"HAWA QAYSARA!" Sampai sahaja mereka di Kuala Lumpur, Hawa meminta Adam untuk membawanya ke rumah Naura. Katanya sebab lama tak berjumpa. Tidak tahu pula di rumah Naura sedang mengadakan majlis.
"Naura! Weh aku rindu kau!" Dua gadis itu berpelukan. Adam yang ditinggalkan bersama beg tangan Hawa hanya memerhati dengan senyuman kecil. Sempat juga dia bersalaman dengan tetamu yang ada.
"Rindu kau juga Hawa! Kau sihat tak? Dah boleh cakap Terengganu dengan lancar ke? Makin comel pipi kau ni" Pipi Hawa dicubit-cubit ketika mereka berdua tertawa.
"Sihat, Alhamdulillah. Aku masih tak pandai dengan loghat Terengganu. Takut nanti aku bercakap, terkejut orang dekat sana. Eh Aisy mana?"
"Dia ada dekat bawah khemah dah tu. Jom! Orang pun dah ramai yang nak balik. Jemput suami kau sekali" Hawa menoleh dan kembali memegang tangan Adam. "Jom, abang!"
"Ramainya sayang. Ada majlis apa ni?" Kalau majlis kahwin, tidak pula dia nampak pengantin. Sudah lah dia hanya mengenakan tshirt dan seluar jeans hitam sahaja.
"Saya pun tak tahu. Katanya buat makan-makan je tapi macam ramai sangat orang pula kan?" Adam turut mengangguk. Mereka ke arah meja yang diduduki kawan-kawan Hawa dan juga Aisya yang sudah ada di situ.
"Naura, ada majlis apa sebenarnya?"
"Cik Naura kita ni dah tunang Hawa! Diam-diam je dia kan?" Jawab Aisya. Dia pun terkejut apabila sampai ke rumah Naura. Tahu-tahu dah sarung cincin!
"Serious lah?! Congrats Naura sayang! Kau tunang dengan siapa?" Naura tersengih malu. Tepat pada masa, seorang jejaka yang mengenakan baju melayu datang ke arah mereka.
"Ni tunang aku, Rafiq. Kita orang kenal dah lama tapi tak terfikir pula nak bercinta. Tahu-tahu, dia masuk meminang"
Hawa sudah tersenyum gembira untuk Naura dan juga pasangannya. Adam yang berada di sisi Hawa mencuit hidung sang isteri.
"Awak nak makan apa? Abang ambilkan"
"Tak apa, nak ikut abang" Belum sempat dia duduk, dia kembali bangun bersama Adam.
==
"Orang balik sekejap je ni ibu. Lagipun hari Ahad nanti Qaysara kena pergi kerja. Adam pun dah mula latihan untuk hari kemerdekaan" Sang isteri yang sibuk mengunyah cekodok pisang itu diperhatikan.
"Tak apa, ibu dapat tengok kamu dengan Hawa sekejap pun boleh. Hawa, kalau nak lagi bagitahu ibu ya? Nanti ibu gorengkan" Senang hatinya melihat Hawa menjamu selera.
"Terima kasih ibu! Abang nak?"
"Awak makan, sayang. Abang kenyang lagi sebab habiskan nasi kenduri awak tadi" Hawa tersengih manja. Kepala disandarkan di bahu Adam.
"Jarang nampak abang Adam berjalan lepas balik misi ni. Biasa terlentang atas katil. Hai Hawa!" Ayra menyapa Hawa. Cekodok pisang di atas pinggan turut dicapai.
"Biasa lah, dah ada isteri tak kan nak duduk rumah je kan Hawa? Kita kena buli suami kita" Puan Balqis mengusap kepala Hawa yang berbalut tudung shawl berwarna hitam itu.
"Qaysara rindu katanya dengan suasana Kuala Lumpur. Kalau boleh dia nak jumpa semua orang hari ni baru boleh balik"
"Betul! Nanti nak jumpa mama dengan papa juga kan abang?"
"Ya sayang, kita gerak lepas Asar nanti. Lepas tu kita balik rumah kita. Dah lama abang tak tengok rumah tu"
"Ingatkan dah kahwin, Hawa yang akan kena buli dengan abang Adam. Rupanya terbalik pula. Hawa kena ajar Ayra dengan Aisya ni nanti"
Hawa tergelak, "Boleh! Nanti biar abang tak boleh kacau Ayra dengan Aisy dah"
"Sayang, kalau abang ada awak, abang tak pandang dah dua budak ni" Sengaja Adam mahu bergurau. Ayra menghantar jelingan tajam ke arah abangnya itu.
"Berlagak! Tahu lah dah kahwin"
"Dah tu? Awak bila nak kahwin pula?"
"Ibu! Tengok abang ni!"
==
"Abang," Pipi Adam dicucuk-cucuk. Kepala Hawa elok berlabuh di peha sang suami. Mata Adam pula masih tekun melihat telefon bimbitnya.
"Abang buat apa?"
"Tengah tengok formasi ni sayang. Nanti senang abang nak buat latihan terus. Kenapa sayang?"
"Abang tak rasa teringin nak makan nasi kandar ke?" Adam mengalihkan telefon bimbitnya dan perhatian beralih kepada Hawa pula.
"Sayang nak nasi kandar ke?"
"Saya kan tanya abang?" Melihat pada raut wajah Hawa, tahu sahaja yang isterinya itu mahu tetapi mungkin malu untuk memberitahu kepadanya.
"Hm, abang teringin ke tak eh?" Adam seakan-akan berfikir. Hawa menggigit bibir, "Kalau abang nak, saya tahu tempat yang jual nasi kandar yang sedap dekat sini"
"Okay jom. Tiba-tiba abang rasa nak makan nasi kandar malam ni" Hawa terus bangun daripada baringnya. "Betul ni?"
"Betul, sayang. Awak nak ikut tak? Kalau tak nak—"
"Mesti lah nak! Okay abang tunggu sini sekejap. Jangan pergi dulu tau!" Baru sahaja dia hendak berlari, Adam sudah menegurnya. "Don't run Hawa Qaysara! Ya Allah, budak ni lah kan"
Sampai sahaja di kedai makan, Hawa terus menghulur dua pinggan kepada Adam. Tangannya pula yang laju mencapai lauk-lauk untuk memenuhi pinggan.
"Abang nak ayam? Tapi kan abang kena ambil dia punya daging kambing juga! Ke abang nak sotong? Tapi saya tak tahu sedap ke tak sebab saya tak makan seafood"
Sambil mulutnya berleter, sambil itu juga tangannya bergerak. Tidak perlu Adam membeli jawapan, Hawa sudah meletakkan lauk sesuka hatinya.
"Cepat, abang makan dulu sebab abang yang teringin" Tawa terlepas di ulas bibir Adam. Usai doa dibaca, Adam menjamu Nasi Kandar bersama lauk pauk yang dipilih Hawa.
Walaupun perutnya masih kenyang dengan pelbagai makanan yang diberi Hawa daripada pagi tadi sampai lah mereka sampai ke rumah, tetap dia berselera untuk makan bersama Hawa.
"Sedap tak abang?"
"Sedap sangat, sayang! Pandai lah isteri abang ni pilih tempat makanan. Awak makan lah juga, sayang" Sedang mereka menjamu selera, tiba-tiba kerusi bersebelahan dengan Adam ditarik.
"Kyle?" "Hai Hawa"
"Apa kau buat dekat sini?" Adam menjeling, ada sahaja pengacau apabila hendak berdua dengan sang isteri.
"Last time aku check, kedai ni bukan kedai kau" Jawab Kyle selamba, lalu dia mengangkat tangan untuk membuat pesanan.
"Aku ada benda nak bagitahu dan aku rasa Hawa perlu tahu juga" Kyle tahu apa-apa perkara dia mesti akan bagitahu Adam terlebih dahulu dan jejaka itu pernah berpesan supaya tidak melibatkan Hawa sama sekali.
"Kyle—" "Apa yang Hawa kena tahu?" Hawa memotong bicara Adam membuatkan sang suami berpaling kepada Hawa. "Sayang"
"It's about Marissa. Dia sebenarnya sakit. So instead of getting a punishment in jail, she will send to a mental institution because she was diagnosed with something called DID" Hawa mengangguk faham, dia tidak lah rasa berita itu terlalu mengejut.
Adam bertentang mata dengan Kyle, "But?" Dia tahu pasti ada sesuatu yang tersirat menyebabkan Kyle berada di sini untuk memberitahu mereka.
"She killed herself on her first day there"
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
RandomPertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...