[ 3 5 ]

373 19 1
                                    

          ADAM melihat sang isteri yang sedang termenung di balkoni rumah mereka lalu dia pergi mengambil selimut. Tubuh Hawa dibalut, satu kucupan berlabuh di bahunya.

"Sejuk ni sayang. Kita masuk dalam ya?"

"Abang tidur lah dulu. Saya tak mengantuk" Sejak menerima berita tentang Marissa, fikirannya asyik bercelaru. Ada juga dia terfikir, adakah punca sebenarnya daripadanya?

"I know what are you thinking about, sayang. Itu sebab abang tak suka kalau sayang tahu tentang semua benda ni" Sempat juga dia memarahi Kyle sebelum mereka bergerak pulang daripada kedai makan tadi.

"Abang ada sorok apa-apa lagi daripada saya ke?"

"Apa maksud sayang?" Hawa memusingkan tubuhnya supaya mereka bertentang mata. "Is there anything about the case that you know?"

"Abang tahu apa yang Nazeef buat dekat awak tapi sayang," Bahu Hawa dipegang lembut, "There's nothing going to change between us. It's not your fault, sayang. Apa yang dah jadi dekat awak, dekat Marissa, none of this is your fault"

Adam cuba memujuk sang isteri, dia tahu yang dia sepatutnya tidak merahsiakan apa-apa tapi dia juga tahu yang itu semua demi kebaikkan Hawa juga.

Tangan Adam yang berada di bahu Hawa ditolak perlahan, "Abang mesti jijik dengan saya kan? Itu sebab abang tak bagitahu saya yang abang dah tahu tentang tu"

"Ya Allah, sumpah tak sayang. Macam yang abang cakap, tak akan ada yang berubah. You're my wife, sayang. Awak masih Hawa Qaysara yang abang akad dan awak juga lah yang akan abang jaga sampai bila-bila. Abang sayang awak, sangat. Abang ada sebab kenapa abang buat macam tu. Abang tak nak sayang terlalu fikirkan sangat perkara yang akan buat sayang sakit lagi. I couldn't bring myself to hurt you, sayang"

Air mata Hawa diseka lembut, "Abang tak akan ukur masa depan seseorang berdasarkan dengan apa yang dia lalui. Especially you, sayang"

"Tapi dia sentuh saya. I couldn't protect myself from him" Hawa dibawa di dalam pelukan. Adam membiarkan sang isteri melepaskan beban yang mengganggui diri.

"I know sayang. Bukan salah awak. Abang tak akan sesekali tunding jari dekat awak. Abang minta maaf sebab rahsiakan perkara ni daripada awak dan abang minta maaf sebab buat awak ingat balik semua benda ni"

Hawa menolak sikit badan Adam lalu tangannya menyentuh perutnya yang masih kempis, "Tapi ini anak abang. Bukan dia. Abang percayakan saya kan?"

"Sayang, abang tak pernah meragui pun yang ini anak abang. Abang tahu, sayang. Ini anak abang, ini anak kita" Hawa mengangguk, tangan mengelap sisa air mata di pipinya. Adam memeluk lagi tubuh isterinya, kali ini lebih erat.

"Abang sayang awak" Dia tahu emosi Hawa akan selalu tidak tentu. Tetapi dia tidak mahu Hawa berlarutan dalam rasa kesedihan. Kalau boleh, dia tidak lagi mahu ada yang mengganggu keluarganya ini.

"Saya sayang abang juga"

==

Masuk sahaja Adam ke dalam kereta, dapat dia dengar esakan halus daripada Hawa. "Sayang kenapa menangis ni? Nak balik rumah mama dengan papa dulu ke?" Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Hawa menangis.

"Abang, betul ke abang sayang saya?"

"Betul sayang. Kenapa ni? Cakap dengan abang" Dagu Hawa dipaut lembut supaya gadis itu bertentang mata dengannya.

"Kenapa bukan abang yang dapat alahan? Saya baca kalau suami dia sayang isteri dia nanti suami yang akan dapat alahan. Tapi sekarang abang tak ada muntah-muntah pun"

Hendak ketawa takut lagi meraung pula cik isteri nanti. Akhirnya dia mendakap tubuh itu. Bersungguh betul menangis sampai tersedu-sedan.

"Sayang, abang sayang awak. Mana abang tahu kalau alahan tu nak kena dekat abang ataupun tak. Mungkin bukan semua orang macam tu. Okay macam ni, kalau baby dah keluar, kita bagi dia adik. Nanti kita tengok lah abang dapat alahan ataupun tidak"

Hawa memandang wajah Adam. Jelas kelihatan yang suaminya itu sedang menahan ketawanya.

"Kenapa abang ketawa?!" Marahnya. Ketawa yang ditahan akhirnya terlepas jua di ulas bibir Adam.

"Sorry sayang. Awak ni comel sangat. Okay abang dah tak ketawa"

"Jahat lah abang ni!" Ditolak-tolak tubuh Adam supaya menjauh dengannya. Tetapi makin erat pelukan Adam.

"Tak, mana ada abang ketawa. Awak salah dengar ni sayang. Ha! Awak kata nak makan nasi ayam kan? Kalau awak menangis, abang tak bawa awak pergi sana"

Hawa terus mengetap bibir, segera tangannya menghapuskan air mata yang berada di wajahnya. "Dah tak menangis"

"Ye ke ni? Sini abang check" Sisi wajah Hawa dipegang lalu Adam berpura-pura untuk menilik wajah isterinya itu.

"Okay pass. Bagusnya isteri kita ni! Dah jangan sedih-sedih lagi"

"Abang lah selalu buat saya sedih" Hawa mencebik bibir.

"Eh? Ha betul lah tu sayang. Abang minta maaf selalu buat isteri abang ni sedih" Apabila Hawa puas dengan jawapan Adam baru lah mereka memulakan perjalanan ke Terengganu.

==

"Assalamualaikum, sahabat!" Dengar sahaja suara Faqri memanggil membuatkan dia menjulingkan mata ke atas. Pantang benar yang seorang itu.

"Waalaikumusalam. Bukan main semangat lagi kau? Dua tiga hari lepas bukan main lemau semacam" Tegur Adam. Beberapa bekas makanan diletakkan ke atas meja. Rajin pula sang isteri hari ini membuatkan bekal untuknya dan kawan-kawan sekali.

"Isteri aku ada masak lebih. Nak bagi dekat kau orang" Satu persatu bekas dihulurkan kepada mereka. Qaziey menjungkitkan kening, "Mimpi apa budak tu? Bukan main rajin lagi"

"Aku pun tak tahu Ziey. Aku siap mandi tengok makanan dah siap bungkus semua" Pagi-pagi lagi dia sudah membebel kepada Hawa. Semenjak isterinya ini berbadan dua, bukan main aktif lagi bergerak. Dia pula yang terlebih risau.

"Tak apa, ini rezeki kita hari ni. Tak payah keluar duit. Semoga Adam dan Hawa dimurahkan rezeki selalu" Danial menadah tangan.

"Semoga dapat baby banyak," Zackwan menyambung.

"Semoga dapat bagi makanan selalu. Amin!" Faqri mengakhiri doa mereka. Adam hanya menggelengkan kepala dengan gelagat kawan-kawannya itu.

"Oh aku lupa nak bagitahu. Nanti masa kita latihan kemerdekaan tu, boleh je kalau kau nak minta adik aku tengokkan Hawa" Danial memberi cadangan. Alang-alang mereka akan ke Kuala Lumpur tak lama lagi. Walaupun bulan kemerdekaan ada lagi 3 bulan tetapi mereka akan buat latihan awal.

"Aku tak bagitahu lagi isteri aku. Dah lah kita baru balik misi, nanti nak tinggalkan lagi" Adam menongkat dagunya.

"Tak apa, nanti kau bagitahu aku. Dania pun tak kisah kalau nak tengokkan Hawa"

"Lagipun sekejap je Adam. Kau kan ada juga tahun lepas. Rasanya formasi sama je. Cepat kau buat, cepat lah kau balik. Nasib baik tahun ni aku masuk perbarisan je" Zackwan tersenyum bangga. Tidak sia-sia dia bersenam, boleh lah nak tunjuk otot nanti.

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now