Part Twenty

101K 5K 377
                                    

Impossible. Is it she Elleana? My lovely wife? Insane!

"Cantik tak Iman?" Elleana memusingkan dirinya memakai gaun hitam labuh membuatkan gaun malam itu mengembang cantik mengikut alunan.

"Bolehlah. Nak keluar dengan cikgu pakai bagai anak raja kayangan, dengan aku? Ala kadar je." Iman menjeling tidak puas hati, sepatutnya dia yang keluar dengan Elleana bukannya Cikgu Hadif!

"Kau cemburu eh Iman? Cakap jelah kau dah jatuh cinta dengan aku. Kan, kan kan?" Usik Elleana mendekatkan mukanya membongkok ke arah Iman yang duduk di sofa.

"Kau jangan merepek boleh? Nak pergi, pergi jelah cepat. Jangan sampai aku ubah fikiran."

Elleana sempat mengambil tangan lelaki itu lalu dia kucupkan dengan lembut. Wajah Iman dipandangnya sekilas sambil tersenyum sebelum keluar daripada bilik menghilang daripada pandangan Iman.

"Ell nak pergi mana ni cantik-cantik?" Tanya Dato Hamid aneh melihat menantunya berpakaian kemas meskipun tidak ditambah dengan solekan Elleana tetap terlihat cantik.

"Ell ada sambutan sempena kemenangan semalam. InshaaAllah tak akan balik lambat, pergi dulu ye..." Dato Hamid menghantar menantunya ke depan memastikan memang benar Elleana keluar dengan seseorang, risau juga melepaskan Elleana seorang begitu.

×××××

Mata Cikgu Hadif dibuka seluasnya apabila melihat seorang gadis berpakain gaun hitam berkilat berjalan ke arahnya dengan sopan lantas tingkap cermin kereta diketuknya mematikan lamunan itu. Tangan Cikgu Hadif spontan menekan menurunkan tingkap namun mata itu masih melekat kepada anak muridnya.

"Cikgu? Oh cikgu? Jomlah." Tangan Elleana dihayunkan ke depan wajah Cikgu Hadif menyedarkan lelaki itu.

"Err---- okay jom." Balas Cikgu Hadif pendek segera membuka pintu kereta yang dikunci tadi.

Dalam perjalanan Elleana hanya berdiam saja tidak mahu membuka bicara, bimbang memikirkan apa perasaan Iman saat ini. Kalaulah pemandu yang disebelahnya Iman sudah pasti hati ini bahagia sekali. Sesekali Cikgu Hadif mencuri memandangnya yang tidak habis mengelamun.

"Cikgu keluar dengan saya takde orang marah eh? Bukan apa takut tiba-tiba kena simbah asid ke kena pukul kat luar ke..." Usik Elleana sambil ketawa memandangkan kes sebegini banyak berlaku sekarang. Manusia semakin gila dan obses dengan pasangan masing-masing sehingga sanggup buat apa saja!

"Ish Elleana ni, awak banyak sangatlah layan drama melayu. Drama melayu zaman sekarang banyak pengaruhi minda budak-budak sekolah. Novel pun sebenarnya banyak pengaruhi budak-budak supaya bercinta diusia muda. Jangan risau, setakat ni cikgu masih berstatus single." Jelas Cikgu Hadif panjang lebar membela dirinya.

×××××

Ingat aku nak lepaskan kau dengan isteri aku berdua? Just wait and see!

"Iman nak pergi mana ni?" Tanya Dato Hamid yang membaca surat khabar di sofa.

"Ell call suruh datang majlis makan malam tu, katanya tak selesa tak ada kawan."

"Baguslah, jangan selalu sangat bagi Ell keluar dengan lelaki. Ingat status dia dengan Iman," sokong Dato Hamid setelah memikirkan masak masak. Kunci keretanya diberikan kepada Iman.

×××××

"Elleana nampak tak selesa je?" Tanya Cikgu Hadif yang sedang mengunyah makanan.

"Eh, takde apelah cikgu. Saya jarang makan kat hotel mewah, itu yang rasa janggal sangat." Jujur Elleana sambil senyum malu. Dia sebenarnya kurang selesa diperhatikan oleh Cikgu Hadif bagaikan dia mahu dimakan saja.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now