"NUR HAWA QAYSARA," Terbantut langkah Hawa ketika dia mahu bergerak ke arah katil. Adam memegang tangan Hawa, badan Hawa dipusingkan supaya menghadapnya.
"Kenapa sayang? Awak tak bercakap dengan saya sejak kita sampai tadi. Kalau saya ada salah, saya minta maaf okay? Kalau awak tak bagitahu saya, saya tak tahu" Lembut suara Adam memujuk.
"Saya okay je cuma penat sikit. Saya tidur dulu"
"No sayang. Saya tahu ada benda yang tengah kacau kepala awak sekarang. Tell me what is it, please?" Hawa melepaskan keluhan perlahan. Kalau boleh dia tidak mahu ada perasaan buruk sangka terhadap suaminya sendiri. Dia sedar, apa pun dia tidak layak untuk menghukum.
"Marissa ada bagitahu yang awak dengan dia kena tangkap basah. Kenapa awak tak bagitahu saya?"
"Dia cakap apa lagi?"
"Awak datang jumpa dia sebab awak rindu untuk rasa sentuhan—" Terus Hawa dibawa ke dalam pelukan.
"Saya boleh cerita apa yang jadi tapi sebelum tu saya nak tanya awak," Hawa tidak membalas. Menunggu ayat seterusnya daripada Adam. "Do you trust me?"
Lambat-lambat Hawa mengangguk. Adam melepaskan keluhan lega, "That's enough for me" Tangan Hawa ditarik supaya mereka duduk di birai katil.
"First of all, saya tak datang jumpa dia langsung. Saya ada dekat rumah kita sepanjang awak tak ada dan keluarga kita pun ada dekat situ. Ada ibu dengan ayah. Mama, papa, Qaziey dengan Qawiey semua ada. Pergi balai polis pun saya dengan Qaziey" Adam memulakan bicara.
"Dia yang datang rumah kita dan saya tahu yang dia akan datang. Itu sebab saya dengan Qaziey plan untuk berjaga malam tu. Saya masih ada video bukti kalau sayang nak tengok. Sumpah, saya tak pernah berdua-duaan dengan dia, sayang"
"Jadi, dia perangkap awak?" Adam mengangguk.
"Saya tak tahu apa niat dia tapi sejak hari kejadian, saya dah tak nampak muka dia lagi. Kalau awak nak tahu, sehari sebelum awak kena culik awak ada bagitahu saya ada orang dekat depan rumah kita kan? Dia lah orangnya. Dia berpakat dengan orang yang culik awak tu"
Hawa hanya mendiamkan diri. Terasa ada sesuatu yang lembut melekap di dahinya. "I won't do anything behind your back, Qaysara. I'm sorry for not telling you about this matter sooner"
"Saya percayakan awak, Adam. Saya minta maaf tapi sebab dia ada tunjuk surat dan mungkin itu yang buatkan saya lebih percaya apa yang dia cakap. Saya minta maaf" Tangan Adam dikucup.
"Shh, it's nothing sayang. I'm glad sebab awak dengar daripada pihak saya juga. Salah saya sebab tak bagitahu awak dan awak kena dengar daripada orang luar"
"Saya janji lepas ni saya akan dengar cerita daripada dua-dua pihak" Adam ketawa, pipi Hawa ditekup membuatkan bibir Hawa muncung ke depan.
"Bagusnya! Isteri siapa ni?"
"Isteri Adam lah!"
==
"Wah! Hari ini muka banyak senyum lah!" Danial menegur apabila nampak sahaja kelibat Adam yang sedang menuju ke arah mereka.
"Senyum lah Dani. Sekarang tidur pun dah ada teman dah" Faqri turut menyambung. Suka dia melihat wajah Adam yang sedang menahan tawa. Padahal daripada jauh lagi mereka sudah dapat melihat senyuman Adam.
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
RandomPertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...