JAM baru sahaja menunjukkan pukul 1 pagi tetapi Hawa sudah terjaga daripada lenanya. Entah kenapa tekaknya terasa hendak makan sesuatu. Toleh ke arah sang suami, tidak sampai hati pula hendak kejut. Baru dua jam yang lepas mereka melelapkan mata.
Kepala sudah terfikir untuk keluar sendirian tapi, "Tak apa lah. Kita cuba kejut dulu" Lengan Adam yang masih setia memeluk pinggangnya itu dibiarkan sahaja. Dia mengangkat sedikit kepalanya.
"Abang," Perlahan suara Hawa mengejut. Jari jemari sudah mencucuh pipi Adam.
"Hm?" Terpisat-pisat Adam membuka mata. Takkan lah sudah waktu subuh? Terasa singkat pula tidurnya hari ini. "Sayang?"
"Abang, orang teringin" "Ha?" Tak sempat lagi roh masuk ke dalam badan Adam, sang isteri sudah menyatakan hasratnya.
"Nak makan burger tepi jalan" Perlahan Hawa membisik. Takut pula jejaka ini malas hendak melayannya di malam-malam begini.
"Burger? Sekarang pukul berapa sayang?"
"Pukul 1" Adam mengangguk perlahan. Posisi baring beralih kepada posisi duduk pula. Tangan menggosok mata.
"Jom, sayang" "Abang tak mengantuk ke?" Adam tertawa kecil.
"Mana ada, abang tak tidur pun tadi. Abang pejam mata sekejap je. Sayang nak burger kan? Jom. Kedai belum tutup lagi ni" Hawa tersenyum lebar. Pipi Adam dikucup sekilas sebelum dia berlari untuk mencapai tudungnya.
"Sayang abang!"
"Uish, abang terus segar ni sayang. Lagi sekali. Baru hilang terus mengantuknya" Adam turut turun daripada katil. Seluar pendek paras lutut ditukar kepada seluar panjang. Tangan mencapai baju berwarna putih untuk menutup badannya yang terdedah.
"Jom abang! Saya dah siap"
"Sekejap sayang. Bagi abang basuh muka dulu. Terkejut abang burger tengok muka abang nanti" Hawa mengekek ketawa lalu kunci superbike milik Adam dicapai.
"Okay dah jom sayang" Pinggang Hawa dirangkul dan mereka berdua melangkah keluar daripada rumah. Suasana sepi menyapa membuatkan Hawa merapatkan dirinya dengan Adam.
"Gelapnya" "Kalau terang, maknanya dah pagi sayang" Sempat Adam bergurau. Kunci rumah disimpan di dalam poket.
"Tak apa ke kita keluar ni?"
"Kenapa pula?" Berkerut dahi Adam mendengar soalan daripada Hawa. Kenapa pula tak boleh keluar?
"Nanti guard marah macam mana?"
"Sayang, ni bukan asrama. Semua orang dekat sini dah tua bangka. Kenapa guard nak marah pula" Hendak ketawa, muka sang isteri kelihatan betul-betul takut.
Entah dengan suasana ataupun dengan pengawal yang kononnya akan marah mereka kalau mereka keluar tengah malam.
"It's okay sayang, kalau dia marah, abang marah dia balik. Tapi awak lagi garang. Awak lah marah dia, sayang"
"Ish tak nak lah. Abang lah marah dia. Abang kan lelaki" Lengan Adam dicubit manja. Adam merangkul bahu Hawa, kucupan dilabuhkan pada sisi kepala Hawa.
==
"Aku tengah fikir," Tiba-tiba Adam bersuara membuatkan mereka menoleh ke arah jejaka itu.
"Fikir apa?"
"Macam mana nak bagitahu Qaysara yang kita akan pergi misi tu nanti" Mereka semua mengalihkan pandangan. Maklumlah masing-masing belum berkahwin. Nanti bagi nasihat, orang kata memandai pula.
"Dia okay je lah tu. Time aku pergi misi, biasa mama aku je orang paling sedih. Dia dengan Qawiey selalu halau aku" Kata Qaziey sambil menjamah nasi goreng yang dia beli di dewan makan.
"Kau tu lain Ziey. Adam ni dah ada pangkat suami tau. Feel dia tu lain" Faqri pula mencelah. Nampak kusut benar muka Adam itu.
"Tapi nak tak nak, dia kena cakap juga. Mana boleh pergi macam tu je" Danial turut memandang ke arah Adam. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu, "Kes mahkamah tu macam mana? Hawa nak pergi?"
Adam mengangkat bahu, "Aku dah tanya tapi Qaysara tak bagi keputusan lagi. Aku nak biar dia fikirkan dulu"
"Tapi benda tu hujung minggu ni kan?" Kepala dijatuhkan beberapa kali. Qaziey menepuk belakang Adam. "Dia akan pergi. Cuma dia tengah berbelah bagi je tu. Kau jangan risau lagipun aku ada sekali nanti. Mama dengan papa pun kata nak datang juga"
"Aku tak risau sangat pasal mahkamah tu. Aku lagi fikirkan misi ni. Entah lah Ziey, aku tak tahu nak bagi ayat macam mana dekat Qaysara. Kalau dia sedih macam mana?"
Pertama kali Adam berasa resah untuk pergi menjalankan tugasnya. Maklum lah, sudah ada Hawa disisi dia jadi takut untuk meninggalkan gadis itu seorang diri.
"Lah, kalau dia sedih pun kau tetap akan pergi. Jadinya, kau terus terang je. Dia faham lah. Aku tahu kalau dia kahwin dengan kau, dia sendiri faham apa benda yang dia kena hadap. Ini lah salah satunya"
"Betul Adam. Lagipun kuaters ni kan ramai orang dan orang yang ganggu isteri kau pun dekat penjara sekarang kan? Jangan risau, aku boleh suruh adik aku tengokkan Hawa" Danial memberi cadangan.
"Alang-alang Dania pun bekerja berdekatan tempat praktikal Hawa, boleh lah mereka pergi kerja sekali"
"Boleh ke, Dani? Tak susahkan kau?"
"Eh bodoh. Kau berkawan dengan aku sehari dua ke? Boleh je lah. Keluarga kau, kita sama-sama jaga lah"
"Jaga je tau. Jangan mengorat pula" Serta merta Adam dan juga Danial memberi jelingan tajam kepada Zackwan. Terus hilang senyuman di wajah jejaka itu.
"Gurau"
==
Selesai sahaja solat maghrib, belum sempat Adam
menghulurkan tangannya Hawa sudah mencapai terlebih dahulu. Satu kucupan dilabuhkan pada dahi sang isteri apabila mereka bertentang mata."Kenapa sayang?"
"Ada nak cakap sikit, boleh?" Mata bundar Hawa ralit memandang wajah sang suami.
"Mesti lah boleh. Abang pun ada benda nak bagitahu awak" Adam menukar posisinya. Kepala diletakkan di atas peha Hawa.
"Abang lah cakap dulu"
"Eh, sayang lah" Hawa mengetap bibirnya.
"Saya nak bagi keterangan dekat mahkamah nanti" Belum seminit pun Adam membaringkan dirinya, dia sudah duduk kembali. Terkejut. Dalam banyak perkara, tidak pula dia terfikir yang Hawa akan bersetuju.
"Are you sure, sayang?" Hawa mengangguk, "Abang akan teman saya kan?"
"Of course, sayang. Abang akan ada dengan awak sepanjang masa. I'm so proud of you" Dakapan hangat menyapa Hawa. Dia tersenyum dan membalas pelukan Adam.
Seketika mereka berpelukan begitu sebelum Hawa menolak badan Adam. "Okay, abang nak cakap apa?"
"Macam ni sayang, nanti abang akan ada misi. Mungkin abang pergi dalam dua minggu macam tu. Sayang boleh duduk sini sementara tunggu abang
balik?""Abang ni, ingatkan nak cakap apa muka serious macam tu! Mesti lah boleh abang. Abang takut ke nak cakap dekat saya?" Adam mengangguk membuatkan Hawa tertawa.
"Saya faham lah. Along kan macam tu juga. Jangan risau okay? Abang jaga diri dekat sana. Make sure to come back here safely"
"Dengan izin Allah. Abang minta awak pun jaga diri dekat sini. Abang tak ada untuk awak dua minggu nanti" Pipi Hawa diusap lembut. "Danial minta tolong adik dia untuk jaga awak nanti"
"Ish, malu lah kita! Saya boleh je jaga diri sendiri"
"I know, sayang. Abang tahu yang isteri abang ni pandai jaga diri tapi hati abang tak tenang nak tinggal awak sorang" Hawa melentokkan kembali kepalanya di dada Adam.
"Okay abang. Saya lapar lah. Jom makan?"
Adam melepaskan tawanya, "Potong mood lah sayang ni"
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
RandomPertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...