[ 2 9 ]

322 17 0
                                    

          BARU Hawa hendak berjalan ke arah bilik air, Adam merangkul pinggangnya. "Sayang, sini sekejap" Hawa pun mengikut sahaja apabila Adam menariknya ke arah sofa.

"Abang nak tengok lengan awak"

"Ke-Kenapa? Abang ni merepek lah" Hawa melepaskan tawa gugup dan ketika dia mahu berdiri, Adam menahannya.

"Sekejap sayang. Bagi abang tengok. Abang tak marah awak" Tenang Adam memujuk. Luruh hatinya apabila dia ternampak beberapa tompokan darah dan juga pisau kecil yang berada di dalam bilik air apabila dia mengambil wudhu subuh tadi.

"Tak ada apa lah, abang. Jom lah kita siap. Abang kata nak keluar"

"Hawa Qaysara, bagi abang rawat dulu luka sayang tu" Apabila nama penuh sudah disebut dengan nada tegas, Hawa akhirnya mengalah. Perlahan lengan baju yang menutupi luka-lukanya diselak.

"Awak duduk sini. Abang pergi ambil first aid kit" Hawa tidak boleh meneka reaksi Adam ketika ini. Adakah dia kecewa? Sedih? Ataupun marah? Berbanding dirinya, Adam lebih tahu membaca riak wajah seseorang.

"Abang marah?" Adam hanya mendiamkan diri, tangan Hawa diraih lembut. Luka-luka yang masih berdarah dibersihkan terlebih dahulu.

"Bagitahu abang kalau sakit" Itu sahaja yang keluar daripada mulut Adam. Bukan niatnya untuk mengabaikan pertanyaan Hawa, tetapi dia perlukan ruang untuk menuturkan ayat yang betul.

"Saya minta maaf" Hawa menunduk. Walaupun lengannya sakit akibat terkena ubat, tetapi dia hanya mendiamkan diri. Takut pula kalau tiba-tiba dia dimarahi sang suami.

Lama mereka berdua mendiamkan diri sehingga lengan Hawa dibalut dengan kain yang baru. Adam mengangkat kepala, dagu Hawa dicuit, "Kenapa?"

"Abang marah saya?" "Abang tak cakap pun abang marah awak" Hawa mencebik. Mata sudah bergenang dengan air mata.

"Abang marah kan?"

"Kenapa pula?"

"Abang tak panggil sayang pun" Adam tertawa kecil. Air mata Hawa diseka dan kedua-dua belah pipi Hawa ditekupnya.

"Abang tak marah awak tapi abang sedih" Hawa menjungkitkan kening. "Kenapa?"

"Sebab abang rasa macam abang tak boleh jadi suami yang baik untuk awak. Awak sakit ke sedih tapi abang tak tahu. Abang selalu biar awak rasa sakit seorang diri"

Tangan Adam digenggam, "Abang suami yang baik. Abang selalu ada dengan saya. Tapi saya yang selalu bertindak ikut emosi. Saya minta maaf buat abang rasa macam tu"

"Okay kalau macam tu, apa kata kalau awak ke abang rasa sedih kita jangan pendam? Kita luahkan apa yang kita rasa, boleh?" Mungkin dengan cara ini, dia boleh tahu segala masalah isterinya.

"Abang nak dengar masalah saya?"

"Mestilah, sayang. Bukan masalah awak je yang abang nak tahu, apa yang buat awak sedih. Apa yang buat hati awak rasa tak tenang. Semua abang nak tahu"

==

Anak mata Adam memerhati susuk tubuh sang isteri yang sedang kehulur kehilir memenuhi bakul yang dipegang. Walhal sudah dua bakul yang dipenuhi coklat di tangan Adam. Katanya hendak membelikan untuk semua orang.

"Teman isteri?" Tersentak Adam apabila ditegur daripada belakang. Dia menoleh dan seorang lelaki yang mungkin berumur lingkungan 50 tahun menegurnya.

"Haah, pakcik. Tu ha busy betul nak penuhkan bakul ketiga" Adam menunding ke arah Hawa yang kini di bahagian makanan ringan pula.

"Baguslah nak. Dah ada isteri, dia lah tanggungjawab kita. Pakcik ni pun sama tunggu makcik tu siap membeli belah. Dah lama teringin nak pergi Langkawi. Padahal kalau beli coklat, dekat tempat pakcik tu banyak je" Adam turut ketawa.

"Itu lah pakcik. Isteri saya tu pun saya yang suruh dia pilih nak pergi mana. Tahu-tahu dah sampai sini. Dia nak pergi mana pun saya tak kisah, yang penting saya dapat tengok senyuman dia tu"

Apabila Hawa lihat bakulnya makin penuh, terus dia mencari Adam. Mata mereka bertentang dan Hawa berjalan ke arah sang suami, "Okay abang, saya dah siap beli"

"Awak tak nak tambah bakul lagi? Tangan abang boleh pegang lagi ni" Hawa menggeleng, "Nanti esok kita pergi lagi!"

"Okay sayang. Pakcik, saya pergi dulu ya?" Pakcik itu mengangguk, senyuman dihadiahkan kepada pasangan itu.

"Abang borak apa je?" Tanya Hawa apabila mereka sampai ke kaunter pembayaran. Ketiga-tiga bakul diletakkan dan Adam terus merangkul bahu Hawa.

"Tak ada apa pun sayang, cuma dia kata kita dah kahwin ni kena sentiasa bahagiakan isteri kita. Sebab isteri ni tanggungjawab kepada suami" Hidung Hawa dicuit manja.

Hawa tersengih, kepala dilentokkan ke arah dada Adam, "Thank you abang bawa saya pergi sini"

"Anything for you, sayang"

"Comelnya!" Hawa dan Adam terus menoleh apabila mendengar suara yang lantang itu.

"Eh? Kawan abang?" Adam turut melopong melihat satu persatu rakannya yang berada disitu. Qaziey pun turut ada.

"Apa kau orang buat dekat sini?"

"Saja nak bercuti. Hi Hawa!" Faqri melambaikan tangan. Hawa membalas, tetapi dia tergelak melihat wajah Adam. Nampaknya sang suami pun tidak tahu akan kehadiran mereka.

"Jangan risau, kita orang tak akan kacau honeymoon kau. Kita datang nak bercuti kan?" Zackwan menolak Qaziey ke hadapan. Sebenarnya, ini adalah rancangan Qaziey. Sejak dia tertengking Hawa tempoh hari, dia tidak sempat lagi ingin meminta maaf.

"Kawan-kawan abang tak kerja ke?"

"Entah lah sayang. Abang nampak muka dia orang semua ni pun rasa nak pitam dah"

==

Adam tidak henti menjeling kawan-kawannya. Hawa pula sudah rancak berborak bersama Danial. Tidak leka mata Hawa menatap gambar-gambar tunang kepada jejaka itu.

"Cantik! Nanti Hawa nak jumpa boleh ke?"

"Boleh Hawa. Nanti saya kenalkan dia dengan awak" Hawa tersenyum gembira membuatkan Adam turut tersenyum.

"Tak, kau orang memang nak ikut aku dengan isteri aku kesana kesini ke?" Adam menjeling tajam ke arah mereka berempat.

"Boleh juga. Alang-alang jadi family trip" Faqri tersengih-sengih. Adam menjulingkan mata ke atas, malas hendak melayan karenah mereka.

"Abang, tak habis" Hawa menolak pinggan yang berisi nasi goreng kepada Adam walaupun jejaka itu baru sahaja menghabiskan makanannya.

"Adik, boleh along cakap sekejap?" Tanya Qaziey yang duduk dihadapannya. Hawa mengerling seketika ke arah Adam, "Go, sayang"

Hawa mengikut Qaziey ke arah meja yang sedikit jauh daripada mereka. Qaziey melepaskan keluhan perlahan, "Along minta maaf sebab marah adik. Bukan niat along nak tinggi suara tapi along risaukan adik"

"Adik faham. Adik minta maaf sebab buat along, angah, mama dengan papa risau" Qaziey melemparkan senyuman. Kepala Hawa diusap lembut.

"Tapi adik tak ada apa nak cerita lagi dah. A-Adik tak nak ingat benda yang dah jadi"

"Along faham. Along tak akan paksa adik cerita lagi dah okay? For now, let's move on. Lagipun dia dah tak akan ganggu adik dah" Kalau ikutkan hendak sahaja dia menghukum Nazeef sendiri sebab sudah menyakiti Hawa.

"Eh sekejap, along buat apa dekat sini sebenarnya? Adik tahu ini bukan sekadar kebetulan" Hawa memincingkan matanya. Qaziey ketawa kekok, dia menggosok belakang lehernya.

"Along tanya mama" "Ish! Adik dah agak dah. Patutlah Adam asyik jeling along dengan yang lain daripada tadi"

"Bak kata Faqri, daripada honeymoon boleh jadi family trip"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now