[ 2 3 ]

331 19 0
                                    

PAGI-PAGI lagi rumah Adam dan Hawa sudah meriah dengan bunyi barangan di dapur. Jam baru sahaja menunjukkan 5 pagi tetapi Adam sudah bertungkus lumus menyiapkan bekal buat Hawa. Sesekali dia menjenguk, takut pula Hawa terjaga daripada lenanya.

Hampir setengah jam baru lah Adam siap memasak. Dia bergerak pula ke arah bilik tidurnya untuk mengemas barang-barang yang Hawa perlu bawa di hari pertamanya. Azan subuh berkumandang lalu Adam duduk di birai katil.

"Sayang, bangun. Dah subuh ni" Kucupan dilabuhkan di sisi kepala Hawa.

"Kejap, bagi 5 minit" Hawa menolak wajah Adam, selimut ditarik supaya dia dapat menyelubungi dirinya. Adam menggeleng kepala.

Macam tu je dia tolak muka suami?

"Sayang, awak kata nak masuk awal first day ni" Selimut dialihkan, kini Adam memegang sisi wajah Hawa.

"First day?" Dengan masih mamai Hawa membuka matanya. Keningnya bertaut. "First day apa?"

"Intern lah sayang. Awak mimpi apa sampai lupa ni? Daripada semalam lagi awak excited tau" Tergelak kecil Adam dibuatnya. Pipi Hawa dicubit manja.

"Ha?! Sekarang pukul berapa?! Abang! Kenapa tak kejut awal?!" Tangkas Hawa bangun sehinggakan Adam pun mahu terjatuh daripada katil akibat ditolak isterinya.

"Sayang, baru pukul 6. Awak masuk pukul 8 kan? Abang kejut untuk solat subuh dulu" Rambut Hawa yang serabai itu dirapikan. Hawa menghela nafas lega tetapi tangannya mencubit perut Adam.

"Sayang pergi mandi dulu. Tadi abang dah buatkan breakfast dengan bekal untuk awak. Nanti kita pergi naik motor besar" Adam menjungkitkan keningnya beberapa kali. Sengihan nakal terbit di wajahnya.

"Abang jangan nak mengada bawa laju ya? Kalau kena saman, saya tak nak bayar. Abang tanggung sendiri"

"Alahai sayang, setakat saman tu apa lah— Aduh!" Sekali lagi perutnya dicubit Hawa.

"Abang buatkan breakfast? Pukul berapa abang bangun?" "Pukul 5 rasanya?" Terbuntang mata Hawa. Awal betul!

"Rajinnya suami kita ni! Sayang abang!"

"Ha! Nak apa-apa lah ni kan? Biasa kalau Qaysara puji-puji abang nanti mesti ada barang yang nak dibeli" Hawa menjeling manja, "Mana ada, abang. Jawablah balik!"

"Sayang isteri kita ni juga!"

==

Sampai sahaja di hadapan syarikat sederhana besar itu, Adam menghulurkan tangannya bagi memudahkan Hawa untuk turun daripada motorsikal berkuasa tinggi itu.

"Takutlah" Ujar Hawa apabila Adam mencabut helmet di kepalanya.

"Nak balik ke?" "Ish abang ni. Mana boleh nanti saya tak dapat markah untuk praktikal" Adam mengukirkan senyuman, tudung sang isteri dibetulkan.

"It's okay sayang. Try not to think too much okay? Kalau ada apa-apa masalah, call abang terus. I will be here. Abang doakan urusan isteri abang ni dipermudahkan. Kalau ada yang buli sayang, terus report dekat abang"

Awal-awal lagi Adam sudah memberi nasihat berbakul-bakul. Bukannya apa, dia sendiri tahu yang isterinya ini tidak pandai untuk membela diri sendiri. Takut pula Hawa akan mendiamkan diri apabila ada yang membulinya.

"Okay, saya dah ready. Nak salam?" Tanpa sempat Adam menjawab, Hawa terlebih dahulu mengucup tangan Adam. Jejaka itu melakukan perkara yang sama pada belakang tangan Hawa. Kucupan berpindah pada dahi dan kedua-dua belah pipi isteri pula.

"Good luck sayang! Tepat pukul 5, abang akan sampai sini. Kalau abang tak sampai, awak tunggu dekat dalam and don't even think to go home by yourself"

"Okay abang. Hati-hati balik, kerja elok-elok"

"Awak pun, sayang. Pergi masuk dulu, abang tunggu sampai bayang awak tak ada baru abang gerak" Hawa mengangguk. Tidak lupa juga untuk mengambil bekal yang disediakan Adam. Beg laptop yang berada di Adam beralih ke Hawa pula.

"Ingat sayang, kalau ada masalah bagitahu. Jangan sorok apa-apa daripada abang. Kalau tak, dengan sekali bos sayang tu abang siasat"

"Okay!" Hawa melihat sekeliling dahulu sebelum kakinya melangkah ke arah syarikat yang bakal dia melakukan pekerjaan selama 4 bulan.

"Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan isteriku, Nur Hawa Qaysara ini ya Allah. Kau mudahkan lah pekerjaan dia. Kau lindungilah dia" Doa Adam di dalam hati sambil matanya tidak lepas memandang susuk tubuh Hawa yang kian menghilang bersama pekerja syarikat di situ.

==

"Adam! Telefon kau ni berbunyi dari tadi. Scandal ke?" Faqri melaung daripada jauh sehinggakan beberapa orang menoleh ke arahnya.

"Ha?! Scandal?! Kau jangan macam-macam Adam! Aku report dekat Hawa nanti baru kau tahu!" Danial pula menjerit. Adam sudah memicit sisi kepalanya. Sudah lah nama dia yang disebut-sebut mereka.

"Ziey! Tengok Adam, Ziey! Dia pasang scandal!" Qaziey yang baru sahaja keluar daripada tandas turut terpinga-pinga mendengar jeritan Zackwan.

Lantas Adam berjalan untuk mencapai telefon bimbitnya yang ditinggalkan ketika latihan dimulakan beberapa jam yang lalu. "Anak buah aku lah bodoh. Kau jangan nak fitnah-fitnah aku eh"

Sempat dia menjeling ke arah dua jejaka yang sudah tersengih seperti kerang busuk itu dan mengangkat panggilan daripada Najmi.

"Kau ada jumpa dia?"

"Jumpa tuan. Sekarang dia tengah kelam kabut mengemas barang. Nak lari pergi Australia" Najmi masih berada di dalam kereta, mata tidak lari daripada memandang rumah agam yang berada tidak jauh daripada dia.

"Good, keep your eyes on her. Jangan biar dia jejak kaki pun dekat airport. Bawa dia pergi tempat biasa. Hujung minggu ni aku balik" Adam memberi arahan sambil dia meneguk air.

"Baik tuan. Puan Hawa macam mana? Maaf saya tak sempat lagi bertanya. Saya masih rasa bersalah"

"Qaysara tak kisah, Najmi. Dia bersyukur kau ada dengan dia masa tu. Dia kata, kau kena lagi teruk daripada dia. Dia pula yang rasa bersalah sebab tak mampu nak tolong kau" Terang Adam dengan tenang. Apabila Danial dan Faqri menghampirinya, sempat dia membuat gaya hendak menumbuk dua jejaka itu.

"Tapi dia sihat. Alhamdulillah, so far she's doing just fine" Sambungnya lagi. Najmi yang berada disebalik talian hanya mengangguk.

"Nanti kalau saya ke sana, saya bagitahu tuan. Saya gerak dulu tuan. Saya dah nampak dia keluar" Matanya melilau ke arah rumah Marissa. Terdapat beberapa beg roda yang berada di pintu hadapan rumah itu.

"Careful. Apa-apa info bagitahu aku. Bagi benda yang kuat sikit. Aku nak dia rasa apa yang Qaysara rasa" Ayat terakhir hanya sekadar berbisik tetapi Najmi cepat menangkap bait kata-kata Adam.

"Baik tuan" Panggilan dimatikan. Topeng muka yang menutup separuh mukanya itu dibetulkan. Kaki melangkah perlahan ke arah rumah itu. Tanpa Marissa sedar akan kehadiran Najmi, lelaki itu segera menekup mulut dan hidungnya menggunakan sapu tangan.

"Sleep tight dear. As soon as you wake up, it will be a nightmare" Bisiknya lembut. Hanya mengambil masa beberapa saat untuk Marissa jatuh ke dalam perangkapnya.

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now