[ 2 0 ]

383 19 0
                                    

          TURUN sahaja pasangan itu daripada tingkat atas, mata Puan Balqis tertancap dahulu kepada sang menantu. Anak lelakinya hanya diabaikan. "Eh? Adam! Awak buat isteri awak menangis ke?"

Bukan main merah lagi mata Hawa. Sedar akan perhatian yang dia dapat, terus sahaja muka disorokkan di sebalik lengan si suami. Adam hanya tertawa kecil, sisi kepala Hawa dikucup lembut.

"Mana ada ibu. Menantu ibu kan hati tisu. Orang baru bagi hadiah sikit, mula lah menangis" Usiknya. Sempat dia mengelak daripada cubitan Hawa.

Puan Balqis menggeleng kepala. Hendak bertanya lebih pun, urusan mereka. Ada lah Adam itu mengusik isterinya tadi. "Macam-macam kamu berdua ni. Jom kita makan. Hawa sayang, sini duduk"

"Adam macam mana?"

"Awak duduk lah juga Adam. Itu pun nak pelawa juga!" Adam tersengih, tangan menarik kerusi buat sang isteri. Perasan yang Hawa masih mencebik, tangan pula naik menggosok matanya. Adam tersenyum kecil. Kepala Hawa diusap lembut.

"Kamu balik Terengganu bila, Adam? Dua minggu kamu cuti kan?"

"Hujung minggu ni orang balik, yah. Ingatkan minggu lepas orang dah mula balik tapi Qaysara punya demam tak baik lagi. Risau pula Adam nak tinggalkan seorang. Nanti pun Adam bawa Qaysara ke sana"

Nasib baik perkara sudah dibincang dengan si isteri terlebih dahulu. Walaupun Hawa pada awalnya tidak mahu ikut, tetapi Adam seorang yang pandai memujuk. Hujungnya, Hawa setuju juga.

"Bagus lah tu Adam. Kamu dah ada isteri ni, jaga isteri baik-baik. Jangan biar perkara yang lepas berulang lagi. Ayah tak mahu tengok menantu ayah alami benda yang sama"

Bukan niat Encik Arman mahu mengungkit, tetapi seeloknya dia memberi pesanan sebelum benda terjadi. Dia tahu, Hawa sedang mengalami trauma. Lihat pada wajah pun Encik Arman boleh tahu.

"Tak apa lah, yang lepas kita jadikan iktibar. Apa yang penting sekarang, kita jaga keluarga kita elok-elok. Jangan biarkan anasir luar ganggu keluarga kita" Aisya yang berada di sebelah Hawa memegang tangan sahabatnya itu.

==

Album yang berada di tangannya dipandang lama. Sesekali Hawa mengerling ke arah Adam yang sudah diulit mimpi. Pipi jejaka itu dikucup lembut sebelum dia berdiri dan melabuhkan duduk di sofa yang berada di hujung bilik.

Teringat pula akan perkara yang berlaku sebelum makan tengahari tadi.

"Apa ni?"

"Hadiah untuk sayang" Kotak yang sudah berbalut kemas dihulurkan kepada Hawa. "Kena buka sekarang?" Tanya si gadis.

"Buka lah. Ke awak nak kita buat unboxing yang macam biasa awak tengok dekat Youtube tu?" Adam tertawa apabila Hawa menampar pehanya. Rambut Hawa diselitkan di belakang telinga.

Perlahan Hawa membuka balutan kertas hadiah yang bercorak bunga itu. Pandai pula Adam membalut kemas begini. Sedikit sebanyak dia rasa terharu dengan si suami. Adam meletakkan kepalanya di bahu Hawa, tangan pula melingkar di pinggang gadis itu.

"Suprise sayang" Bisiknya apabila Hawa membuka penutup kotak yang berwarna hitam. Album gambar dibawa keluar dan diletakkan di atas peha Hawa.

"Siapa kata awak punya tak ada? Awal-awal lagi saya siap buatkan satu album untuk awak dulu, sayang"

Mata Hawa mula bergenang walaupun dia tidak buka lagi album itu. "Ish tak suka lah macam ni" Adam ketawa kecil, sempat dia mengucup pipi Hawa.

Hawa mula menyelak album yang dipenuhi dengan gambar mereka berdua. Kesemuanya ketika mereka melansungkan akad nikah. Disebabkan perkara yang terjadi baru-baru ini, mereka sampaikan tidak sempat untuk membuat majlis.

"Cantik tak, sayang?" Hawa hanya mampu mengangguk. Air mata yang daripada tadi mengalir dibiarkan. Mata pun sudah kabur memandang setiap gambar. Apabila sampai ke gambar yang terakhir, terus sahaja Hawa memeluk Adam.

"Sayang, terharu betul ni. Saya buat album untuk awak pun boleh menangis" Walaupun Adam tidak henti mengusik, tetapi dalam masa yang sama Adam juga memujuk.

"I love you, sayang. Always, sampai hujung nyawa saya. Thank you for allowing me to be in your life forever"

==

"Ada barang lagi ke sayang?" Adam menjenguk ke dalam rumah untuk mencari susuk tubuh Hawa. Kalau dibiarkan lama-lama, takut semua benda Hawa mahu bawa ke Terengganu. Walaupun sudah diberitahu yang rumah mereka nanti sudah tersedia dengan pelbagai barang.

"Sekejap!" Hawa melaung kembali. Tangan mengemas segala alat solek. Setelah selesai, dia mencapai juga album yang terletak di atas katil lalu pergi ke arah Adam.

"Dah?" "Dah! Lama ke kita dekat sana nanti?" Adam berfikir seketika. "Kalau awak nak balik sini, nanti awak bagitahu. Buat masa ni, kita duduk Terengganu dulu. Boleh?"

Hawa mengangguk laju. Dia tidak kisah hendak duduk di mana pun asalkan Adam juga berada di situ. Lagi pula, Qaziey juga berada di sana.

"Okay good. Sayang tunggu dalam kereta. Saya nak kunci semua pintu dulu" Rambut Hawa dikemaskan sebelum dia menapak masuk kembali ke dalam rumah untuk memeriksa segalanya sebelum berangkat.

"Hidup lagi kau ni?" Hawa segera berpusing apabila ada suara yang sangat dekat dengannya. Marissa tertawa sinis, langkah diambil mendekati gadis itu.

"A-Awak buat apa dekat sini?"

"Apa? Kau ingat aku meringkuk dekat penjara sana? Eh aku kena tangkap basah je lah dengan suami kau" Jelas kelihatan kerutan di dahi Hawa. Marissa terasa senang apabila Hawa menunjukkan reaksi yang dia tidak tahu tentang perkara itu.

"Oh Adam tak ada bagitahu?" Perlahan Hawa menggeleng.

"Masa kau hilang dulu, Adam ada datang jumpa aku. Dia kata bila kau tak ada, dia rindu sentuhan daripada kau. Itu sebab aku bagi apa yang dia rindu"

"Saya tak percaya" Tak, Adam tidak akan berbuat begitu. Dia percayakan suaminya tetapi apabila Marissa memberi surat bukti membuatkan kepercayaannya goyah.

"Ke kau nak aku cerita apa yang aku dengan dia buat? Aku minta maaf lah Hawa. Dia yang datang dekat aku dan mungkin dia tak move on lagi?"

Derapan tapak kaki Adam membuatkan mereka menoleh. Marissa memberikan senyuman manis kepada Hawa dan mencapai tangan gadis itu. "Sorry you have to know about that matter like this. I ingatkan you dah tahu. Apa-apa you tanya husband you"

Adam menarik lengan Hawa membuatkan dia berdiri antara dua gadis itu. Tajam matanya mencerlung ke arah Marissa. "Apa yang kau nak?"

"Nothing, Adam. Your wife needs to know the truth right? I balik dulu" Pasangan itu tidak menghalang malah Adam terus memaut bahu Hawa. Tapi lembut Hawa menolak Adam.

"Jom? Dah lambat ni. Nanti sampai sana dah lewat malam pula" Sehabis baik Hawa mengukirkan senyuman. Tanpa Adam membalas, dia sudah meloloskan diri ke dalam perut kereta. Kepalanya masih berat berfikir tentang kata-kata Marissa.

"Sayang okay? Dia ada—"

"Saya okay. Letih sikit je. Nanti awak kejut saya bila dah sampai eh?" Sedikit pun Hawa tidak memandang wajah Adam. Badan disandarkan dan kepala menoleh ke arah tingkap.

"Okay, sayang rehat dulu" Belakang tangan Hawa dikucup. Hawa pantas menarik tangannya dan tidak membalas kepada Adam.

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now