lah. Tapi takkan lah kau tu jatuh dari langit lepastu isteri kau jatuh cinta pandang pertama!" Faqri memukul belakang badan Adam tetapi si jejaka tidak berganjak pun. Entah-entah sudah terlena kembali.

Qaziey yang juga baru selesai mandi itu hanya tergelak melihat Adam diusik yang lain. Mereka sendiri tidak tahu gamaknya yang Adam berkahwin dengan adik Qaziey.

"Hoi sudah lah tu. Bukan turn kau ke masak hari ni, Faqri? Kau pergi masak sekarang"

"Alah potong lah kau Ziey. Aku pelik sangat ni. Macam mana lah ada perempuan suka dekat dia ni"

"Sebab aku paling handsome dekat sini" Adam menjawab mamai.

"Ah kau! Kau tu memang ada rupa tapi aku handsome jugak apa? Cuma aku jual mahal" Lawan Faqri. Danial sudah melangkah pergi, menyampah pula mendengar kata-kata Faqri tadi. Zackwan pula berpura-pura tidur kembali.

"Geli. Kau bangun pergi masak sekarang. Membebel aje kerjanya" Qaziey membaling tuala basah miliknya tepat ke muka Faqri.

"Jijik lah Ziey!"

==

Hawa mengecilkan matanya. Cuba mengingati wajah gadis yang sedang berada di hadapan rumah itu. Seperti macam pernah lihat tetapi tidak pula terlintas akan peristiwa itu. Baru sahaja dia mahu membuka pintu, telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello?"

"Hello, sayang. Tengah buat apa?" Adam melabuhkan punggung di atas rumput. Panas terik membuatkan peluhnya semakin merinik. Alang-alang mereka dapat berehat 10 minit ini, sempat lah dia hendak membuat panggilan kepada sang isteri.

"Saya baru habis kemas rumah! Sekarang tengah rehat-rehat. Tapi kan awak," Ayatnya tergantung, mata masih memerhatikan figura yang berada di luar.

"Kenapa, Qaysara?" "Saya rasa ada kawan awak nak jumpa lah" Kening Adam bertaut. Kawan? Setahunya hanya keluarga terdekat sahaja yang tahu rumah barunya itu.

"Kawan? Lelaki?" "Tak, perempuan. Dia daripada tadi dekat luar tu. Saya rasa sebab dia nampak kereta awak tak ada. Saya nak jumpa dia lah" Kasihan pula gadis itu menunggu lama di luar.

"Eh no need, Qaysara. Awak jangan keluar. Kalau dia kawan saya, nanti dia akan bagitahu saya" Tidak sedap hati pula Adam hendak membiarkan Hawa keluar. Sudahlah dia berada jauh.

"Awak kemas apa je sayang? Setahu saya rumah tu tak ada lah kotor mana" Adam cuba mengubah topik. Firasatnya kuat mengatakan orang yang berada di luar itu adalah Marissa.

"Saya kemas sikit-sikit je. Lepas tu saya kemas bilik tetamu tu" Hawa berjalan kembali ke arah sofa. Walaupun tidak lah banyak perkara yang dia buat tetapi entah mengapa badannya terasa lenguh.

"Iya? Awak makan apa hari ni?" "Hm, saya tak fikir lagi nak makan apa. Tapi saya rasa macam nak makan maggi je" Adam tergelak. Mentang-mentang dia tidak ada di dalam kawasan, terus sahaja si isteri hendak makan maggi.

"Kenapa tak makan nasi, sayang? Maggi tu bukannya kenyang pun"

"Sebab kalau awak ada, saya tak boleh makan! Nanti awak membebel kata tak sihat" Hawa mencebik.

"Betul lah apa saya kata. Nanti maggi tu boleh buat awak botak tau"

"Ish! Saya bukan makan hari-hari pun!" Makin galak ketawa Adam sehinggakan beberapa kepala pusing ke arahnya. Sejak menjak kahwin ini, bukan main gembira lagi Kolonel Muhammad Adam Baihaqi itu.

"Okay, awak makan lah Qaysara. Saya izinkan tapi make sure awak makan nasi juga. Kalau tak saya balik nanti, maggi tu semua saya sorok" Ugutnya manja.

"Terima kasih awak!"

"Qaysara, masa rehat saya dah habis ni. Nanti habis latihan saya call awak okay? Jaga diri sayang. Kalau nak pergi mana-mana, bagitahu saya dulu ya?"

"Oh okay, bye awak!" "Bye sayang!"

==

"Kau sure ke ini rumah dia? Aku tak nampak kereta pun. Rumah pun macam rumah baru" Marissan menjenguk di sebalik pintu pagar yang tinggi itu. Ada lah dia nampak beberapa pasang selipar di hadapan pintu masuk.

"Kau ingat aku buat kerja macam mana? Bini dia ada dekat dalam tu. Dia dah balik Terengganu" Orang di sebalik talian menjawab.

"Then? Kau nak aku rempuh pagar ni? Aku nak jumpa Adam! Bukan perempuan tu!" Bentak Marissa. Sudah lah dia berpanasan disini. Ingat dia jadi security guard tak berbayar ke?

"Kau duduk je dekat situ. Mesti ada anak buah dia yang tengah perhatikan kau sekarang ni" Terus sahaja Marissa melilau. Takut juga jikalau dia tertangkap.

"You risked my life?! Over what?"

"I would risked anyone's life for Hawa Qaysara. Dah kau duduk je situ. Tak ada lah dia nak tembak kau" Marissa mendengus kasar. Nak tak nak dia kena ikut cakap lelaki itu. Kalau tidak, dia sendiri tidak boleh dapatkan Adam.

"It's a win-win situation, Marissa. Kau dapat Adam, aku dapat Hawa" Lelaki itu meyakinkan Marissa. Tidak mahu rancangan yang dia bina selama ini gagal hanya kerana perempuan itu.

"It's a deal. Kau dapat Hawa, make sure untuk bawa dia jauh daripada Adam. Kalau boleh, buat dia lupa tentang Adam"

"Easy. Kau buat kerja kau, aku buat kerja aku"

"Memang dia tuan. Tapi tujuan dia datang, saya tak pasti lagi" Najmi memberitahu kepada Adam. Tidak lah jauh jarak antara dia dengan Marissa sekarang. Kalau diberi arahan, boleh sahaja dia lakukan.

"Observe her. Jangan biar dia dekat dengan isteri aku" "Baik tuan. Dia dah gerak dah tu. Tuan nak saya follow dia ke?" Najmi sudah siap bersedia di atas motor berkuasa tingginya.

"Tak apa, kau tolong pantau luar kawasan rumah aku tu. Aku ada pasang CCTV tapi risau juga sebab Qaysara tengah duduk seorang tu. Nanti hujung minggu aku balik" Kalau ikutkan, hendak sahaja dia mengangkut Hawa untuk duduk sekali dengan dia tetapi si isteri hendak menjalankan latihan praktikal tak lama lagi.

"Baik tuan" Senang kalau berurusan dengan Najmi. Hulur sahaja duit, dia akan buat.

"You are definitely messing with the wrong person, Marissa" Adam tertawa sinis, terus sahaja dia menaip sesuatu di dalam komputer riba. Dapat sahaja apa yang dia nak, dia memberi maklumat itu kepada Najmi.

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now