[ 1 2 ]

383 25 0
                                    

AGAKNYA kalau Hawa bangun sekarang mungkin dia akan menjerit apabila melihat Adam yang sedang tenung ke arahnya. Mungkin hampir 10 minit juga Adam di posisi itu. Dengan benteng penghalang yang Hawa bina diantara mereka.

"Sayang, wake up" Satu persatu bantal dialihkan. Sila dipasang seraya tangan naik mengelus rambut Hawa.

"Hm, five minutes ma" Hawa menggeliat kecil tetapi kembali ke alam mimpinya. Adam tersengih. Maklumlah sudah lama membujang. Apabila di atas katil ada teman, membuatkan dia tidak henti tersenyum.

"Hawa Qaysara, dah subuh sayang. Baik awak bangun sebelum saya dukung awak" Ingatkan gadis ini hendak memberi respon tetapi tidak berganjak sama sekali. Adam melepaskan keluhan kecil.

Tidak boleh jadi ni!

Kaki melangkah ke arah bilik air dan mengambil tuala kecil yang tersusun rapi berdekatan dengan singki. Dia membasahkan sedikit lalu berjalan kembali ke arah Hawa.

"Saya minta maaf" Tidak sampai hati sebenarnya tapi yang wajib tidak patut ditinggalkan. Terus sahaja tuala itu disapu pada wajah Hawa membuatkan gadis itu merengek dan menolak tangan Adam.

"Ish apa ni! Along!" Adam tercengang. Lupa gamaknya Hawa yang dia sudah kahwin.

"Tak ada along-along. Bangun Qaysara. Kita solat subuh sama-sama" Baru lah Hawa membuka mata. Terpisat-pisat dia hendak melihat gerangan yang berada di hadapannya.

"Saya mengantuk lah Adam" Baru sahaja dia hendak baring kembali, pantas Adam menarik lengannya.

"Ya saya tahu tapi awak kena biasakan bangun subuh. Lawan syaitan tu. Awak dah janjikan dengan saya semalam?" Adam mengungkit kembali.

"Awak, jujur lah saya cakap. Saya ni solat pun tak cukup 5 waktu lagi. Kadang-kadang saya rasa susah nak solat tu. Apa lagi kalau subuh. Kalau awak rasa saya nak mengelat, awak cepat-cepat halang tau!"

Masing-masing menghadap ke arah siling. Mana tidaknya, selesai sahaja solat Isyak Hawa sibuk membina benteng di atas katil itu. Hawa hendak membelakangi Adam, jejaka itu tidak benarkan pula.

"Jadi kalau awak tak nak bangun, saya kena paksa awak?"

"Betul. Awak paksa je saya sampai saya nak solat. Kalau boleh, saya nak cuba cukupkan solat saya" Adam menoleh sedikit tetapi matanya terhalang dengan pandangan bantal. Tinggi betul tembok Hawa bina ni.

"Okay, tapi awak tak boleh complain"

"Saya janji!" Hawa menghalakan jari kelingkingnya ke arah Adam.

Hawa menggaru belakang kepalanya. Nak tak nak, dia kena bangun. Dia sudah berjanji pada diri sendiri untuk berubah.

"Awak ambil wudhu dulu. Saya bentangkan sejadah. Jangan tidur pula dalam bilik air tu!" Sempat Adam memesan, badan Hawa dipaut lembut seraya mereka menuju bilik air.

==

"Tak nak pergi" Yang lain sudah terpinga-pinga dengan Hawa. Gadis itu sedang melentokkan kepala di bahu Puan Hajar. Adam yang selesai memasukkan barang di kereta setia menunggu sang isteri.

"Adik, jangan macam ni. Adik dah kahwin. Tempat isteri kan disisi suami" Lembut Encik Qayyum memujuk.

"Alah tak boleh ke kalau kita duduk sini je, Adam" Adam yang sedang elok berborak dengan Qaziey menoleh.

"Mana boleh, sayang. Nanti adik dengan Adam tak ada privacy kalau duduk sini. Ikut Adam balik ya?" Puan Hajar pula memujuk. Pelukan anaknya itu sangat erat, tidak sampai hati pula kalau hendak menolak.

"Macam ni, setiap hujung minggu kalau awak dengan saya tak busy kita balik sini boleh? Saya tak akan pisahkan awak dengan keluarga, Qaysara" Adam mengelus rambut Hawa. Nampak sahaja mata si gadis sudah bergenang, dia hampir tertawa. Cengeng juga isterinya ini.

"Janji?" "Janji"

"Dah lah adik. Adik buat Adam ni macam nak kurung adik aje" Qaziey menjulingkan mata ke atas. Padahal bukan jauh pun rumah baru Adam tu dengan rumah keluarganya ini. Ambil masa setengah jam sahaja perjalanan.

Hawa mencebik. Baru lah dia melepaskan pelukan lalu bersalaman dengan mama dan papanya.

"Ingat adik, awak tu bukan bujang lagi. Dah ada suami untuk jaga. Jangan tinggi suara, jangan melawan" Puan Hajar berpesan.

"Adam, kalau Hawa ada salah tegur dia. Jangan manjakan sangat isteri kamu ni" Sempat Encik Qayyum mencubit pipi Hawa.

"Ish, adik baik lah. Mana pernah melawan kan Adam?" Adam yang sentiasa hendak mengusik pura-pura berfikir. Laju sahaja tangan Hawa memukul lembut lengan si suami.

"Dah dah. Jaga diri, adik, Adam. Kalau ada masa singgah je. Rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu berdua" Giliran Adam pula bersalaman dengan Puan Hajar dan Encik Qayyum.

"Ei dasar cengeng. Asyik nak nangis je" Si bongsu dibawa di dalam pelukan si sulung. Makin erat pula pelukan Hawa.

"Mana ada adik nangis!" Mulut menidakkan, pipi sudah banjir dengan air mata.

"Alah dik, over lah" Qawiey pula menyampuk, tetapi masuk juga di dalam pelukan apabila Hawa menariknya.

"Macam tu lah dia orang. Jarang sangat berpisah. Takut lah tu abang-abangnya dah tak ada mangsa nak buli" Encik Qayyum bersuara kepada Adam.

"Faham sangat. Aisya dengan Ayra dulu pun sama. Tahu je kak Ayfah nak kahwin, dah buat drama macam kena tinggal" Teringat pula Adam dengan adik-adiknya itu. Sama sahaja dengan perangai Hawa ini.

"Eh dah lah tu. Sampai bila nak peluknya. Dah adik, pergi ikut Adam" Kesian pula pada menantu kena tengok drama air mata anak-anaknya ini. Masing-masing over!

"Jaga diri, Hawa Qaysara. Apa-apa call along ataupun angah. Kau Adam, jaga adik aku elok-elok"

Hawa melambai ketika kereta sudah keluar daripada perkarangan rumah. Bibir masih mencebik, air mata juga masih mengalir. Mereka sekeluarga hanya menggeleng kepala dengan perangai Hawa yang satu ini.

"Jangan lah sedih sayang. Saya janji, kita balik sini selalu okay?" Adam memujuk Hawa. Sebelah tangan sibuk memandu, lagi sebelah memegang tangan Hawa.

"Saya tak sedih pun lah" Adam mengerling seketika. Tawanya akhirnya terletus membuatkan Hawa lagi mencebik.

"Ye lah. Hawa Qaysara saya ni kan kuat. Mana pernah menangis" Tangan mencapai tisu lalu dihulurkan kepada Hawa. Perjalanan yang hanya mengambil masa setengah jam itu akhirnya terhenti di hadapan sebuah rumah.

"Ini rumah awak?" "Rumah kita, sayang. Jom" Seperti rusa masuk kampung, Hawa melihat sekeliling rumah itu. Masih nampak kosong, tetapi kelihatan bersih.

"You know, I've been dreaming about this since the day I asked you to marry me. Tak sangka, awak lah yang akan jadi permaisuri dalam rumah ni" Bahu Hawa dipaut, mereka berjalan-jalan di dalam rumah. Sejujurnya, Adam juga tidak sempat untuk melihat rumah ini.

Segala perabot dan hiasan rumah dia serahkan seratus peratus pada Ayfah selalu Interior Designer. Kelihatan pada raut wajah Hawa, dia juga sukakan hasil titik peluh Ayfah.

"Nak tahu satu rahsia?" Tanya Adam sebaik sahaja mereka selesai meneroka rumah dua tingkat itu.

"Rahsia?" Adam mengangguk. Kedua-dua tangan Hawa digenggam kemas. "Rumah ni saya buat untuk awak jadi rumah ni, saya letak atas nama awak"

"HA?!" Membuntang mata Hawa. Adam masih kekal tenang, bermakna dia tidak berbohong dengan kata-katanya sebentar tadi.

"Tapi kenapa? Saya dah lah tak bayar apa-apa dekat rumah ni. Ish, janganlah Adam. Pergi tukar balik"

"Your presence here already paid for everything, sayang"

Adam Baihaqi ; His Beloved Fate [C]Where stories live. Discover now