Part Thirty Seven

92.8K 4.6K 104
                                    

"Iman, sini aku tengok tangan kau. Berdarah lagi tu." Elleana memegang tangan Iman lembut. Lukanya dilihat kembali berdarah selepas menumbuk Fariz tadi.

Iman menarik kasar tangannya kerana amarah masih membuak-buak ditambah dengan perasaan cemburu setelah melihat isterinya lebih memilih untuk membela Fariz. Elleana ke dapur membuatkan air coklat dengan harapan hati Iman akan lebih lembut.

"Sinilah tangan kau, aku letak ubat luka. Biar lama-lama berdarah macam tu kumanlah." Elleana kembali memegang tangan Iman kali ini lelaki itu hanya merelakan saja.

"You should not punch his face. Kalau parent dia mengadu kat sekolah? Comfirm papa tahu. Lain kali fikir dulu sebelum bertindak." Omel Elleana menyapu ubat luka menjeling sedikit ke arah Iman yang bersahaja.

"Jangan membebel lah."

Alaa nasihat pun kena marah? Emm perang lagilah nampak gayanya.

"Iman jom makan? Aku masak tau harini, ayam masak merah. Sedap." Elleana mengajak manja memeluk lengan Iman.

Tak malu puji masakan sendiri. Tapi memang sedap pun...

Iman masih berdiam tidak menjawab malah pelukan tangan Elleana dilepasnya selamba. Dia naik ke katil dan terus berselubung penuh dengan selimut persis kesukaan Elleana sewaktu merajuk. Elleana memuncungkan bibirnya merasakan semakin susah untuk memujuk Iman. Perempuan merajuk memang normal, lelaki merajuk? Memang susah nak dipujuk.

"Iman tak makan sama ke?" Tanya Dato Hamid menjengah ke pintu bilik Iman. Kebiasaannya Iman dan Elleana pasti keluar bergandingan tangan berdua.

"Iman mengantuk papa, dia cakap nak tidur dulu. Kalau lapar nanti dia keluar makan." Jawab Elleana menarik kerusi sudah habis daya mahu memujuk anak lelaki tunggal Dato Hamid. Manja betul!

Selesai makan malam, Elleana turut membantu makcik Yani mengemaskan dapur lantas mulai mencuci piring bersama ibu tiri Iman. Makcik Yani perasan wajah menantunya seperti ada masalah, masakan cuci pinggan saja mengelamun. Semasa di meja makan tadi juga gadis itu kelihatan mengelamun bagaikan ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.

"Ell ada masalah ke? Ibu tengok Ell tak ceria macam selalu." Tegur Makcik Yani merenung Elleana membuatkan dia baru sedar.

"Eh tak ceria ke? Mana ada ibu ni. Ell runsing je, sekarang dah nak habis bulan lima. Trial SPM tak lama dah, Ell takut tak sempat nak cover semua subjek je." Tak dinafikan itu juga menjadi topik penghuni kepalanya setiap kali belajar disekolah namun bukanlah yang paling utama di carta kepalanya. Masalah Fariz dan Iman mendapat carta teratas di benak fikirannya.

Elleana kembali ke bilik lalu menjengahkan kepala melihat Iman. Sangkaannya betul, Iman masih belum tidur lagi. Tak lapar ke dia ni?

"Iman, kau serious taknak makan? Lauk ada lagi, aku dah simpankan." Sindir Elleana menyikat rambutnya memandang cermin sebelum rambut itu dia ikat.

"Iman--- sinilah pandang aku." Rengek Elleana manja baring di sebelah Iman. Tangan Iman dibawa menyentuh ke pipinya.

Iman terus membuka selimutnya mempamerkan wajah marah kepada Elleana. Selimut tadi Elleana campak ke lantai, fokusnya hanya buat Iman. Elleana memberi senyuman yang paling manis sekali buat, sungguh hati Iman meruntun geram mahu menyerah apalagi setelah melihat senyuman comel yang diapit pipi bulat Elleana tadi. Lelaki itu segera menolah mahu membelakanginya namun tangan Elleana lebih pantas memaut lengan Iman.

"Iman---" Elleana membuat suara manja mengusap bahu Iman.

Dia usap pulak.... adehhh semua ni penderaan mental fizikal.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now