Part Fourty Four

88.2K 4.8K 344
                                    

"Tadi kau pergi mana?" Elleana masih mahu persoalkan tentang kelewatan Iman tadi.

"Pergi beli topap haa... topap." Bohong Iman teragak agak.

"Gila lama pergi beli topap! Macam kedai tu kat kampung maktok je." Perli Elleana membuatkan lelaki itu tersenyum sinis.

"Dah sampai kan, turunlah." Arah Iman acuh tak acuh.

Elleana masih berdiam diri. Menunggu untuk turun bersama-sama dengan Iman.

"Lah, nak aku dukung jugak ke?" Sindir Iman mengingatkan gadis itu tentang adegan angkat mengangkat tadi. Elleana segera turun tidak mahu dimalukan lagi. Pipi sudah memerah dirasakan panas asyik diusik saja.

Macam aku tak nampak pipi tu dah blushing sebab malu!

"Nak pergi mana ni?" Tanya Elleana terpinga pinga memandang keadaan sekeliling.

"Itu kemudian kita bincang. Yang penting, sini tangan kau! Haa orang cakap perempuan kalau terlepas kat shopping mall macam-macam jadinya so untuk elakkan kau rambang mata, baik aku pegang tangan kau je." Tangan Elleana digenggam erat. Semakin memerah pipi Elleana menahan malu bagai sudah mahu meletop. Jika mampu diukur dengan alat pengukur suhu sudah pasti melebihi 40 darjah celsius!

Mata Elleana masih terpana dengan pautan erat di tangannya, sentuhan Iman sememangnya mampu mencipta keajaiban. Hatinya berdebar menahan rasa itu, boleh pengsan dibuatnya!

"Kita pergi beli buku latihan dulu sebab kau kena banyak ulangkaji, tahu kan SPM dah nak dekat. Lepas tu kita pergi makan, kau lapar kan? Makan coklat tak kenyang pun, plus not good for your little teeth." Omel Iman seorang diri. Elleana tergelak-gelak mendengar suamimya membebel. Mengalahkan makcik pasar jual ikan.

Iman masih memegang erat tangan Elleana, gadis itu hanya menurut gembira. Mereka berjalan memasuki kedai buku Popular, naik gila Elleana melihat banyak novel berada betul di depan matanya. Sudah lama rasanya dia tidak membeli novel, sejak ketiadaan arwah baba lagi. Kebanyakkan novel yang menjadi kegemarannya daripada terbitan Karya Seni. Dia mampu menghabiskan satu buku hanya dalam beberapa jam saja. Jika novel tebal pula dia mampu menghabiskan dalam sehari dua.

Iman memberi kebebasan untuk Elleana pergi membelek buku kegemarannya menandakan pegangan tangan tadi harus dilepaskan. Mata Iman tertumpu memandang satu buku yang tajuknya agak menarik minat lantas tangan laju mengambil buku itu.

Cara Memikat Isteri?

Kena beli ni. Tapi--- kalau Ell perasan? Malulah aku!

"Iman, kau baca buku apa tu?" Sergah Elleana daripada belakang. Buku tadi cepat-cepat dicampaknya ke bawah entah dalam rak mana,

"Err--- takde apelah. Dah pilih buku latihan mana nak beli? Ya Allah Ell! Banyaknya novel kau ambik. Kau pergi letak balik! Aku bagi kau beli tiga je. Cepat!" Arah Iman terbeliak matanya masih dalam keadaan terkejut. Andai Elleana melihat tajuk buku tadi sudah pasti malu sehingga tujuh keturunan.

Sampai sepuluh novel kau sapu Ell? Kau baca novel ke telan novel? Haish!

Elleana berjalan lemah terpaksa memilih tiga antara sepuluh novel yang dia bawa tadi. Satu keputusan yang amat sukar memandangkan semua tajuk menarik minatnya. Andai saja dia membawa duit lebih sudah pasti Iman tidak akan membantah, kedekut!

"Nah," Elleana menyerahkan tiga novel kepada Iman. Dia berjalan lemah keluar dari kedai buku itu. Pasrah.

Iman kembali masuk memilih buku latihan Mathematics usai meletakkan novel pilihan Elleana ke kaunter. Bagaimanapun tujuan utamanya ke sini adalah untuk mencari buku latihan, Elleana harus diberikan lebih banyak latihan. Langkahnya terhenti tatkala baru teringat dia ada terlupa sesuatu.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now