Bab 25

31 4 0
                                    

Fatteh duduk di sudut sel yang sempit, bersandar lemah pada dinding batu yang keras dan dingin. Wajahnya yang pernah angkuh dan penuh keyakinan kini suram, dihiasi lebam serta luka kecil yang masih merah. Dulu, dia terbiasa hidup dalam kemewahan dan kuasa, tetapi kini segalanya hilang. Di tempat ini, gelaran ‘Tengku’ tidak membawa sebarang makna hanya nombor banduan yang menjadi identiti barunya.

Di sekelilingnya, penghuni lain memerhati. Ada yang memandang penuh sinis, ada yang hanya ingin melihat seorang lelaki yang dahulu dikenali dengan kuasa dan kekayaan kini jatuh ke dalam lumpur kehidupan yang dia sendiri tidak mampu kendalikan.

“Eh, tengok siapa yang masih bertahan,” suara Malik bergema di sepanjang lorong blok penjara. Malik, seorang lelaki yang dikenali kerana kekuatannya dalam hierarki penjara, melangkah masuk bersama dua orang pembantunya, Raziq dan Johan.

Fatteh tidak membalas, matanya memandang lurus ke lantai. Egonya masih ada, tetapi tenaganya sudah lama terkuras. Dia tahu, tiada faedah melawan.

“Tengku Muhammad Fatteh...” Malik menyebut namanya perlahan, menekankan setiap suku kata dengan ejekan yang jelas. “Si anak orang kaya yang jatuh ke tempat hina ini. Kau ingat kat sini kau boleh beli hormat orang dengan nama kau?”

Raziq ketawa kecil di sebelahnya. “Kat luar kau mungkin raja, tapi kat sini kau hanya banduan biasa.”

“Dan kat sini...” Malik menunduk, wajahnya hanya beberapa inci dari Fatteh. “Orang macam kau, yang dera perempuan, hanya akan dapat satu layanan dihukum.”

Raziq dan Johan menarik Fatteh berdiri dengan kasar, memaksanya menghadap Malik.

“Kau fikir kau boleh larikan diri dari semua yang kau buat? Penjara ni bukan tempat untuk lari. Di sini, kau akan bayar untuk semua dosa kau,” bisik Malik, sebelum menumbuk perut Fatteh dengan kuat.

Tubuh Fatteh terhentak ke dinding. Nafasnya tersekat, tetapi dia tidak menunjukkan kelemahan. Dia sudah biasa menahan sakit, tetapi di sini, kesakitan bukan hanya fizikal ia juga mental.

“Dia ni lembik. Mana lelaki yang semua orang kata hebat sangat tu?” Johan mengejek sambil menolak Fatteh kembali ke lantai.

Mereka berlalu pergi selepas memastikan Fatteh tidak akan bangun dalam masa terdekat. Fatteh terbaring, memejamkan mata seketika, cuba mencari kekuatan yang semakin hilang.

Malam menjelma, sel menjadi sunyi. Fatteh duduk di sudut, memeluk lututnya. Dalam kegelapan, dia teringat wajah Nusyirah wajah yang pernah dia abaikan, sakiti, dan rendahkan. Setiap jeritan dan tangisan yang dia dengar di rumah mereka kini bergema dalam fikirannya.

Dia tidak pernah menyangka bahawa kejatuhan itu akan datang secepat ini. Dulu dia fikir dia kebal kebal dari undang-undang, kebal dari karma. Tetapi di sini, di sebalik jeriji besi, dia menyedari bahawa tiada siapa yang benar-benar kebal.

“Syirah...” suaranya berbisik perlahan. “a..aku rindu kau...”

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 2 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐇𝐄𝐑 𝐀𝐁𝐔𝐒𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃Where stories live. Discover now