[ 2 4 ]

331 19 1
                                    

HAWA bermain dengan jari jemarinya apabila menunggu gilirannya untuk memperkenalkan diri. Selesai sahaja jejaka yang berada di sebelahnya, mata terus tertumpu pada gadis itu.

"Um, Assalamualaikum. Nama saya Nur Hawa Qaysara, umur 23 tahun" Seperti yang lain, dia turut perkenalkan diri dengan nama dan umur sahaja. Baru sahaja hendak beralih kepada gadis yang berada di sebelahnya, salah satu pekerja di situ mengangkat tangan.

"Dah kahwin?" Terus riuh rendah suara jejaka-jejaka yang berada di ruangan pejabat.

"Tak perlu nak tanya soalan yang tak berkaitan. Hawa, abaikan saja. Mereka memang macam tu. Next" Hawa menghela nafas lega. Kepala kekal menunduk sehingga lah semua pelajar praktikal habis kenalkan diri.

"Okay, memandangkan kita ada 10 ahli baru saya bercadang untuk membahagikan mereka mengikut kumpulan. Satu kumpulan, dua orang. Mereka akan ditempatkan di bahagian yang berbeza" Tuan Ghazi, selaku ketua merangkap supervisor di tempat itu.

"Hawa Qaysara, Lukman Zafeer, bahagian technician. Awak berdua bidang engineering kan?" Hawa dan Lukman mengangguk. "Nanti ikut Encik Fauzi ya? Awak punya tempat dekat aras 3"

"Baik encik" Sempat dia memandang sekilas ke arah Lukman yang berdiri tidak jauh daripadanya. Jejaka itu pun mungkin pendiam juga kerana ketika menunggu tadi, tidak pula Hawa nampak dia berbual dengan sesiapa.

"Dismiss! Masing-masing boleh sambung kerja. Ingat, jangan disebabkan mereka intern di sini kamu yang dah lama dekat sini boleh buat sesuka hati. Tempat kerja kita ada undang-undang. Kalau kamu kena buli dengan senior, bagitahu saya ataupun ketua bahagian kamu"

Mereka sama-sama mengangguk. Muncul Encik Fauzi di antara kalangan pekerja di situ, Hawa dan Lukman terus mengikut lelaki yang berumur 40-an itu ke aras tiga.

"Saya Encik Fauzi, saya manager bahagian technician. Nanti Lukman akan bekerja di bahagian mesin dan Hawa pula akan berada di bahagian office. Setiap bulan sehingga awak tamat, kita akan tukarkan kerja awak berdua boleh? Saya nak awak berdua rasa cara kerja di office dan juga mesin"

Lukman dan Hawa hanya menuruti, "Boleh encik"

"Good, jom saya tunjukkan tempat awak berdua"

==

"Sayang! How's your first day?" Adam menegur sejurus panggilan diangkat. Hawa yang baru sahaja menunjukkan muka tertawa mendengar suara Adam. Wajah letih sang suami ditatap.

"Okay je abang. So far so good! Saya kerja dalam office bulan ni nanti bulan depan saya jaga mesin pula" Satu-satu Hawa menerangkan tugasnya kepada Adam sambil tangan membuka bekas makanan yang disediakan.

"Abang masak nasi goreng? Sedapnya!"

"Tu sikit je sayang. Esok abang masak lagi special untuk awak. Okay sambung, lepas tu sayang buat apa je tadi?" Adam menongkat dagu, mata tidak ralit memandang sang isteri yang kini bertudung.

"Hm saya tak ada buat apa pun, abang. Saya buat-buat busy!" Hawa membuat gaya membisik.

"Tak apa lah, sayang pun intern je kan? Memang sepatutnya tak perlu buat banyak kerja. Kalau ada kerja sayang, baru buat okay? Jangan buatkan kerja orang lain pula! Nanti orang ambil kesempatan"

"Saya tahu, abang. Abang dah cakap lah semalam" Hawa mencebik, "Eh? Abang tak makan?"

"Tadi abang dah makan. Abang tunggu awak angkat call je. Rindu" Hawa menjulingkan mata ke atas.

"Hawa?" Kepala Hawa menoleh ke arah suara yang menegur.

"Eh Lukman?" "Oh awak dah makan? Baru ingat nak ajak makan sekali" Lukman mengusap belakang lehernya.

"Hawa bawa bekal hari ni. Sorry, Lukman"

"It's okay, um— see you" Hawa hanya mengangguk dan kembali ke arah telefon bimbitnya sebelum keningnya berkerut.

"Abang tengok apa?" Bukan main lagi Adam menjengah seperti dia nampak pula insan yang bernama Lukman itu. Mukanya sudah cemberut, "Sayang cakap dengan siapa?"

"Oh, tu Lukman. Partner intern saya. Ha! Abang jealous lah tu"

"Mana ada. Perasan lah sayang ni"

"Eleh mulut tu dah boleh buat sangkut baju dah"

==

"Kau kenapa Adam? Pening lah aku tengok kau ni. Isteri dah dekat depan mata pun risau lagi ke?" Faqri menggaru kepalanya. Daripada tadi dia lihat jejaka ini kehulur kehilir.

Adam melepaskan keluhan, "Minggu depan ada perbicaraan kes. Tapi dia nak saksi"

"Kau bawa lah anak buah kau"

"Dia dah masa perbicaraan yang lepas. Mahkamah dah ada keterangan dia"

Faqri berfikir sebentar, "Maknanya, Hawa?" Adam mengangguk. Tidak tahu jikalau Hawa mahu ataupun tidak untuk hadir ketika perbicaraan. Tetapi jika tidak hadir, kes akan berlanjutan.

"Slow talk dengan dia, Adam. Ingat macam mana pun, keputusan dekat tangan dia. Kau jangan buat keputusan untuk dia" Danial yang berada di situ turut mencelah.

"Aku tahu. Kalau dia tak nak, aku tak boleh paksa tapi kes ni tak akan selesai. Aku takut kalau bangsat tu terlepas daripada hukuman"

Danial dan Faqri mengangguk faham. Mereka tahu yang jejaka ini akan lebih memilih Hawa kerana dia tidak mahu isterinya itu terluka tapi dalam masa yang sama, ini untuk kebaikan Hawa juga.

Faqri menepuk bahu rakannya itu, "Apa-apa bagitahu saja dia. Keputusan dia selepas itu, kau dengan dia boleh bincang lagi"

Danial bersetuju, "Lagipun, kau masih boleh bergantung dengan kenyataan daripada Najmi kan? Dia pun mangsa, dia pun saksi. Jadi kau jangan risau, dia tetap akan dapat hukuman"

Adam mengukirkan senyuman kecil. Sedikit sebanyak kata-kata rakannya itu mampu melegakan hatinya, "Thanks. Aku kena bayar kau orang ke ni sebab dengar masalah aku?"

"Boleh lah kalau kau nak bayar. Tapi aku paling minimum pun akan terima lima ribu ringgit. Sanggup ke bayar?" Faqri menjungkitkan keningnya.

"Daripada aku membazir dekat kau berdua, baik aku suruh Qaysara habiskan duit aku dulu"

"Buruk siku!"

"Dam! Turn kau pula!" Qaziey melaung daripada jauh seraya menanggalkan topi keledarnya. Pesawat Aermachi MB-339 yang dibawa semasa latihan diuruskan oleh pengendalian tertentu.

"Bila misi tu eh?"

"2 minggu lagi" Jawab Qaziey. Terus sahaja dia duduk di bangku lalu meneguk air. Faqri melepaskan keluhan, melihat susuk tubuh Adam pula yang menjalani latihan.

"Kau takut?" "Gila lah kalau tak takut. Walaupun sekadar bawa budak PASKAU tu semua, nyawa kita still on the line"

"Nak buat macam mana, we signed up for this" Zackwan yang menunggu giliran turut menyampuk. Pandangan tertumpu pada pesawat yang kini berada di langit biru. Sedar tak sedar, sudah 4 tahun mereka berkhidmat. Pemandangan ini lah yang selalu menjamah mata mereka.

"Alah, kau orang macam tak biasa. Sama je semua misi kita. Cuma kali ini, tempat dia mencabar. Bila-bila masa je kita boleh kena tembak" Kata Faqri. Walaupun dia sendiri yang berkata yang dia takut sebentar tadi.

"Berserah kepada Allah. Kalau mati pun, mati syahid. Mati kerana negara bak kata orang" Ujar Danial sambil ketawa kecil. Apa pun yang mereka buat sekarang, semuanya kerana Allah dan negara.

Itu punca rezeki mereka.

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now