[ 1 1 ]

399 24 1
                                    

SEDAR tak sedar, hari pernikahan Adan dan Hawa sudah menjelang tiba. Kata Hawa, dia hanya mahu bernikah dahulu memandangkan sedang dalam tempoh menunggu praktikal bermula. Adam hanya menurut, tidak mahu menghampakan hati kesayangannya itu.

"Pengantin lelaki dah sampai. Kita boleh turun dah" Nasib baik majlis pernikahan berlaku di rumah Hawa, boleh lah gadis itu bertenang di dalam bilik. Tetapi semakin dekat masa, dia tetap tidak boleh membuang rasa gementar itu.

"Hawa takut abang Adam buli betul-betul ke? Sejuk betul tangan Hawa ni" Ayra mengusik. Sampai berpeluh tangan bakal kakak iparnya. Mereka berdua tidak lah rapat mana, tetapi mereka tetap mesra walaupun baru bertemu beberapa kali.

"Hawa memang cepat nervous. Takut tok kadi tu menunggu sampai malam kalau nak boleh hilang rasa nervous Hawa ni" Aisya mengusik. Naura turut bersetuju, kenal sangat dengan perangai sahabatnya itu.

"Hawa? Jom, sayang" Puan Hajar menjenguk ke dalam bilik. Ingatkan dia mahu sahaja tunggu di bawah tetapi anak daranya ini sudah lama sangat terperuk di dalam bilik.

Hawa mengambil nafas dalam lalu mengangguk. Tangan yang dipegang Ayra, beralih kepada Puan Hajar pula. Mereka berlima berjalan ke arah ruang tamu yang sudah dipenuhi dengan keluarga terdekat. Ada juga Arif dan Ayfah yang merupakan anak sulung dan anak kedua Puan Balqis dan Encik Arman.

"Sampai juga pengantin perempuannya. Cuba tengok sikit, betul ke tu pengantinnya?" Tok kadi memulakan bicara membuatkan Adam menoleh seketika mencari raut wajah yang bakal dia halalkan.

Serta merta jantung berdegup kencang, darah menyerbu ke wajah. Bertentang mata dengan Hawa kali ini, terasa lain suasananya. Dengan busana kebaya moden putih, disekalikan tudung selendang bertona sama yang menutup auratnya dengan sempurna.

"Betul lah tu, tok. Sampai tak berkelip pengantin lelaki ni ha" Gurau Arif yang turut berada di tempat duduk saksi bersama Qaziey.

"Cantik sangat pengantin perempuannya ni" Adam mengangguk setuju walaupun dia tidak pasti siapa yang metuturkan pujian itu. Tapi itulah kenyataan. Nur Hawa Qaysara yang selalu menjadi usikannya, sangat cantik pada hari ini.

"Boleh kita mulakan majlis?" Tanya tok kadi, serta merta Adam menoleh kembali ke arahnya. Encik Qayyum yang sedia menanti mengangguk.

"Sedia tok. Pengantin lelaki dah sedia?" "Sedia"

Selepas beberapa doa, akhirnya Encik Qayyum berjabat tangan bersama Adam. Nafas ditarik perlahan. Sebak pula rasanya apabila dia hendak melepaskan anak yang paling manja dengannya kepada orang lain.

"Muhammad Adam Baihaqi bin Muhammad Arman," Qawiey mengusap belakang papanya, daripada suara dia tahu yang Encik Qayyum mahu menangis.

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Nur Hawa Qaysara binti Muhammad Qayyum dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai" Hawa menutup mata, hendak menenangkan hati yang turut dilanda sebab apabila mendengar suara Encik Qayyum.

"Aku terima nikahnya Nur Hawa Qaysara binti Muhammad Qayyum dengan mas kahwinnya tiga ratus ringgit tunai" Dengan satu nafas, lafaz itu dilontarkan.

"Sah?" "Sah" "Sah"

"Alhamdulillah"

==

"Weh! Papa nangis weh! Kena bagitau semua orang ni!" Qawiey membuat kecoh. Hawa yang sedang elok melentokkan kepalanya di lengan Encik Qayyum turut tergelak kecil.

"Wah pandai kamu ya? Angah dengan along pun menangis tadi. Ingat mama tak nampak ke?" Puan Hajar membela suaminya. Suka benar anak-anak bujangnya itu menyakat papa mereka.

"Ha? Along dengan angah pun nangis?" Tanya Hawa. Kalau Encik Qayyum, dia nampak lah lelaki itu mengesat air mata. Lagipun tatkala melafazkan tadi pun suaranya sudah kedengaran serak.

"Iya, sayang. Tapi bukan main laju dia orang lap air mata. Malu lah tu!" Ini lagi buat dia terkejut. Selamba sahaja Adam menukar nama panggilan. Depan keluarga pula tu!

"Akak tak sempat lagi berkenalan dengan awak. Tahniah, Adam, Hawa. Jaga Hawa elok-elok Adam. Buang perangai nakal awak tu" Tegur Ayfah, pipi Hawa diusap perlahan. Cantik betul!

"Ini kak Ayfah. Dia garang sikit. Kalau bukan ibu yang melenting, mesti dia yang ganti tempat ibu. Kak Ayfah punya suami tak dapat datang hari ni. Tu pulak abang Arif, isterinya kak Yasmin" Sempat Adam mengenalkan ahli keluarganya yang lain. Maklumlah, abang dan kakaknya itu sibuk mengalahkan menteri. Tak sempat dia hendak mengenalkan Hawa kepada mereka.

Setelah beberapa sesi bergambar bersama keluarga, barulah tetamu beransur pulang. Nampaknya di hari pertama, mereka akan bermalam di rumah keluarga Hawa. Mengikut rancangan Adam, baru esok dia akan membawa Hawa ke rumah baru mereka yang dia rahsiakan terlebih dahulu.

"Adik rehat lah. Biar along dengan angah kemas bawah ni. Nak makan pun, lauk catering masih ada lebih" Puan Hajar mengusap kepala Hawa yang masih bertutup dengan selendang. Manis anaknya ini kalau bertudung.

"Okay mama, adik mandi dulu. Nanti kalau ada apa-apa panggil je tau"

"Ha Adam, kamu pergi naik sekali. Seharian melayan tetamu" Langkah Hawa yang baru sahaja hendak ke bilik tidurnya terhenti. Lupa pula yang sekarang Adam turut menjadi sebahagian daripada keluarganya.

"Ala, saya tak sempat lagi lah kemas bilik. Awak duduk sini sekejap. 5 minit" Belum sempat Adam menjawab, Hawa sudah menutup pintu dihadapan mukanya. Tergelak dia dengan telatah sang isteri tetapi dia hanya menurut.

Dijanjikan 5 minit tetapi Adam menunggu hampir 20 minit baru lah pintu bilik Hawa terbuka daripada dalam. Perlahan sahaja Hawa menjemput Adam masuk.

"Awak mandi lah dulu. Saya kena remove makeup sekejap"

"Sini lah dulu, Qaysara. Awak ni rushing sangat" Tangan Hawa dipaut lembut dan mereka yang masih berpakaian pengantin duduk di birai katil.

"Terima kasih" Hawa mengangkat kening, "Kenapa?"

"Sebab terima saya. Sebab awak buka hati awak untuk saya. Saya ingat, saya kena mengorat awak lagi lama" Mereka berdua tertawa. Tangan Hawa masih lagi di dalam genggaman Adam.

"Terima kasih juga sebab awak sanggup tunggu saya. Saya minta maaf kalau saya akan bebankan hidup awak dengan masalah saya lepas ni" Adam mencuit hidung Hawa.

"Awak tak pernah jadi beban sesiapa. Saya ataupun keluarga awak. Never, Qaysara. Saya nak mandi dulu, nanti kita solat maghrib sama-sama" Dahi sang isteri dikucup lama sebelum dia berdiri.

"Awak cantik kalau pakai tudung. Semoga Qaysara saya ni dapat menutup aurat dengan sempurna. Saya tak boleh paksa awak, tapi sebagai suami saya ada hak untuk tegur ya?" Hawa tertunduk faham.

"Saya sayang awak, kalau boleh saya nak tarik awak sekali pergi syurga" Kali ini kedua-dua pipi Hawa pula dikucup lembut. Hawa menolak bidang dada suaminya itu.

"Pergi lah mandi! Kalau tak nanti habis satu muka saya kena cium je" Hawa sudah mencebik. Bukan apa, dia malu! Adam kalau buat sesuatu bukannya nak tanya dia dulu.

"Nak manja pun tak boleh" Persis budak kecil yang dimarahi. Ingatkan dia sudah tenang apabila Adam mengambil langkah ke bilik air tetapi tiba-tiba sahaja jejaka itu berpusing dan pinggangnya dipaut.

"Adam, no" Adam tersengih nakal dan bibirnya mendarat di sekitar muka Hawa.

"Adam Baihaqi!"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now