"MACAM mana ni? Daddy nak pergi dating dengan mommy awak. Awak berdua duduk lah dengan tok ibu" Adam mencekak pinggang melihat ke arah si kembar. Pantang betul nampak daddy dengan mommy mereka bersiap, dia pun nak ikut bersiap juga.
"Nak itut!" Qhalif menyilangkan tangan di dada. Menunjuk protes kononnya walaupun dengan rambut yang serabai dek kerana baru bangun daripada tidur.
"Bagi lah peluang dekat daddy hari ni. Nanti esok-esok kalau daddy pergi kerja, awak berdua lah pula dating dengan mommy"
Adam memujuk lagi. Ikutkan boleh sahaja kalau dia keluar meninggalkan si kecil ini tapi fikirnya nanti dua orang ini akan meraung bagai tiada hari esok, elok lah jika dia membuat rundingan terlebih dahulu sementara menunggu Hawa bersiap.
"Ite nak itut addy! Nak itut ammy!" Arshad pula menghentak kaki kecilnya beberapa kali. Tuala mandi yang sudah diambil, dicampak ke arah lantai. Adam melepaskan keluhan.
"Pening daddy nak layan awak berdua ni. Duduk dengan tok ibu hari ni. Daddy nak culik mommy awak" Terus dua tubuh itu dibaringkan. Senyap juga si kembar akhirnya apabila susu diberikan. Tangan Adam menepuk punggung Qhalif dan Arshad supaya mereka terlena kembali.
"Abang okay?" Hawa masuk ke dalam bilik tidur si kembar. Adam mengangkat kepala, terhenti seketika tangannya. "Cantiknya awak, sayang"
Hawa menyembunyikan senyuman, mata menjeling manja ke arah Adam. "Mengada lah abang ni"
"Dia orang tak bagi kita dating sayang. Asyik nak ikut je!" Tawa terlepas di ulas bibir Hawa. Mata si kembar terkedip-kedip hendak menahan diri daripada tidur. Akhirnya terlena juga apabila Hawa memasang surah Al-Quran di bilik tidur mereka. Botol susu diambil daripada Adam.
"Abang pergi lah siap pula. Saya basuh ni sekejap"
"Okay sayang. Tapi cantik sangat lah sayang hari ni. Nak mengorat siapa?" Gurau Adam, pintu bilik si kembar ditutup lalu tangannya memaut pinggang Hawa.
"Ish! Jangan lah nanti ibu nampak!" Dada Adam dipukul-pukul lembut. Adam tertawa, satu kucupan diberikan pada dahi sang isteri, "Awak jangan lah kacau abang, sayang. Abang nak bersiap ni nanti tak keluar kita"
"Eh?! Abang yang kacau saya!"
==
"Qhalif, Arshad, sini. Aunty ada belikan toys untuk awak berdua" Aisya menggamit anak-anak buahnya. Tahu sahaja yang Adam dan Hawa tinggalkan si kembar di rumah Puan Balqis, balik daripada kerja terus sahaja Aisya memandu ke sini.
Si kembar yang sedang ralit menonton televisyen terus bangun. Terkedek-kedek mereka berlari ke arah Aisya yang sedang memegang beberapa beg kertas, "Toys?"
"Haah, untuk awak berdua. Sini, duduk dulu" Bersila lah mereka tiga orang di lantai. Satu persatu mainan dikeluarkan daripada beg kertas itu. Setiap seorang dapat mainan yang sama.
"Anyaknya!" Aisya tertawa, "Banyak ke? Sikit je ni" Kedua-dua pipi si kembar dicubit manja. Geram betul!
"Ni nanti kongsi-kongsi tau! Jangan gaduh sebab aunty belikan untuk seorang satu. Qhalif punya ada, Arshad punya pun ada"
"Addy unye?" Aisya mengerutkan kening mendengar soalan daripada Arshad.
"Ha? Daddy awak pandai lah dia beli sendiri. Dia lagi kaya daripada aunty tau!"
"Lah ni dah kenapa semua duduk atas lantai ni?" Encik Arman turun daripada tingkat atas. Baru sahaja tinggalkan si kembar sekejap untuk menunaikan solat Asar.
"Ni ha Aisy ada belikan mainan untuk dia orang. Ayah sihat? Ibu dekat mana?" Aisya mengucup belakang tangan ayahnya.
"Sihat Alhamdulillah. Ibu ada dekat atas tu. Aisy ni dah lama tak balik. Tahu je Qhalif dengan Arshad ada baru nak balik" Aisya tersengih.
YOU ARE READING
Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]
RandomPertemuan antara Muhammad Adam Baihaqi dan Nur Hawa Qaysara membawa dua makna. Jejaka yang ingin terus mengejar tetapi gadis yang ingin terus menghalang. Sehingga takdir berpihak kepada sang jejaka. 𝙄 𝙙𝙤𝙣'𝙩 𝙬𝙖𝙣𝙩 𝙩𝙤 𝙗𝙚 𝙟𝙪𝙨𝙩 𝙖 𝙛𝙧�...