[ 3 9 ]

392 24 3
                                    

          CELIK sahaja mata, tangan terus mencari tubuh sang isteri yang sepatutnya berada di sebelah. Terus Adam bangun apabila merasakan Hawa tiada di sisinya. Selesai solat subuh, Adam terlelap
dek kerana dia pulang lewat semalam.

Setelah mencuci muka, Adam mengorak langkah ke tingkat bawah untuk mencari Hawa. Dengar bunyi daripada bahagian dapur, kaki terus bergerak ke arah sana.

"Sayang?"

"Eh abang dah bangun? Saya tak siap masak lagi" Hawa menoleh ke arah Adam yang masih tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar pendek.

"Kenapa sayang masak ni? Nanti awak penat. Tak apa biar abang sambung" Hawa dipeluk daripada belakang. Dagu Adam berlabuh di bahu isteri.

"Tak apa, sikit je lagi ni. Abang duduk sana"

"Tak nak lah, abang nak duduk sini" Hidung digeselkan di leher Hawa membuatkan dia ketawa kegelian. Tiba-tiba Adam terfikirkan sesuatu.

"Stay still, sayang" Adam meletakkan tangannya di bawah perut Hawa lalu diangkat bagi menampung berat kandungan mereka. Tersentak Hawa apabila merasakan badannya lebih ringan.

"Feels good?" Hawa mengangguk, badan disandarkan ke arah Adam. "Thank you abang"

"Baby, jangan kasar-kasar dengan mommy awak. Kesian mommy" Sambil dia menampung, sambil itu juga dia mengusap. Hawa hanya tersenyum.

"Dah sayang pergi duduk. Biar abang siapkan ni" Lengan Hawa ditarik dan dipaksa juga Hawa untuk berehat. "Abang tinggal tambahkan perasa je tau! Yang lain semua saya dah buat"

"Okay sayang, suami awak yang handsome ini menurut perintah"

"Mengada!"

==

"Sayang? Mana pula dia pergi? Asyik hilang je hari ni" Terjenguk-jenguk kepala Adam mencari Hawa.

"Abang, sini!" Berdiri Hawa di hadapan bilik untuk bayi mereka. Adam memincingkan matanya melihat Hawa yang sedang tersengih-sengih itu.

"Kenapa sayang?"

"Okay, abang nak tahu kan baby boy ke girl? Saya nak tunjuk ni tapi abang kena tutup mata dulu!" Bukan main teruja lagi Hawa hendak memberitahu rahsia yang dia simpan daripada suami.

"Awak asyik suruh abang tutup mata je. Apa kata kita ubah? Awak pula tutup mata"

"Ish! Ini surprise untuk abang! Cepat lah" Lengan Adam digoyangkan. Memaksa Adam untuk menurut sahaja kata-katanya.

"Okay, okay. Abang tutup mata" Adam menutup mata. Tangan Hawa pun turut menutup bahagian mata Adam. Takut sangat jejaka itu akan mengintai nanti. Pintu bilik itu dibuka perlahan dan tangah Hawa memengang lengan Adam.

"Here we are. Abang nervous tak?"

"Jantung abang rasa macam nak tercabut dah ni sayang" Hawa tertawa. Tangan dialihkan daripada bahagian mata Adam.

"Okay buka sekarang!" Buka sahaja mata, penuh bilik itu dengan barangan yang berwarna serba biru.

"Baby boy?" Tanya Adam dengan nada yang teruja.

"Yes! Kita dapat baby boy!" Terus sahaja Hawa dibawa dalam pelukan. Dapat Hawa rasa cecair hangat apabila Adam mengucup dahinya.

"Syukur, Alhamdulillah" "Abang menangis ke?" Kedua-dua belah pipi Adam ditekup Hawa. Air mata sang suami diseka.

"Abang happy, thank you sayang" Perlahan Hawa mengusap belakang Adam bagi meredakan tangisan jejaka itu. "Abang tak perasan benda pelik ke?" Pelukan dilepaskan.

"Maksud sayang?" "Look around" Adam memandang sekeliling bilik. Matanya terbuntang luas.

"Are we having twins?" "Betul! Eh abang! Kenapa pengsan pulak ni?"

Hawa membawa masuk segelas air dan bertentang mata dengan abang sulungnya. Jelas nampak jejaka itu sedang menahan tawa manakala dia sudah tidak tentu arah. Maklumlah, diberitahu sahaja yang mereka akan ada kembar terus Adam pengsan.

Terpaksa Hawa menghubungi Qaziey.

"Along, jangan gelakkan suami adik!" Tuala yang basah diletakkan di dahi Adam. Tawa Qaziey terlepas jua apabila ditegur Hawa. Punya lah bersusah payah dia menahan.

"Ini kalau bagitahu orang dekat pangkalan tu, malu tujuh keturunan!" Tak semena-mena Hawa turut ketawa.

"Along dah lah tu! Nanti abang Adam bangun!" Baru sahaja sebut, Adam perlahan membuka matanya. Kepala yang berat itu dipegang. Hawa terus berhenti ketawa.

"Abang? Abang okay tak? Minum air dulu" Hawa membantu Adam untuk bangun. Terlupa akan kehadiran Qaziey disitu.

"Sayang, abang mimpi" Sesudah sahaja dia meneguk air, terus tangannya memegang lengan Hawa. Hawa mengerutkan dahi, "Mimpi apa?"

"Kita dapat baby boy. Dua" Qaziey makin galak ketawa membuatkan Adam tersentak. Pelik melihat Qaziey di bilik tidurnya.

"Aduh! Adam, kau ni kelakar lah!" Sampai berair mata jejaka itu ketawakan Adam. Hawa menggeleng kepala.

"Tu bukan mimpi abang. We're having twins"

"Sekejap abang dah rasa pening balik"

==

Masuk sahaja Adam ke pangkalan, senyuman daripada kawan-kawannya itu membuatkan dia menghela nafas. Tahu sahaja yang dia akan jadi bahan ketawa mereka.

"Kau okay ke Dam? Masih pening?" Dengar suara Faqri menegur, dia terus menjeling ke arah mereka.

"Diam bodoh. Kau ni Ziey memang tak reti tutup mulut lah"

"Ini lah kelebihan aku sebagai abang ipar kau. Ingat senang ke nak jadi suami adik aku?" Qaziey meneguk milo panas yang dibelinya tadi.

"Tapi congrats Adam. Kembar lelaki pula tu! Kau dah fikir nama ke?" Tanya Danial. Hendak menyakat, takut pula tiba-tiba kena tekan tubi nanti. Baik dia pura-pura tidak tahu sahaja.

"Belum lagi. Aku baru tahu semalam, tak sempat nak fikir apa. Aku pelik bila pula isteri aku boleh beli dua baby crib letak dekat bilik tu"

"Kau kan kerja, dia hias lah bilik tu. Nampaknya aku boleh lah belikan baju untuk anak-anak kau nanti" Zackwan mengangkat kening beberapa kali.

"Ikut suka lah. Jimat sikit duit aku. Biar aku nak habiskan dekat isteri aku je"

"Tak masalahnya sekarang, macam mana kau boleh pengsan? Terkejut betul kau" Faqri sambung menyakat.

"Entah lah weh. Aku rasa aku terkejut sangat sebab macam tak expect pun. Lagi satu, setiap kali pergi check up tak ada pula doktor tu kata kembar ke apa. Aku tak tahu lah kalau isteri aku dah plan awal-awal dengan doktor tu ke apa"

Nanti balik dia akan siasat Hawa. Banyak betul rahsia yang disimpan daripadanya. Patutlah perut Hawa kelihatan lebih besar walaupun usia kandungan enam bulan.

"Harap-harap perangai copy paste Hawa, bukan kau. Pening Hawa nak melayan kalau semua perangai kau Adam" Habis sahaja ayat Zackwan, kakinya ditendang oleh Adam di bawah meja.

"Apa teruk sangat ke aku ni?"

"Teruk lah juga" Qaziey memikirkan kembali apa yang Adam buat kepada Khair, Julia dan juga Marissa dulu dia pun gerun. Nasib baik dia, Najmi dan juga Kyle sahaja yang tahu perangai Adam yang satu ini.

"Kau ni garang sangat. Aku takut kalau anak-anak kau ikut perangai kau, habis Hawa dimarahnya"

"Berani dia orang nak marah mommy dia? Aku pun tak pernah marah isteri aku tau" Mereka bersetuju dengan ayat Adam. Tidak pernah lagi mereka nampak Adam bermasam muka dengan Hawa. Malah jejaka itu tidak malu untuk tayang kemesraan mereka berdua.

"Asalkan muka pun ikut Hawa lah. Kalau ikut kau hauk!"

"Elok sikit! Aku paling handsome dekat sini!"

"Perasan!"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now