[ 1 9 ]

342 19 0
                                    

          BUKA sahaja mata, pandangan Hawa adalah sang suami yang sedang menunaikan solat. Jam yang berada di sisi katil dikerling. Perlahan Hawa mengubah posisi dan bersandar pada kepala katil.

Sudah hampir sebulan masa berlalu sejak dia diculik oleh Nazeef. Lelaki itu sedang dalam proses menunggu hukuman di mahkamah. Adam adalah salah seorang yang sering membantu dalam kes itu.

Dengan adanya Najmi, boleh lah mereka sedikit sebanyak memberi bukti kepada mahkamah. Tetapi entah kenapa Nazeef tidak pernah pun bersuara tentang Khair. Walaupun dia sendiri tahu tentang hal Khair dan Adam.

"Sayang?" Lamunan Hawa terhenti, pandangan beralih kepada Adam yang kini duduk di birai katil. Adam menyelit rambut Hawa kebelakang telinga, "Kenapa bangun sayang? Awak kan tak sihat lagi"

Beberapa hari ini dia ada perasan Hawa kerap jatuh sakit. Jikalau tidak demam, mesti dia akan mengadu sakit kepala. Sudah diajak ke klinik, tetapi gadis itu menolak.

"Adam," Hawa memegang erat tangan suaminya lalu dikucup lembut. Adam menjungkitkan kening tetapi apabila dia dapat rasa titisan air mata pada tangannya, segera dia menekup sisi wajah Hawa.

"Sayang, kenapa? Kita pergi klinik lah ya? Saya risau lah, sayang"

"Saya minta maaf" Tersedu-sedan si gadis sambil tangannya kini memeluk pinggang Adam. Wajah disembamkan pada bidang dada sang jejaka.

Adam hanya mendiamkan diri. Dia tahu jika dia bertanya sekarang, belum tentu dia akan mendapat jawapan. Jadi, dia perlu menenangkan isterinya ini.

"It's okay, sayang. I'm here"

Sambil tangannya mengusap badan belakang sang isteri, sambil itu dia mengalunkan selawat supaya hati Hawa lebih tenang. Dia sendiri tidak pasti kenapa kebelakangan ini Hawa seakan tidak tenteram.

Kadang kala, dia menangis sendiri. Ketika tidur, tiba-tiba dia akan terjaga. Kalau terjaga pula, mesti akan termenung. Dia diberitahu, mungkin isterinya akan mengalami trauma selepas apa yang terjadi. Tapi jikalau boleh, Adam hendak tahu apa yang sebenarnya terbuku di dalam hati Hawa.

"Macam mana ni sayang? Awak asyik menangis je. Nak tahu tak kalau awak selalu menangis, nanti mata awak boleh buta tau" Hawa mengerutkan kening. Dia mendongak untuk memandang Adam.

"Ye ke?"

"Ye lah, sayang. Saya mana pernah tipu awak" Air mata Hawa dikesat. Kucupan dilabuhkan pada kedua-dua belah pipi Hawa.

"Dah nak masuk waktu subuh ni, kita solat dulu"

"Tadi awak solat apa?" Adam mengukirkan senyuman, "Solat Tahajjud, sayang". Adam tertawa apabila dahi sang isteri berkerut.

"Solat Tahajjud ni boleh lakukan selepas waktu isyak sehingga lah sebelum subuh. Tapi awak kena tidur dulu. Kalau awak tidur dan terjaga, awak boleh tunaikan solat Tahajjud" Terang Adam dengan lembut.

"Awak tak mengantuk ke masa solat tu?"

"Dulu, ya. Tapi sebab masa saya dekat pangkalan memang saya dah biasakan diri untuk bangun solat Tahajjud, jadi saya dah biasa. Kalau Qaysara nak cuba pun boleh. Nanti lepas habis solat, awak boleh doa. Itu adalah waktu mustajab untuk berdoa"

Hawa mengangguk faham. Jikalau bicara tentang agama, dia terasa kerdil kalau hendak dibandingkan dengan Adam yang sudah tentu tinggi bab agama. Tapi dia tidak malu untuk belajar perkara baru setiap masa.

"Okay dah, jom. Awak ambil wudhu dulu, saya bentangkan sejadah awak" Dahi Hawa dikucup lembut.

"Terima kasih, Adam" "Untuk apa, sayang?" Hawa merangkul pinggang Adam, kepala dilentokkan ke bahu sang suami.

"For everything"

==

"Adam! Kamu ni tak bagi isteri makan ke? Kesian menantu ibu, dah kurus dah dia" Pipi Hawa dicubit manja. Anaknya dijeling sekilas.

"Ibu, orang kalau boleh nak bagi segala makanan dekat menantu kesayangan ibu ni tapi dia degil sangat!" Hawa tertawa, tangan Puan Balqis dikucup.

"Hawa macam mana sayang? Dah sihat? Hari tu ibu datang awak tengah demam panas. Adam ada bawa pergi hospital?"

"Alhamdulillah, sihat dah ibu. Tapi kadang-kadang masih tak ada selera makan walaupun Adam selalu paksa orang makan" Adam membuat muka bangga ke arah ibunya tetapi tidak dilayan.

"Eh jom masuk dulu. Ibu ada masakkan ayam masak kicap. Mana tahu Hawa selera makan nanti" Rambut Hawa diusap, lalu tangan Hawa ditarik untuk masuk ke dalam rumah.

"Fuh! Nasib baik Adam tak bentang tikar tadi ibu. Ingatkan nak makan sebelah kereta tadi" Sempat Adam memerli sebelum dia membawa masuk beg pakaian yang dikongsi dengan Hawa.

"Hawa! Ya Allah rindunya!" Aisya terus berlari turun daripada tangga sebelum mendakap tubuh sahabatnya itu. "Rindu Aisy juga" Hawa membalas pelukan Aisya.

"Abang? Tak rindu ke?" Baru sahaja dia mendepakan tangan untuk memeluk dua insan itu, Puan Balqis mencubit sisi pinggangnya. "Jangan nak mengada Adam. Pergi kemas barang awak tu. Nanti ikut ibu pergi beli barang dapur"

"Alah ibu, Aisy tu kan ada. Dia bukan buat apa-apa pun"

"Eh? Banyak lah abang! Aisy ni tak nak mengungkit nanti hilang segala pahala yang Aisy kumpul" Aisya menjeling ke arah Adam.

"Dah tak perlu nak bergaduh. Semua ikut ibu nanti" Puan Balqis memberi kata muktamad dan menarik Hawa ke arah ruangan makan.

"Abang lah ni!" "Aisy lah!"

"Assalamualaikum, ayah" Hawa menunduk untuk bersalam dengan Encik Arman sementara suaminya dan Aisya sedang berperang mulut.

"Waalaikumusalam, Hawa. Sihat? Dah kurus menantu ayah ni. Adam tak bagi makan ya? Nanti biar ayah sebat dia" Dengar sahaja namanya diseru dan ada perkataan sebat bersama baru lah dua beradik itu berhenti. "Eh ayah, apa nak sebat orang ni. Orang umur dah 30 tau!"

"Ha! Tahu pun! Tapi bergaduh dengan adik macam umur awak tu 3 tahun" Sempat dia mendapat perlian daripada Puan Balqis sebelum merapati sang isteri yang hanya menonton drama keluarga mereka.

"Sayang, tengok lah. Tak ada siapa nak back up saya" Hawa mengusap rambut Adam ketika jejaka itu melentokkan kepala ke bahunya. "Tak apa, saya back up awak. Tapi tepi sikit. Saya nak tolong ibu"

"Eh tak apa Hawa, duduk je dekat situ. Awak tu tak sihat lagi kan? Adam! Sini tolong ibu!"

"Alah sorry bu. Kalau nak minta tolong Adam, kena bawa Hawa sekali sebab Adam dah tak boleh lepas peluk ni"

"Geli lah!" Suara Aisya bergema di ruangan makan itu membuatkan Adam dan juga Hawa tertawa kecil. "Ish! Dah tepi lah Adam. Pergi tolong ibu tu"

"Tak apa sayang, Aisy dah pergi tu. Jom, saya ada nak tunjuk sesuatu dekat awak" Lengan Hawa dipaut dan mereka berdua berjalan ke arah bilik tidur Adam.

"Eh! Kita nak buat apa pula? Nanti ibu dah nak panggil makan"

"Ha! Fikir bukan-bukan lah tu. Kita tak buat apa pun lah. Sayang duduk sini. Jangan pergi mana-mana!" Hawa hanya duduk di birai katil sepertimana yang disuruh Adam. Matanya melilau seketika. Terdapat beberapa keping gambar yang sudah di dalam bingkai gambar di atas meja kerja jejaka itu.

"Bila awak cuci gambar ni semua? Untuk saya tak ada pun" Hawa mencebik. Cantik pula gambar ketika majlis nikah mereka.

"Sayang nak ke? Nanti saya cucikan gambar lagi" Adam melaung daripada dalam bilik pakaiannya. Kotak yang berada di atas almari dicapai. Dia melangkah keluar lalu melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Hawa.

"Apa ni Adam?"

"Hadiah untuk awak, sayang"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now