[ Special Chapter II ]

440 26 2
                                    

          TERHENTI langkah kaki Hawa apabila bertentang mata dengan seraut wajah yang sudah lama dia tidak nampak. Kelihatan gadis itu turut terkejut apabila beberapa tapak jauh daripada Hawa. Segera Hawa memalingkan wajah, susuk tubuh si suami dicari.

"Hawa?" Suara itu membuatkan dia mengambil beberapa tapak kebelakang. Tiba-tiba segala perkara yang gadis itu buat kepadanya, bermain di minda.

"Sayang?" Adam merangkul bahu Hawa. Nampak sahaja isterinya seperti tidak tentu arah tadi, dia mempercepatkan langkah keluar daripada tandas. Gadis yang berada dihadapan mereka berdua diperhatikan.

"Ha-Hawa, aku nak minta maaf" Julia mendekati Hawa tetapi Adam menghalang, "My wife clearly uncomfortable" Dia memberi amaran. Tidak tahu pula yang Julia sudah bangun daripada koma.

"A-Aku cuma nak minta maaf dengan benda yang jadi" Hawa akhirnya mengangkat kepala kembali. Terkejut dia apabila Julia tiba-tiba menjatuhkan kedua lututnya. Sudahlah mereka berada di khalayak ramai. Hawa memandang ke arah Adam, meminta tolong daripada jejaka itu.

"Bangun, Julia" Dengan sekali arahan sahaja dia bangun. Gentar untuk ingkar akan arahan daripada Adam. Cukup sekali sahaja dia merasakan pengalaman perit itu. Ini pun dia bersyukur kerana Adam tidak menyumbatnya ke dalam penjara.

"Aku menyesal Hawa. Aku menyesal pukul kau, hina kau, dan hampir bunuh kau. Aku terlalu cemburu sebab Khair pilih kau daripada aku walaupun kau orang berdua dah tak ada hubungan apa-apa. Aku minta maaf sebabkan aku juga, Khair bertindak--"

"Cukup Julia. Aku maafkan kau tapi aku tak nak tengok muka kau lagi" Kalau boleh, peristiwa yang lama biarlah kekal terkubur buat selamanya. Yang sudah pergi, biar dia pergi dengan tenang walaupun caranya salah. Tetapi dia siapa untuk menghukum? Dia sendiri tidak tahu bagaimana pengakhirannya nanti.

"Terima kasih, Hawa. Aku janji, kau tak akan nampak aku lagi. Aku tak akan muncul depan kau. Terima kasih sekali lagi" Beberapa kali dia membongkokkan badan sebelum berjalan menjauhi mereka berdua. Adam memandang ke arah isterinya.

"Are you okay?"

Hawa mengangguk, "Hati saya rasa tenang. Walaupun apa yang dia cakap ingatkan apa yang berlaku tapi saya rasa tenang bila dapat maafkan dia. Saya tak perlu lagi usung rasa dendam dalam hati saya"

Perlahan Adam mengusap kepala Hawa, "Abang bangga dengan awak. Kalau dulu, awak selalu fikir perasaan orang dan ketepikan perasaan awak tapi sekarang, awak lebih fikirkan perasaan awak sendiri" Hawa mendongak, mata bertentang dengan Adam.

"Saya buat keputusan yang betul kan?"

"Ikut kata hati awak, sayang. Tapi walau apa pun keputusan awak, abang akan sokong"

==

"Weh! Aku dah tak nak jaga anak kau! Dia asyik menangis!" Kata Faqri, Qhalif yang berada di dalam dukungan terus diberi kepada Adam. Tergelak Hawa melihat wajah Faqri yang kelam kabut itu. Arshad pula seperti biasa, tenang memandang si abang yang sedang merengek di di dalam dukungan Danial.

"Kau ni, baru minta jaga tak sampai sehari dah mengeluh. Macam mana kalau nak ada anak nanti?"

"Abang bagi saya, rasanya dia lapar ni" Hawa menghulurkan tangannya. "Okay sayang, abang pergi siapkan susu" Qhalif bertukar tuan, sedikit tenang apabila berada di dalam dakapan Hawa tetapi masih menangis.

"Kalau aku ada anak, aku suruh kau jaga. Sebab kau ada pengalaman" Balas Faqri, langkah membontoti Adam ke arah dapur.

"Arshad okay ke, Danial?" Hawa melabuhkan duduk di atas sofa, tangan masih menepuk perlahan badan Qhalif.

"Okay je, tadi meragam sikit sebab dia buang air. Tapi saya dah tolong tukarkan pampers. Cuma tak tahu lah betul ke tak saya pasang ni" Dia tersengih, jari kelingking yang berada di dalam genggaman si kecil digoyangkan.

"Danial ni tinggal nak kahwin aje. Dah nampak ciri-ciri nak jadi bapak ni" Qaziey masuk ke dalam ruangan itu, susu yang sudah siap dipanaskan diberi kepada Hawa. Kaki Qhalif bergerak-gerak apabila nampak botol susunya.

"Iya, sayang. Mommy nak bagi awak susu ni tapi awak kena duduk diam-diam tau" Entah mengerti ataupun tidak bayi kecil yang berusia 5 bulan ini. Akhirnya botol susu disuakan ke arah Qhalif.

"Sayang, habis lah dapur kita Ya Allah" Tak sanggup Adam menghabiskan ayatnya. Bercekak pinggang dia melihat keadaan sekeliling dapur tadi. Sudahnya dia beri susu kepada Qaziey dan suruh dia beri kepada Hawa sementara dia mengemas dapur.

"Ha?! Kau orang semua masak apa dekat dapur Hawa?!" Tajam dia menjeling ke arah jejaka-jejaka yang sedang mengelak pandangannya.

"Dia orang masak bubur sayang. Tapi pakai kuali! Periuk entah kemana, pisau berlambak dekat sinki tu. Sembelih lembu agaknya pakai banyak-banyak pisau"

Sengaja Adam mahu mengadu. Biar mereka rasa. Selalu dia yang menjadi bahan apabila dia bermanja dengan Hawa. Hawa pula kalau bukan disebabkan Qhalif yang masih menyusu ini, mungkin dia boleh menarik telinga mereka seorang-seorang.

"Lepas ni tak payah masak! Beli makanan dekat luar lepas tu suruh Adam bayar!" Mengetap gigi Hawa berbicara. Sudahnya Adam pula yang menjadi mangsa.

"Eh sayang? Kenapa abang pula? Dia orang bayar lah sendiri"

"Abang jangan nak cari pasal pula ya. Hati saya tengah panas ni"

"Okay sayang, abang dah tak cakap apa-apa dah"

==

Bibir Hawa mencebik, pakaian Adam dilipatkan dan terus masuk ke dalam beg bagasi. Adam yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan bilik tidur itu tertawa kecil. Nampak sedih betul raut wajah isterinya itu.

"Sayang, kan abang kata nanti abang kemas" Dia turut melabuhkan duduk di atas lantai bersebelahan dengan Hawa. Pipi Hawa yang kemerah-merahan itu diusap lembut.

"Kenapa ni sayang? Biasa abang pergi misi pun tak pernah nampak sayang sedih sampai macam ni. Abang pergi 3 hari je"

Sudah dimaklumkan kepada Hawa, yang dia akan mengemas bajunya nanti kerana tidak perlu pun membawa barangan yang banyak. Sudahnya Hawa yang hendak mengemas, bagasi pula yang dia guna.

"3 hari tu lama. Abang tak pergi lagi pun saya dah rindu. Kalau Qhalif dengan Arshad cari daddy dia orang macam mana?"

Hawa cuba memancing Adam menggunakan nama si kembar. Adam hanya tersenyum, tangan mencapai beg galas berwarna hitam.

"Abang pakai beg ni je sayang. Ni siap bagasi, abang bukannya nak pindah rumah" Rambut Hawa diselitkan ke belakang telinga.

Makin panjang muncung bibir Hawa, akhirnya dia menolak bagasi menjauh lalu berdiri dan menghempas punggung di atas katil. Tangan bersilang di dadanya.

"Abang memang tak sayang saya kan?"

"Lah, kenapa pula cakap macam tu?" Adam mengekori Hawa. Duduk sahaja dia, tangan terus menarik tangan Hawa. Dipaksa wanita itu berhadapan dengannya.

"Abang nak tinggalkan saya.."

"Kan abang nak pergi kerja? Untuk awak, untuk anak-anak kita juga" Terus dia merangkul tubuh Hawa, tangan mengusap belakang badan sang isteri. Berat hati betul Hawa hendak melepaskannya pergi kali ini.

"I will be back in three days sayang. Don't worry okay?"

"Kalau saya rindu abang macam mana?" Hawa memandang tepat di dasar mata Adam. Adam tersengih nakal, makin erat pelukannya.

"Hm, kalau rindu macam mana ya?" Ujarnya, dia berpura-pura untuk berfikir. "Anak-anak dah tidur kan?" Soalan Adam membuatkan Hawa mengerut kening.

"Dah tadi lepas minum susu. Kenapa?" Tidak menjawab soalan, Adam bergerak ke arah pintu bilik dan menutupnya. Setelah itu dia bergerak pula ke arah langsir dan suasana bilik menjadi sedikit gelap dek kerana cahaya matahari tidak menembusi langsir yang sudah tertutup.

"Abang nak buat apa?"

"Nak hilangkan rasa rindu lah ni"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now