PINTU dibuka dengan perlahan. Baru setapak dia melangkah keluar, "Nak pergi mana?" Kyle menegur. Mata tidak beralih daripada telefon bimbitnya.
"Awak ni, tak balik rumah ke?"
"Doesn't answer my question, Hawa. Awak nak pergi mana?" Hawa mengetap bibirnya. Kalau lah yang di depan ini adalah Adam, sudah lama dia menyatakan hasratnya.
"Saya teringin nak makan buah mangga dekat belakang tu" Kyle mengangkat kepala. Jam tangan di pergelangan tangan dikerling seketika. "It's 10pm, Hawa"
"Saya tahu tapi saya tak boleh tidur kalau tak makan tu"
"Stay here. Pokok yang mana satu? Orang punya ke apa?" Kyle sudah siap sedia bangun daripada bangku tetapi Hawa menggeleng.
"Eh tak apa. Awak duduk sini. Saya pergi kejap je"
Kyle memeluk tubuhnya. Tiba-tiba satu idea muncul di kepala, "Tak takut? Kalau tiba-tiba ada suara gelak, awak lari lah—"
"Okay fine!" Jelingan tajam diberikan oleh Hawa kepada Kyle. "Tapi saya nak ikut!" Kyle melepaskan keluhan. Hendak berlawan pun takut jiran-jiran di sekeliling mereka keluar. Akhirnya dia bersetuju sahaja.
"Hawa, I asked you. Pokok tu siapa punya? Awak nak curi ke?"
"Eh? Pandai lah awak. Saya dah minta izin daripada petang tadi tau dekat owner pokok tu" Lampu di telefon bimbit dibuka. Takut juga berjalan di belakang bangunan kuaters ini. Padahal setiap petang riuh dengan suara kanak-kanak.
"Then? Kenapa tak pergi petang tadi?"
"Saya tak teringin masa tu. Sekarang baru teringin" Jawabnya selamba. Kyle menggaru kepalanya. Pelik benar dengan isteri kawannya ini.
"Ha! Yang itu" Kyle memandang ke arah pokok yang Hawa tunjukkan. Ada beberapa buah mangga yang sudah kuning, ada juga yang masih mentah. "Saya nak warna hijau"
"Bukan ke orang biasa makan yang kuning?"
"Awak nak tolong ke tak ni, Kyle? Asyik complain je. Saya call Najmi je lah" Hawa menyuluh telefon bimbitnya tepat di muka Kyle.
"Sabar lah Hawa. Aduh dia ni. Emotional betul"
==
"Eh Hawa, awak okay tak? Akak tengok pucat muka awak ni" Hawa memegang perutnya. Entah kenapa daripada pagi tadi tekaknya terasa mual.
"Tak tahu lah kak. Perut buat hal pula hari ni. Sebab Hawa makan mangga semalam rasanya" Adunya. Perut yang sakit disapu minyak angin. Tidak lah membantu sangat tetapi ada rasa sedikit kelegaan.
"Kalau tak sihat, awak cuti lah Hawa. Lagipun kerja awak bukannya banyak sangat. Nak akak bagitahu HR?"
"Tak apa lah kak. Lagipun dah nak balik, saya boleh tahan sejam lagi. Nanti saya singgah klinik" Kak Gina mengeluh. Susah hendak bercakap dengan budak Hawa ni. Degil sangat!
"Okay lah kalau macam tu. Jangan buat kerja berat sangat. Nanti balik hati-hati"
Hawa ukir senyuman, "Okay akak pun!" Minyak angin di atas meja dicapai lalu disapu ke arah perut. Tak henti-henti mulutnya mengeluh. Entah kenapa satu jam hari ini terasa lama berbanding hari lain.
Tepat sahaja pukul 5, Hawa terus mengemas barangnya. Seperti Adam, Najmi turut akan sampai di hadapan syarikat itu sebelum Hawa keluar lagi. Jadi dia tidak mahu membiarkan jejaka itu menunggu lama.
"Najmi, boleh kita singgah klinik nanti? Hawa rasa tak sedap badan" Ujarnya sejurus Hawa masuk ke dalam kereta.
"Boleh, puan Hawa tak sihat?" Najmi mengerling ke arah gadis yang duduk di tempat duduk penumpang di sebelahnya.
Hawa mengangguk, kepala disandarkan ke arah kerusi, "Daripada pagi tadi lagi tapi macam makin teruk pula. Hawa tak patut makan mangga banyak sangat semalam"
Najmi mengerutkan kening, "Dekat mana puan Hawa dapat mangga?" Hawa tersengih, telefon bimbit dikeluarkan daripada beg tangan. Satu gambar ditunjukkan kepada Najmi yang sedang memandu.
"Kyle panjat pokok semalam" Dia tergelak. Kelakar pula bila dia tengok kembali gambar itu. Bukan main susah lagi Kyle memanjat pokok mangga semalam. Nasib baik lah tidak jatuh.
"Eh Najmi, awak jangan bagitahu Adam. Saya sakit sikit je ni, nanti lepas makan ubat elok rasanya" Najmi hanya tersenyum nipis mendengar arahan daripada Hawa.
Sampai sahaja di klinik, Hawa yang baru sahaja hendak keluar daripada kereta terhenti apabila Najmi turut berura-ura hendak keluar. "Awak nak pergi mana?"
"Teman puan Hawa?"
"Tak payah lah, awak tunggu je dekat sini. Hawa pergi kejap je!" Terpinga-pinga Najmi apabila Hawa terus berlari keluar. Dia menggeleng kepala, telefon bimbit dikeluarkan dan memberi pesanan kepada Adam.
==
"Sayang, kenapa awak tak sihat tapi tak bagitahu abang? Doktor cakap apa?" Hawa mencebik, baru sahaja hendak menatap muka sang suami sudah dimarahi.
"Saya okay je lah abang. Ni mesti Najmi yang bagitahu kan? Tak pandai simpan rahsia betul lah dia tu" Adam tertawa melihat jelingan daripada Hawa. Sempat dia memberikan senyuman kepada anggota lain apabila mereka masuk ke dalam ruangan makan itu.
"Awak dah berapa hari tak sihat?"
"Daripada pagi tadi je tapi doktor dah bagi ubat tadi. Demam biasa" Jawab Hawa, asam yang sempat dia beli ketika pulang daripada kerja tadi disuakan ke dalam mulut. Itu sahaja yang boleh menghilangkan rasa loya di tekaknya.
"Lagi dua hari abang balik okay sayang? Kalau awak tak sihat lagi, kita pergi hospital" Cadang Adam. Jarang benar hendak lihat Hawa jatuh sakit. Tetapi kalau sudah demam, makan berhari-hari juga untuk sembuh.
"Abang buat apa je hari ni? Misi semua okay? Along sihat?"
"Sihat Alhamdulillah, semua sihat dekat sini. Hari ni abang hantar anggota pergi sempadan sebab nak hantar bekalan makanan. Disebabkan orang-orang yang ceroboh masuk dah kena tangkap, jadinya tempat ni dah selamat. Cuma abang dengan yang lain kena buat kawalan ketat dekat sini"
Terangnya satu persatu. Selepas selesai misi ini, dia ada latihan untuk Hari Kemerdekaan pula. Maklumlah bulan kebangsaan ada lebih kurang dua bulan sahaja lagi. Itu pun hanya dia dan Zackwan sahaja yang perlu kendalikan jet. Manakala yang lain perlu masuk ke dalam perbarisan.
"Abang ada tembak-tembak ke?"
"Alamak sayang, musuh tu dekat darat je. Abang kalau nak tembak kena tunggu dia pergi udara. Sekarang yang tembak anggota PASKAU" Hawa mengangguk faham. Ada juga dia pernah dengar tentang PASKAU daripada abang sulungnya itu.
"Oh lupa nak bagitahu abang. Nanti masa abang balik, ibu dengan ayah nak datang tau"
"Kenapa sayang?"
"Rahsia! Abang tunggu je dua hari lagi. Mama dengan papa pun nak datang. Eh semua nak datang" Berkerut kening Adam. Rumah di kuaters itu bukannya besar sangat tapi kenapa semua orang nak datang pula?
"Sekarang ni, abang kena tolong fikirkan saya patut masak apa"
"Sekejap sayang, ada nak buat kenduri ke apa ni? Rumah kita tu bukan besar sangat pun" Adam masih keliru tetapi Hawa sudah mengekek ketawakan dia.
"Don't worry lah abang. Buat makan sikit-sikit je" Adam memincingkan matanya. Bukan boleh percaya isterinya ini. Dia akan bertanya kepada Najmi ataupun Kyle nanti.
"Okay saya rasa saya nak masak nasi ayam!" Walaupun dia suruh Adam berfikir, tetapi akhirnya dia membuat keputusan sendiri.
"Sayang boleh ke masak banyak-banyak nanti? Kita order je lah. Nanti abang bayar"
"Ish tak nak lah. Nanti tak special. Cuma nanti saya nak pinjam kad abang buat beli barang, boleh?" Hawa mengerdipkan matanya beberapa kali.
"Tak perlu pinjam, kad tu kad awak juga. Pakai je. Minta tolong Najmi ataupun Kyle nanti untuk temankan sayang. Don't go anywhere alone" Sempat Adam berpesan kepada sang isteri.
"Abang tak bagitahu pun kawan-kawan abang dah memang terpacak dekat depan rumah ni nanti"
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
RandomPertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...