[ 1 6 ]

321 21 0
                                    

          KERETA laju meluncur masuk ke dalam perkarangan rumah. Adam dan Qaziey terus berlari walaupun sudah diberitahu Qawiey yang Hawa tidak dijumpai. Sebelum mereka berdua sampai, Qawiey sudah terlebih dahulu membuat report polis tentang kehilangan adiknya.

"Anak buah kau? Tak dapat call juga?" Tanya Qaziey. Adam sekadar menggeleng. Kepalanya masih pening dan kini bertambah risau apabila tak dapat menghubungi sang isteri. Semalam setelah habis latihan, dia terus tidak sedarkan diri.

Tahu-tahu Qaziey sudah kejut untuk solat subuh. Selesai sahaja perkara yang wajib, dia cuba menghubungi sang isteri pula. Tetapi tidak berangkat. Mungkin ketika itu dia masih boleh berfikiran positif tetapi masuk sahaja tengahari, dia sudah tidak betah menunggu.

Terus sahaja mereka berdua meminta izin untuk balik ke Kuala Lumpur. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 8 jam, jadi hanya 6 jam dek kelajuan mereka membawa pacuan 4 roda.

"Polis kata mereka nak cari CCTV dari hospital sampai lah tempat terakhir Hawa. Dia ada bagitahu kau apa-apa tak Adam? Text kau ke?" Tanya Qawiey. Puan Hajar dan Encik Qayyum masih tidak tahu lagi akan perkara ini. Kalau lah mereka tahu, mungkin akan jadi lagi haru biru.

"Tak ada. Last dia kata dia on the way balik itupun aku dah dekat puncak. Line tak ada" Adam meraup wajahnya. Najmi juga sama, dia ada membuat panggilan tetapi tidak berangkat. Jadi Adam syak kemungkinan mereka berdua telah jadi mangsa.

Segera Adam bergerak ke arah bilik kerjanya. Dia hampir terlupa yang dia ada pasang penjejak pada telefon bimbit Hawa dan juga jam tangan yang dia sediakan khas untuk Najmi.

"Ziey, aku rasa aku boleh jejak isteri aku dekat mana"

"Do it, Adam. Tapi kau tahu kan yang kita tak boleh campur urusan ni kalau dah melibatkan polis?" Tangan Adam terhenti daripada mengetik papan kekunci.

"I don't care, she's my wife. Even if I lose my job, I don't want to lose her"

==

"Maafkan saya, puan" Najmi betul-betul kesal dek kerana tidak dapat melindungi isteri kepada tuannya itu. Dengan keadaan tangan dan kaki yang berikat seperti Hawa juga, dia tak mampu berbuat apa-apa. Dia juga tidak membawa pisau poket yang sentiasa ada dengannya.

"Tak apa. Dah berapa lama awak kerja dengan Adam?"

"Lama juga. Sebelum tuan Adam masuk TUDM lagi. Tapi untuk kerja yang menjaga puan Hawa, mungkin selepas kes yang Khair kacau puan beberapa bulan yang lepas" Hawa mengangguk faham.

"Awak tahu apa yang dah jadi dengan dia? Dan awak tahu siapa yang culik kita berdua ni?"

"Nazeef Khalim, abang kepada Khair Naufal. Dia orang adik beradik puan. Saya rasa mungkin dia nak balas dendam atas pemergian Khair" Menoleh ke arah Najmi, "Adam bunuh Khair ke?"

Pantas Najmi menggeleng, "Dia sendiri yang ambil nyawa dia. Puan jangan risau. Tuan Adam tu cuma baran tapi dia tak pernah lagi buat perkara yang melanggar undang-undang" Lega sedikit hati Hawa apabila mendengar itu.

"Tapi kalau dia nak balas dendam, mesti dia dah bunuh saya ataupun dengan awak sekali"

"Saya pun tak pasti dengan rancangan mereka berdua tu. Mati-mati saya ingat hanya Marissa yang terlibat. Itu sebab saya tak perasan ada dalang yang lain di sebalik kes ni" Najmi menyandarkan kepalanya di dinding.

Bercakap tentang Marissa, baru lah Hawa teringat sesuatu, "Dia memang nakkan suami saya kan?" Najmi mengangguk. Tiada hak untuk dia sembunyikan perkara itu.

"Dia dah lama jatuh suka dekat tuan Adam tapi dia menaruh harapan seorang diri. Tuan Adam tak pernah pun bagi apa-apa harapan dekat dia. Puan Hawa jangan risau. Tuan Adam tu dah angau sangat dengan puan Hawa" Terlepas juga tawa di ulas bibir Hawa.

"Tapi cik Marissa tu cantik. Cukup sempurna. Kenapa Adam tak tertarik dengan dia langsung?"

"Sebab Tuan Adam dah ada Puan Hawa"

==

Sedang Adam mencari lokasi Hawa dan juga Najmi di ruang tamu, tiba-tiba ada ketukan di pintu membuatkan dia mengerutkan keningnya. Jarang benar hendak menerima tetamu pada waktu begini.

Terpapar wajah Marissa apabila pintu dibuka. Adam mengeluh, "Apa kau nak?"

"I dengar isteri you dah lari. So boleh I ganti tempat dia?" Adam tertawa, kepala digelengkan beberapa kali. "Aku tak ada masa dengan perangai jalang kau ni. Berambus" Pintu hendak ditutup tetapi Marissa menolak.

Kedua mereka akhirnya berada di dalam rumah yang kelam itu. "Keluar. Kau ingat aku tak tahu kau punca semua benda ni jadi? Aku dah pernah warning kau. Don't mess with me especially when it comes to my wife"

"Tapi kenapa Adam? Kenapa you lebih pilih dia daripada I? Apa kurang—"

"Banyak! Kalau nak dibandingkan dengan Hawa Qaysara, kau tu banyak kekurangan! At least, isteri aku pandai jaga maruah dia!" Adam menengking. Suara bergema di ruangan tamu itu.

"But she's not here anymore. I ada, I boleh jaga you" Tangan yang hampir menyentuh dada Adam ditepis sang jejaka.

"Kau ingat aku budak umur 5 tahun ke kau nak jaga? Kau jangan sampai aku heret kau keluar. Kau sebagai perempuan, jangan letak maruah kau dekat tapak kaki lelaki. Untuk apa? Ramai lagi lelaki dekat luar sana yang kau boleh cari"

"Untuk you, I sanggup buat apa saja Adam" Adam memicit sisi kepalanya. Hendak bercakap dengan orang begini memang payah. "Keluar"

Tiba-tiba sahaja Marissa membuka pakaian yang dia pakai membuatkan Adam segera berpaling. Lantas selimut yang berada di atas sofa diambil untuk membalut tubuhnya.

"What the fuck are you doing?!"

"I buat semua ni untuk dapatkan you"

Adam pantas berjalan ke arah pintu untuk menghalau Marissa tetapi ketukan di pintu membuatkan perbuatan dia terhenti. Ligat otaknya berfikir siapa pula yang datang waktu begini.

"Open it. I have surprise for you" Marissa tersenyum sinis, dengan pakaian yang sudah dicampak entah kemana, dia melabuhkan punggung di atas sofa itu.

"What did you do?" Tanpa berpaling, Adam bertanya.

"I dah cakap, I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you. Untuk kali ini, you dah tak ada pilihan lain Adam"

Hembusan nafas dihela. Tahu sahaja lah apa yang bakal dia hadapi nanti. Perlahan pintu itu dibuka. Beberapa orang berpakaian jubah dan ada juga yang memakai serban menyapa pandangan matanya.

"Assalamualaikum, encik. Maaf menganggu malam-malam macam ni tapi pihak kami dapat laporan bahawa ada lelaki dan perempuan yang bukan mahram bersedudukan di sini. Boleh encik bagi pihak kami masuk?"

Adam memejamkan mata. Tiba-tiba sahaja dia tersenyum, tawa yang kedengaran sangat sinis itu menyapa pendengaran Marissa. Gadis itu berpaling ke arah pintu apabila Adam langsung tidak seperti mahu menghalang orang-orang masjid untuk masuk.

"Perempuannya ada dekat situ. Tapi kami bukan berdua" Kening Marissa bertaut. Lampu di ruangan tamu itu terbuka membuatkan orang-orang masjid dan juga Marissa tersentak.

"Ya betul, mereka bukan berdua sahaja dekat sini. Perempuan tu yang jadi tetamu tak diundang kami" Puan Hajar keluar daripada dapur bersama Encik Qayyum. Puan Balqis dan Encik Arman juga turun daripada tangga.

Qaziey yang sedang memegang telefon bimbit ditayang ke arah mereka. "Surprise!"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now