DARAH yang mengalir diperhatikan dalam diam. Hilang segala deria rasa sakitnya walaupun hampir penuh torehan pada lengan. Kini mata pisau yang tajam itu beralih ke arah bahagian pehanya. Bibir diketap seraya dia mengukirkan satu torehan panjang menyebabkan titisan darah mengalir pula di bahagian pehanya.
"Adik?" Hawa tersentak, pantas anggota badan yang
penuh dengan darah dihalakan pada pancuran air."Ya mama?" Hawa menyahut kembali, kini baru dia merasakan kesakitan. "Adik dah nak siap dah ni!"
"Okay, mama tunggu tau. Papa dengan angah dah siap dah tu" Kata Puan Hajar.
"Ha sekejap lagi adik keluar ya?" Segera pisau kecil yang dia gunakan di basuh lalu disorokkan pada timbunan tuala muka pada sisi singki.
Setelah bersiap, sempat dia membalut luka yang masih baru. Lengan baju ditarik menutup sehingga perlengangan tangan lalu dia menghalakan kaki ke arah ruang tamu.
"Ha princess, jom. Mama dengan papa dah tunggu dekat kereta" Qawiey mengusap kepala Hawa, rambut yang sudah rapi diikat itu ditarik perlahan.
"Ish! Angah jangan kacau rambut adik eh! Botak angah nanti"
"Ingat orang takut ke?" Pipi Hawa pula dicubit sebelum Qawiey lari menjauhkan diri. "Angah! Kunci pintunya!" Puan Hajar melaung daripada dalam kereta membuatkan Hawa ketawa mengekek.
"Aunty Balqis buat majlis apa mama?" Tanya Hawa, jarang juga dia hendak mengenakan abaya tetapi tidak pula dia bertanya dahulu tadi. Selendang yang berwarna tona yang sama hanya dilapikkan di atas kepala.
"Majlis kesyukuran, anak sulung dia naik pangkat tak silap mama. Adam pun ada sekali nanti" Sengaja Puan Hajar mahu memancing anak daranya itu.
"Eh lah kenapa pula. Biarlah dia dekat situ. Along tak ikut balik?" Laju sahaja Hawa menukar topik.
"Nanti malam dia singgah, papa gerak awal sebab nak tolong-tolong sikit" Encik Qayyum membalas.
"Boleh lah adik berkepit dengan Adam lama sikit. Adik kan gedik"
"Mama, tengok angah ni!"
"Ya, biar mama tenung muka angah"
==
Adam memandang Hawa dan Hawa juga memandang Adam. Tidak berkelip dua insan itu. Qawiey sudah senyap-senyap mengambil gambar untuk menjadi paparazzi kepada Qaziey.
"Sudah lah tenung anak dara orang tu, Adam. Cantiknya Hawa, lama aunty tak jumpa" Hawa mengalihkan pandangan kepada Puan Balqis, tangan itu dikucup lembut.
"Aunty sihat?" "Sihat Alhamdulillah. Hawa macam mana? Aisya bagitahu Hawa ada masuk hospital?"
Hawa tersengih, "Tak ada apa pun aunty. Hawa dah sihat dah. Ha tu mama baru turun" Puan Hajar turut bersalaman dengan Puan Balqis.
"Cantik" "Huh?" Adam hanya tersenyum, memandang Hawa yang sedang mengenakan abaya berwarna biru laut.
"Hawa!" Aisya memecahkan suasana itu, sempat dia bersalaman dengan Puan Hajar sebelum tangannya ditarik.
"Hawa kata tadi nak minta tutorial tudung kan? Jom Aisy ajar!"
"Aisya, jangan lari" Tegur Encik Arman membuatkan kedua-dua gadis itu tersengih lalu bilik tidur Aisya dituju mereka.
"Pantang lah budak berdua tu kalau dah jumpa. Takut dah habis majlis baru turun nanti" Qawiey menggeleng kepala seraya bersalam dengan Encik Arman.
Nasib baik hanya 30 minit diperlukan Aisya untuk membetulkan selendang yang dipakai Hawa. Mereka berdua menghadap ke arah cermin. Senyuman puas terpancar pada wajah Aisya.
"Ah! Cantik sangat lah Hawa!" "Thank you, Aisy. Hawa tak pandai nak style tudung. Biasa Hawa selempang gitu je"
Aisya tersenyum lalu tangan Hawa dipaut, "Jom! Tunjuk dekat mama Hawa"
Baru sahaja Adam mahu mengetuk pintu, pintu itu sudah dibuka daripada dalam. "Ha ingat kena jemput tuan puteri—"
Aisya yang berada di sisi Hawa sudah tersengih-sengih. Tahu sahaja daripada raut wajah sang abang yang dia sedang angau sekarang ini.
"Haih abang Adam, tutup mulut tu. Tak pasal-pasal makan lalat nanti" Perli Aisya, tangan naik menutup mulut Adam membuatkan Hawa tertawa.
"Cantik," "Ibu! Tengok abang ni gatal!" Terus mereka berdua turun ke arah ruang tamu untuk mencari kelibat Puan Balqis dan Puan Hajar. Adam ditinggalkan begitu sahaja.
==
"Cantik sangat lah Ziey. MasyaAllah, cantik betul" Tak henti pujian meniti di bibir Adam apabila melihat Hawa. Padahal gadis itu tidak pandang pun ke arahnya.
"Beringat sikit, orang yang puji tu abang dia ada dekat sini" Belakang leher Adam dipukul Qaziey. Nasib baik lah tangan kanan masih menyuap makanan ke dalam mulut.
"Boleh lalai aku macam ni, Ziey. Macam mana dengan kes Qaysara? Ada perkembangan?" Qaziey menggeleng lemah.
"Tak ada. Aku pelik lah, takkan lah orang tu boleh hilang macam tu je? Kalau kata orang rapat, siapa? Setahu aku keluarga aku tak pernah berdendam dengan orang"
Suara seakan mengalah, setiap kemungkinan yang dia buat mesti akan bertemu jalan buntu. Lagi-lagi apabila polis tidak menemui sebarang bukti langsung.
"Qaysara pula? Dia ada masalah dengan sesiapa tak? Mana tahu orang tu cuma berdendam dengan dia saja?"
"Entah lah, tapi dia tak pernah cerita apa pun"
"Perempuan ni Ziey, kalau kau tanya dia memang dia tak akan cerita. Kau kena tengok dengan mata kepala kau sendiri. Dulu Aisya dengan Ayra tu kalau ada masalah, dia mana pernah cerita. Tapi bila abang sulung aku tahu dia orang kena buli, dia nampak sendiri benda yang jadi, baru dia orang buka mulut"
Kata Adam, "Aku bukan nak kata Qaysara tu sama dengan adik-adik aku sebab perangai orang lain-lain. Tapi aku rasa, kita kena cari sendiri punca baru kita akan jumpa jalan" Sambungnya lagi.
"Ke kau nak aku tolong?" Pantas Qaziey menggeleng kepala.
"Kau ni, kalau setakat Adam yang tolong aku boleh terima. Kalau Baihaqi sekali nak ikut tolong, tak payah. Aku pun takut kalau perangai kau lagi satu keluar" Adam ketawa.
"Aduh kau ni, aku sekadar tolong mana mampu. Lagipun bukan selalu perangai Baihaqi aku keluar"
"Itu sebab aku takut. Buatnya kau—"
"Abang Adam! Hawa ajak ambil gambar" Ayra memotong perbualan dua jejaka itu.
"Ayra! Hawa tak cakap pun!" Dari jauh mereka boleh mendengar suara Hawa. "Cepat abang Adam kalau tak abang terlepas peluang ni"
"Kejap Ziey, adik-adik aku yang membuli adik kau ni" Qaziey hanya mengangguk, sesekali dia memerhati dua insan itu bergambar. Walaupun dipaksa Aisya dan Ayra.
"Berkenan betul mama dengan Adam tu, along. Dia tak ada kawan dengan sesiapa ke?"
"Ma, ayat mama sumpah macam makcik bawang sekarang" Bahunya dipukul Puan Hajar. "Kamu ni mama tanya betul-betul"
"Mana lah along tahu ma. Dia tak ada cerita pula tapi nampaknya Adam tu pun bukan main lagi suka dengan adik"
"Kan? Bukan mama je kan yang perasan? Ibu Adam pun fikirkan yang sama"
"Jadi, kita doa yang baik-baik sayang. Urusan mereka, biarkan mereka selesaikan sendiri. Kita tak perlu masuk campur sebab masing-masing dah besar" Encik Qayyum mencelah.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Selesai sesi bergambar, baru Hawa menegur Adam.
"Cantik, pakai macam ni selalu Qaysara"
"Doakan saya. Saya sendiri tak boleh janji dengan diri sendiri" Raut wajah itu diperhati Adam, senyuman manis dilemparkan.
"Buat kerana Allah, jangan sebab orang lain. Doa saya sentiasa ada untuk awak"
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
RandomPertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...