Part Three

138K 6.3K 262
                                    

"Kampung Hulu? Nak buat apa paa?" Tanya Iman pelik. Ada ada sajalah rancangan papanya kali ini.

"Macam ni lah papa malas nak sembunyi lagi, papa jujur. Papa nak Iman kahwin bulan depan dengan pilihan hati papa. Dia anak kawan baik papa." Terang Dato Hamid tanpa berselindung satu pun apa yang dia mahu sampaikan.

"Kahwin? Papa jangan berguraulah. Tak kelakar lansung. Papa ingat Iman barang? Dulu papa bawak balik makcik and paksa Iman terima dia sebagai pengganti mama. Sekarang? Nak paksa Iman kahwin? Banyak jugak perempuan yang papa kenal dalam hidup eh?" Gelak Iman mengangap perkara itu hanyalah gurauan lantas dia gunakan perkara itu sebagai senjata untuk menyerang papanya.

"Syafiq Hilman! Jangan kurang ajar dengan papa... papa suruh kahwin then kahwinlah, apa yang susah sangat?! Soal makcik kamu tu berapa kali papa cakap, terima dia jadi pengganti mama. Iman sepatutnya bersyukur dapat mak tiri yang baik, fikirlah kat luar sana berapa ramai anak tiri kena dera dengan mak tiri." Bentak Dato Hamid sudah habis geram mahu berbincang dengan Iman lagi. Ada sajalah ungkit tentang perkahwinan keduanya.

"Jangan harap! Iman boleh terima Nina je, bukan makcik. Soal kahwin? Papa buatlah apa papa suka. Iman ni kan barang?" Sindir Iman segera masuk dan menghempas pintu biliknya malas mahu melayani papanya lagi.

"Syafiq Hilman!" Dato Hamid memang tak pernah mahu duduk dan berkomunikasi seperti hubungan bapa dengan anak lain. Setiap kali mereka duduk sekali, ada saja yang tidak kena dan akhirnya kedua meninggalkan dengan kata kata pahit untuk diingati.

"Abang... sudahlah. Ingat kesihatan abang sikit, jom makan. Yani dah buat sarapan, Nina pun dah tunggu." Ajak Yani menggosok bahu suaminya sedikit menenangkan membuatkan lelaki itu akhirnya akur.

Nuryani isteri kedua Dato Hamid setelah kematian isteri pertamanya, Seri Hasnida akibat penyakit barah rahim. Syafiq Hilman hasil perkahwinan pertama Dato Hamid dan sangat membenci papanya setelah dia membuat keputusan untuk berkahwin lagi. Kehadiran Nuryani menceriakan kembali Dato Hamid ditambah pula dengan kelahiran Nur Nina Humairah yang sudah mencecah usia lima tahun sekarang.

Anehnya Iman boleh menerima Nina pula. Keletah comel Nina selalu mencuit hati Iman.

"Masakan Yani selalu sedap. Untung abang dapat Yani."

Iman yang duduk di hujung meja meluat mendengar papanya terus memuji ibu tirinya.

"Abang Iman nak tambah mee?" Tanya Nina spontan.

"Taknaklah. Abang tak selera dah. Nina nak ikut abang pergi jogging tak?" Tanya Iman sambil mencuit dagu adiknya bahkan siap tersenyum manis.

"Boleh tak adik ikut abang pergi jogging, ibu?" Nina memandang Yani tanda meminta izin mahu mengikuti Iman.

"Boleh Nina, lepas ni pergi tukar baju dengan seluar ye?" Yani sentiasa berusaha mahu merapatkan hubungan kedua beradik itu meskipun Iman membencinya.

"Yay!"

"Iman nak pergi jogging jugak ke? Bukan papa tak bagi tapi Iman kan ada asma. Papa taknak Iman jatuh sakit pulak nanti," Dato Hamid sentiasa menitikberatkan kesihatan anak lelakinya meskipun Iman lansung tidak mahu berbaik dengannya.

"Tak mati pun ada asma. Bukannya Iman tak ada inhaler. Pandailah Iman jaga diri. Iman dah besar." Balas Iman meninggalkan meja makan usai meneguk beberapa teguk air masak saja, itupun yang dia ambil sendiri di dapur.

Kasut Nike pemberian papanya disarungkan ke kaki lantas dia mula berlari setempat memanaskan badan sambil menunggu Nina. Terlintas juga di benak fikirannya, kenapa papa begitu mahukan dia berkahwin diusia muda? Itu pun dengan anak kawan baik papa. Siapa kawan baik papa?

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now