[ 3 8 ]

371 24 2
                                    

          RIUH suara lima jejaka yang sedang mencuci pinggan dan cawan di belakang rumah setelah majlis doa selamat di rumah baru Adam dan Hawa. Manakala yang lain mengekas di bahagian dalam rumah.

"Tak, sekarang ni. Kenapa aku pun kena eh? Padahal bukan rumah aku" Mulut Faqri tidak henti mengomel. Baru lah dia hendak mencuci mata tapi tiba-tiba disuruhnya membasuh pinggan.

"Hilang pahala kau tolong, Faqri" Tegur Danial membuatkan jejaka itu menyimbah sedikit air ke arahnya. "Diam lah kau"

"Bantu-membantu kan amalan mulia. Nanti kau dah ada rumah sendiri tapi tak ada siapa tolong, baru kau tahu" Zackwan pula bersuara.

"Adam, nanti ambil lagi cawan dekat dalam tu lepas tu bagitahu Hawa suruh dia rehat. Ibu suruh tadi tapi dia masih nak layan tetamu" Adam menoleh mendengar suara ibunya.

"Okay ibu!"

"Isteri kau dah berapa bulan eh? Aku dah kena start cari barang baby ke ni?" Tanya Danial apabila Puan Balqis melangkah pergi meninggalkan mereka berlima.

"Dah 6 bulan. Aku nasihatkan jangan bagi baju, Dani. Almari aku boleh roboh dengan semua baju yang Qaziey bagi"

"Eh sorry, aku sayang anak buah aku. Aku dah kata kan nak cukupkan 30 helai? Kau tunggu je"

"Lelaki ke perempuan?" Zackwan memandang Adam, tangan masih sibuk mencuci pinggan yang sudah siap disabun oleh Danial.

"Aku tak tahu tapi isteri aku tahu. Katanya dia nak buat surprise jadi dia tak nak bagitahu aku lagi" Jelas terdengar nada pasrah di dalam suara Adam.

"Biasalah, perempuan. Semua moment dia nak jadikan benda tu special. Kau tunggu aje lah, nanti kau akan tahu juga" Disebabkan Danial sudah bertunang, jadi dia sedikit sebanyak tahu perangai seorang wanita. Kadang-kadang sikap Hawa juga persis tunangnya.

"Aku faham je isteri aku tapi aku macam excited tapi dalam masa yang sama aku nervous. Doa-doa lah dipercepatkan sikit kejutan tu"

"Adam! Buat apa lagi tu! Cepat sikit!" Dengar sahaja laungan daripada Puan Balqis terus dia bangun daripada duduknya dan berlari masuk ke dalam rumah.

"Dia kalau tak keluar balik memang aku campak pinggan dekat muka dia" Gumam Fakri mengundang tawa daripada yang lain.

==

Adam terbangun daripada lena apabila Hawa bergerak-gerak di dalam dakapannya. Perlahan dia membuka mata untuk mencari wajah sang isteri.

"Sayang?" Tiada pula jawapan yang dia dapat. Tangan dialihkan untuk mengangkat sedikit tubuhnya. Pergerakan Hawa terhenti seketika.

"Mengigau ke?" Mengusap perlahan ubun-ubun Hawa supaya dapat lenakan kembali tidur Hawa yang terganggu. Perlahan dia membacakan selawat sambil tangannya menepuk sisi pinggang Hawa.

"Abang," Dengar sahaja suara Hawa, Adam kembali mencelik mata yang hampir tertutup.

"Ya sayang? Awak nak apa-apa?"

"Pinggang saya sakit" Adunya. Mungkin ini sebab Hawa tidak selesa ketika tidur.

Adam terus bangun daripada baring, "Abang urutkan awak sekejap" Minyak angin yang sentiasa tersedia di atas meja solek di dalam bilik itu dicapai. Baju Hawa diselak sedikit, cukup untuk memberi ruang untuk Adam mengurut pinggangnya.

"Sorry sebab saya kacau abang. Mesti abang penat" Mana tidaknya, sepanjang majlis doa selamat Adam yang lebih banyak membuat kerja. Hendak menolong, awal-awal dia sudah dihalang.

"Sayang, don't even think that. Kalau awak rasa tak selesa, awak bagitahu abang. Abang tak nak awak tanggung sakit sorang" Kucupan diberikan di atas kepala Hawa.

"Okay dah abang" Setelah beberapa minit, baru lah Hawa terasa lega sedikit. Adam bangun lalu membasuh tangannya. Baru sahaja Hawa hendak membetulkan kedudukannya, Adam menahan terlebih dahulu.

"Sayang kena mengiring arah kiri, sini abang letakkan bantal" Posisi Hawa dibetulkan dan satu bantal diletakkan dibelakang badan Hawa.

"Okay?" Hawa mengangguk, "Thank you abang"

"Sekejap" Satu lagi bantal diletakkan di antara peha Hawa, "Kalau sayang rasa tak selesa lagi, boleh bagitahu abang" Adam kembali ke tempatnya yang bersebelahan dengan Hawa. Kepala Hawa diangkat sedikit untuk diletakkan di atas lengannya.

"Abang?" Tidak jadi Adam hendak melelapkan mata apabila mendengar suara isteri, "Ya sayang"

"Abang nak anak lelaki ke perempuan?"

"Abang tak kisah, sayang. Lelaki ke perempuan, dua-dua abang sayang" Jawabnya. Hawa mendiamkan diri. Sangkanya sang isteri sudah terlelap.

"Abang tanyalah saya pula" Tawa kecil terlepas di ulas bibir Adam. Hawa dibawa mendekat, "Sayang pula? Nak lelaki ke perempuan?"

"Saya nak anak lelaki"

"Hm? Kenapa?"

"Sebab, mama anak sulung. Daripada 4 adik beradik. Mama selalu cakap, beruntung saya jadi anak bongsu. Ada abang-abang yang boleh jaga. Mama dulu susah jadi anak sulung perempuan sebab semua orang bergantung harap dekat dia. Mama cakap, malam-malam dia selalu menangis sebab dia kata dia penat. Tak ada siapa mampu faham dia macam dia boleh faham adik beradik yang lain"

Adam terdiam, mendengar cerita daripada Hawa.

"Nak tahu tak cita-cita mama apa?"

"Apa tu sayang?" Adam mengiringkan badan supaya mereka bertentang mata. Tangan melingkar di pinggang Hawa.

"Mama nak jadi cikgu! Tapi mama dapat belajar sampai diploma je sebab nak lepaskan adik-adik yang lain. Abang jangan salah faham, saya tak kisah pun kalau kita dapat anak perempuan tapi saya tak nak anak kita rasa apa yang mama rasa. Saya bukan anak sulung, abang pun bukan. Jadi saya takut kalau dia mengadu, kita tak dapat nak tolong dia sebab kita tak faham apa yang anak sulung perempuan rasa"

Adam mengangguk faham. Perlahan tangannya mengusap sisi pinggang Hawa. "Lepas tu mama ada cakap, datangnya papa dalam hidup mama macam Allah nak berikan papa tu sebagai balasan apa yang mama kena tanggung selama ni. Sebab papa masuk je dalam hidup mama, mama jadi lebih tenang. Dia tak perlu nak tanggung segala beban seorang diri. Papa lah orang yang selalu bantu mama walaupun masa tu dia orang baru je kenal sebulan lebih. Mama kata, mama rasa hidup dia lebih bermakna dengan kehadiran papa di sisi dia"

"Abang faham, sayang. Terima kasih sebab bagitahu abang cerita keluarga awak. Bagi abang, mama adalah wanita yang kuat. Kalau abang, belum tentu mampu nak jadi macam mama walaupun abang lelaki. Betul cakap sayang, kita tak akan pernah tahu apa yang anak perempuan pertama rasa. So, are we expecting a baby boy?"

Adam menjungkitkan kening beberapa kali membuatkan Hawa menyembunyikan senyumnya, "Tak nak bagitahu! Dah dah jom tidur"

Cepat sahaja Hawa menghabiskan perbualan. Adam merapatkan dirinya dengan Hawa, "I'm still waiting for your surprise, sayang. Sorry baby, mommy awak tak nak bagitahu daddy yang awak ni lelaki ke perempuan"

Tergelak Hawa mendengar bicara sang suami, "Baby suruh daddy tunggu sekejap je lagi tau" Adam berpura-pura untuk mendekatkan telinga ke arah perut Hawa.

"Ha? Mommy suruh daddy tunggu? Okay baby, daddy tunggu mommy buatkan surprise untuk daddy" Malam itu dipenuhi dengan gelak ketawa mereka sehinggalah masing-masing terlena.

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now