Part Thirteen

107K 5.4K 130
                                    

"Wah seronok kau menggatal dengan Wana tadi?" Sindir Elleana masih bersisa.

"Eh, mengata dulang paku serpih mengata orang dia pun lebih. Listen Elleana, aku takkan biarkan Si Fariz menang sebab sampai bila-bila dia takkan dapat kau. Faham?" Iman merenung ke matanya memberi amaran.

"Kau masuk sebab aku?" Tanya Elleana mengangkat keningnya sebelah.

"Jangan perasanlah! Aku cuma tak suka Fariz berlagak macam dia sorang je jaguh kat sekolah. Sebelum ni pun asyik kalah dengan aku, nak hidung tinggi." Iman mengutuk Fariz sengaja memburukkannya di depan Elleana.

"Oh! by the way tahniah lah diatas kemenangan tadi. Aku cabar kau, kita challenge lumba lari kat taman depan tu. Setuju?" Tenungan Iman dilawan kembali oleh Elleana malah lebih dekat dan tajam.

"Kau jangan cabar aku sangatlah!" Iman menolak dahi Elleana menggunakan kedua jarinya, terpelanting sedikit dibuatnya kepala gadis itu.

"Kira kau setujulah eh? Salam dulu sebagai persetujuan." Elleana menghulurkan tangannya dan disambut baik oleh Iman. Mata kembali bertentang menunggu saat pembalasan dendam.

×××××

"Ell bangunlah! Jomlah jogging. Aku dah siap ni." Kejut Iman semangat mengingatkan gadis itu tentang hari ini.

"Eh kau dah kenapa, tengok jam tu. Baru pukul 6 pagi. Tak boleh ke cuti sekolah jangan kacau aku tidur." Rungut Elleana menolak tangan Iman dengan kasar.

"That means kau kalah sebelum bertanding. Tidurlah hahahaha." Sengaja Iman mengusik Elleana dengan mengisytiharkan gadis itu kalah.

"Eh mana boleh! Aku siap-siap sekarang. Tunggu!" Laju Elleana bangun menjengil Iman yang berpeluk tubuh di sofa.

"Awalnya bangun Iman? Harini kan holiday. Selalu Iman sambung tidur balik kan," tegur makcik Yani tidak menyangka Iman akan bangun awal pagi ini. Dia tidak sempat menyediakan makanan lagi, hanya air saja terhidang atas meja.

"Harini teman Ell jogging, ni tengah tunggu Ell bersiap." Jawab Iman lembut duduk di sebelah Nina, lega sesekali dapat mendengar anak tirinya menjawab lembut begitu.

"Oh baguslah! Ada jugak aktiviti mengeratkan hubungan." Respon makcik Yani nampak gembira.

"Nina nak ikut abang?" Rengek Nina memeluk lengan abangnya lalu kepala didongak merayu mahu ikut sama.

"Boleh! Pergi tukar baju cepat." Iman menggosok rambut Nina.

"Ell minum susu banyak-banyak ye? Nanti tak larat nak jogging." Sindir Iman sengaja merendahkan Elleana kerana dia pasti menang. Mana boleh kalah dengan perempuan!

"Eh awaklah kena minum susu banyak-banyak. Kuatkan stamina awak tu." Bidas Elleana kembali meruntuhkan keangkuhan Iman yang sudah mulai memuncak.

"Dua-dua pun sama. Minum susu ni bagus. Banyak protein. Tulang pun kuat. Tambah-tambah Elleana kalau mengandung nanti tulang kuat, tak sakit-sakit badan selalu." Dato Hamid bersuara setelah lama berdiam diri memerhatikan saja adegan anak menantu.

Mengandung? Tak pernah terfikir dek akal ni. Sentuh isteri aku pun belum.

"Nina dah siap. Jom!"

"Oh kita ada pengadil kecik? Interesting." Bisik Elleana berdecit di telinga Iman sambil senyum sinis.

"Budak kecik tak pandai menipu tau. Bersedia untuk kalah." Iman memberi kata kata pematah semangat buat Elleana sebelum mula bertanding lagi.

"Jom Nina! Ingat Nina, harini Nina kena bagitahu abang kalau nak pergi mana-mana. Abang taknak benda sama jadi lagi. Faham?"

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now