[ 3 3 ]

345 16 2
                                    

          SELEPAS menghantar kepulangan keluarga mereka, akhirnya Adam boleh menghela nafas lega. Hawa yang berada di sebelahnya tertawa kecil.

"Abang pergi rehat lah. Saya kemas meja sekejap" Walaupun sebelum berangkat pulang tadi mereka sudah kemas bersama, tetapi masih ada lagi makanan yang perlu disimpan terlebih dahulu.

"It's okay sayang. Awak rehat biar abang yang kemas. Eh sekejap, maknanya keluarga abang dengan sayang tak tahu lagi yang sayang mengandung?" Hawa menggeleng.

"Saya nak tunggu 5 ke 6 bulan nanti. Takut nak bagitahu awal-awal. Nanti kalau—"

"Sayang, jangan doa yang bukan-bukan. Allah itu Maha Mendengar tau. Buat masa ni, abang akan jaga awak dan Insyaallah, kita minta Allah lindungi awak berdua okay?" Rambut Hawa diusap lembut. Satu kucupan berlabuh di dahi si isteri.

"Sayang duduk dekat sini. Itu tinggal nak masukkan dalam peti sejuk je kan? Sayang nak tukar dekat bekas yang lain dulu?" Hawa dipaksa duduk di sofa dan Adam bergerak ke arah ruangan makan.

"Hm abang tukar kan bekas lain dulu boleh? Saya takut kalau simpan pun nanti akan basi juga"

"Boleh sayang. Senang je ni" Hawa tertawa melihat gelagat Adam. Selepas memberitahu tentang penghuni kecil ini, satu jam juga mereka menghamburkan tangisan di dalam bilik. Nasib baik lah tiada yang bertanya walaupun mereka keluar dengan mata yang masih merah.

"Settle, sayang jom?" Dapur dan juga ruang makan sudah gelap kerana Adam menutup lampu. Tangan Hawa diraih dan mereka bergerak ke arah bilik tidur.

"Abang nak tidur ke?"

"Tak ada lah. Kenapa sayang? Awak nak makan apa-apa?" Walaupun mata sudah memberat, katil sudah memanggil, tetap Adam gagahkan diri di hadapan Hawa.

"Tak tapi saya ada benda nak cerita dekat abang. Abang nak dengar tak?" Adam mengerling seketika ke arah jam dinding. Sudah hampir 12 malam.

"Nak, sayang. Tapi bagi abang mandi dulu boleh? Badan abang dah berlengas ni" Hawa terus mengukirkan senyuman. Dia mengangguk laju.

"Okay, awak tunggu abang sekejap" Beberapa kucupan dihadiahkan di wajah sang isteri lalu Adam melangkah ke arah bilik air.

==

Habis sahaja Hawa bercerita, gadis itu yang terlebih dahulu melelapkan mata. Di akhir-akhir penceritaan pun suara Hawa sudah kedengaran mamai tetapi bersungguh hendak menghabiskan ceritanya. Adam berada di ruang tamu apabila Kyle menghubungi.

"Kau panjat pokok, Kyle?"

"Laju betul isteri kau cerita aib aku. Siap tunjuk gambar tak?" Adam melepaskan tawa. Tidak terlalu kuat kerana takut Hawa akan terjaga.

"Ada apa kau call?"

"About Nazeef. Dia dapat hukuman penjara seumur hidup. Tentang apa yang dia buat dekat Najmi, Hawa dan juga adik dia" Kening Adam bertaut.

"Maksud kau?"

"Khair, dia bukan bunuh diri. Tapi Nazeef yang tolak dia. He makes it look like Khair jumped off the building" Terang Kyle apabila dia melihat kembali segala bukti yang dia dapat daripada pihak polis.

"Any reason why he did that?"

"Hawa. Dia nakkan Hawa Qaysara"

==

"Let it out, sayang" Adam mengusap badan belakang Hawa sambil memegang rambut sang isteri yang sedang mengeluarkan isi perutnya. Terkejut juga dia apabila Hawa menolak tangannya ketika tidur tadi.

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now