KELUAR sahaja Hawa daripada bilik rawatan, beberapa pasang mata memandang ke arahnya. Tempat duduk yang kosong bersebelahan dengan Adam dituju.
"Awak okay?" "Okay tapi takut sikit" Entah apa keputusan yang dia terima nanti. Walaupun doktor di dalam sudah meyakinkan dirinya jikalau benar kesihatannya tidak seperti apa yang dia nak, terdapat pelbagai rawatan yang boleh dia cuba.
"It's okay, we will get this through together. Kalau awak perlukan teman, saya ada"
"Saya tak nak ganggu awak, Adam. Awak dah lah kerja jauh. Takkan lah nak ulang alik daripada Terengganu pergi KL"
"Kalau macam tu, awak kena ikut saya balik Terengganu" Hawa tertawa kecil. Dia sudah tahu kenyataan itu apabila dia akan berkahwin dengan Adam nanti.
"3 minggu lagi, Encik Adam Baihaqi. Awak jangan buat gila nak kahwin awal-awal. Kalau tak, nanti keluar berita pengantin perempuan lari" Adam melihat seraut wajah yang dihias dengan senyuman. Hatinya sedikit lega apabila dapat mengalihkan perhatian Hawa daripada terus berfikir tentang rawatannya.
"Kalau awak nak suruh saya tunggu lama lagi pun boleh, Cik Hawa Qaysara. Tapi jadi tak seronok lah sebab nanti kalau awak sedih, saya orang paling last tahu" Hawa hanya tersenyum.
"It's okay, you don't have to wait any longer. Just wait for another three weeks" Tika itu pintu dihadapan mereka terbuka. Kertas keputusan diberi kepada mereka satu persatu. Walaupun yang lain sudah melihat keputusan mereka, Hawa masih menggenggam kertas itu.
"Awak nak tengok sama-sama?" Pelawa Adam. Tahu yang gadis ini gementar.
"Saya takut," Puan Hajar yang berada di sebelah Hawa memegang tangan anak gadisnya ini. "Mama ada dengan awak, sayang" Nafas ditarik panjang, perlahan dia melihat ke arah bait-bait perkataan di situ.
"Tahap stress, sederhana. Tahap kebimbangan dengan kemurungan, tinggi. Rawatan susulan diperlukan" Hawa membaca perlahan. Puan Hajar mengusap kekura Hawa.
"Tengok, doktor tak cakap pun adik sakit. Adik cuma perlukan rawatan. Macam yang mama janjikan, kita pergi buat rawatan sama-sama"
"Tapi mama punya keputusan tak teruk. Yang lain pun. Adik je yang macam ni"
"Doktor salah tafsir saya punya ni Qaysara. Saya ni kalau dekat tempat kerja, stress sangat! Lagi-lagi dengan perangai along awak tu. Ish tak boleh jadi ni! Ziey, jom kita ambil lagi sekali"
"Itu lah tu! Aku ni stress sepatutnya tinggi tau" Entah kenapa telatah dua jejaka itu mencuit hatinya. Di dalam keresahan, sempat dia mengukir senyuman lebar.
"Rasanya mama dengan papa pun dah stress dengan kamu berdua ni" Encik Qayyum menggeleng kepala seraya melepaskan tawa.
==
"Awak minum air apa tu, Qaysara?" Air yang berwarna hijau dihidangkan dihadapan mereka. Adam selamba menghirup air kopi latte yang dia pesan.
"Matcha! Awak nak rasa?" "Apa Cha?" Adam mengerutkan kening. Pelik betul dengan anak muda zaman sekarang. Maklumlah dia sudah menginjak umur 30 manakala Hawa baru sahaja 23 tahun.
"Ish! Matcha lah. Rasa lah sikit" Ragu-ragu Adam hendak mengambil air itu. Sudahnya dia minum sedikit apabila dijeling Hawa.
"Rasa rumput lah Qaysara. Air apa ni?" Segera dia melegakan lidahnya dengan airnya sendiri. Hawa sudah mengekek ketawakan dia.
"Mana ada! Awak ni sama je macam along. Angah pula kata rasa macam air ubat" Tak faham Hawa. Padahal sedap aje rasanya. Dia memang tidak gemar minum kopi. Kadang-kadang sekali sekala sahaja dia menghirup air pahit itu.
"Tak apa lah, awak minum seorang air tu. Okay, hari ini macam mana? Awak cerita lah" Sudah hampir seminggu Hawa menjalankan sesi rawatan. Ada juga ubat-ubatan yang dia dapat, tetapi kata doktor makan bila perlu sahaja. Ada juga Adam bertanya tentang perkembangan gadis ini dan katanya Hawa sentiasa menunjukkan tindak balas positif.
"Oh! Hari ini saya dapat doktor lain. Doktor lelaki tapi dia okay je. Saya banyak luah dekat dia macam saya luah dekat doktor Sophia. Tapi hari ni saya tak menangis, mungkin sebab saya malu!"
"Iya? Kenapa doktor Sophia tak ada?" "Doktor Sophia ada check up hari ni. Mula-mula dia minta tangguh tapi saya kata saya okay je kalau mana-mana doktor ada" Ralit Hawa bercerita. Gamaknya dia sendiri semakin selesa apabila meluah kepada Adam.
"Alhamdulillah. Mungkin saya tak dapat teman Qaysara minggu depan sebab saya ada latihan. Tapi saya ada minta Aisya temankan awak, boleh?" Ralat pula dia rasa. Padahal dia beria berjanji akan temani gadis ini sentiasa.
"Eh tak apa lah. Saya pergi seorang pun boleh. Awak ada latihan apa?"
"Latihan asas je. Saya dah pro kalau nak ambik latihan berat-berat ni" Hawa mencebik. Berlagak betul!
"Awak punya final exam macam mana? Awak habis minggu ni kan?" Berubah pula topik kepada pelajaran Hawa. Begitu lah mereka berdua, walaupun kerap juga bertemu mata tapi masih ada pelbagai perkara hendak diborakkan.
Walaupun Adam yang selalu membuka topik, tetapi Hawa sentiasa memberi huraian yang panjang. Akhirnya Adam setia menjadi pendengar kepada si gadis.
"Esok saya last! Tak sabarnya. Tapi nanti ada praktikal pula. Saya rasa macam nak habis belajar cepat-cepat and then saya nak kerja. Nak dapat duit banyak-banyak!"
"Nanti kita dah kahwin, awak pakai lah duit saya banyak-banyak" Adam mengikut mimik muka Hawa.
"Awak tak bagi saya kerja?"
"Eh bukan macam tu. Kalau niat Qaysara nak kerja sebab minat, saya akan sokong seratus peratus. Awak kerja apa pun, tak apa tapi asalkan dapat hasil yang halal" Adam terang kepada Hawa. Tidak mahu lah si gadis salah faham pula nanti.
"Tapi kalau awak nak kerja semata untuk dapatkan hasil walaupun awak tak suka kerja yang awak buat, saya kurang setuju. Kalau boleh, dekat hati ni kita dah ada niat yang betul. Kenapa kita nak kerja? Supaya masa kita lakukan kerja tu, urusan kita akan sentiasa dipermudahkan" Hawa mengangguk faham.
"Okay, Qaysara minat apa? Kalau kerja, nak cari kerja apa?"
"Saya nak jadi penulis! Walaupun sekarang saya ambil bidang engineering, tapi saya tak minat benda tu. Saya lebih sukakan kerja dalam suasana yang tenang"
"Awak suka tulis apa? Yang macam novel-novel tu ke?" Hawa mengangguk laju. Suka betul apabila bercerita tentang minatnya.
"Betul! Kalau saya pandai tulis-tulis novel ni mesti saya dah jadi penulis kan?" Dia tertawa, "Tapi tu lah, jalannya jadi lain pula. Lepas saya belajar bidang ni, saya dah tak tahu nak minat apa. Saya masih minat menulis tapi saya takut sebab saya tak ada lah pandai mana. Setakat tulis bahasa pasar tu boleh lah"
"Jangan mengalah dulu, Qaysara. Masih awal lagi ni. Okay macam ni, kita mula daripada bawah. Kalau awak habis diploma ni, awak cuba lah apply untuk bidang yang awak minat tu" Adam memberi cadangan kepadanya.
"Tapi awak macam mana? Nanti saya kena belajar lagi tiga tahun. Saya tak boleh nak ada dengan awak selalu kalau kita berdua busy dengan benda masing-masing"
"Apa yang buat awak happy, it makes me happy too Qaysara. Siapa kata kalau awak belajar saya tak boleh jumpa awak? Kita dating lah selalu! Nanti hari-hari saya culik awak biar awak keluar dengan saya" Hawa menjeling dan memeluk tubuh.
"Ish! Itu paksaan!"
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
RandomPertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...