Part Sixty Three

94.2K 4.3K 24
                                    

Selesai saja waktu sekolah, Iman dan Elleana tidak mahu membuang masa lagi kerana keduanya harus segera pulang ke rumah untuk mengulangkaji matapelajaran Matematik memandangkan esok kertas penting terutamanya buat Elleana. Keduanya mengasuh basikal menempuh panas teruk mahu cepat sampai, Iman yang lalu di depan rumahnya memberhentikan basikal secara tiba tiba membuatkan Elleana juga turut berhenti. Jujur dia rindukan adiknya, Nina Humaira.

"Sayang balik dulu boleh? Iman nak singgah rumah papa. Kejap je..." pintanya sedikit merayu, Elleana awalnya mahu ikut namun apabila mengenangkan dia takut tidak sempat pula untuk mengulangkali, dia terus mengangguk dan mahu pulang dahulu.

"Okaylah macam tu, Ell balik dulu ye?" Senyum Elleana segera meninggalkan suaminya.

Iman dan Elleana berpisah haluan tatkala Elleana harus meneruskan kayuhan pulang ke rumah sementara mereka, Iman segera memberi salam yang kemudiannya dibuka oleh Dato Hamid. Melilau mata lelaki tua itu mencari bayang menantunya namun apabila segera diberitahu Elleana harus pulang untuk mengulangkaji dia biarkan saja. Basikal Iman dibawa masuk ke dalam, benarlah keputusan Iman untuk singgah disini memandangkan Nina diberitahu oleh papanya sedang demam. Barangkali inilah firasat seorang abang, patutlah hati ini risau semacam.

"Haa Nina! Papa cakap taknak makan kenapa ni?" Tanya Iman menerpa ke arah adik kesayangannya. Wajah Nina dia cium banyak kali melepaskan rindu.

"Demam tu, Iman." Balas Makcik Yani hanya meletakkan makanan Nina di tepi saja, dia memberi ruang buat anak lelakinya memujuk adik kesayangan.

"Nina makanlah sikit... nanti dah sihat baru boleh main dengan abang." Pujuk Iman menunjukkan makanan yang dia segera angkat, puas sudah dilayangnya sudu mahu menyuap budak itu namun tetap saja dia masih tidak mahu membuka mulut dan asyik memeluk anak patung beruang saja.

Macam mana lagi nak pujuk Nina ni, esok ada trial Maths kot. Aduh, dah lama ni mesti Ell risau...

"Nina, abang balik dulu? Kesian Kak Ell sorang-sorang." Ujar Iman baru saja mahu bangun namun segera Nina memaut ke tangan abangnya kuat.

"Abang tak boleh balik!" Bentak Nina memeluk lengan Iman. Semakin lama semakin mencengkam kuat!

Aduh... tak bagi balik pulak.

"Iman tidur sini jelah, nanti papa telefon bagitahu Ell ye?" Serba salah lelaki itu mahu menyuarakan pendapatnya namun apabila mengenangkan hanya Iman saja yang berjaya memujuk anak kecilnya untuk makan, dia terpaksa menyuruh Iman terus di sini.

Iman mengangguk setuju saja, dia juga tidak sampai hati mahu meninggalkan Nina memandangkan budak itu baru saja mengalah mahu makan, seterusnya membuka mulut untuk berbual. Makcik Yani memberikan sejadah dan pakaian Iman supaya solat di bilik Nina saja, depan mata budak itu. Usai solat dan makan malam, dia kembali ke bilik Nina membuka zip beg sekolah dan mengeluarkan buku latihan Matematik yang perlu dia ulangkaji. Nina masih tidak mahu melepaskan pandangan daripada menatap wajah abangnya, sesekali dia memeluk tangan Iman risau lelaki itu akan meninggalkannya.

Macam mana nak study kalau tangan kena 'rantai'? Alahaaai!

×××××

"Mana Iman ni... dah pukul lapan tak balik lagi. Kata sekejap je..." Keluh Elleana membelek kembali buku Matematiknya. Lauk yang dia masak buat Iman dia tenung saja, perut lapar namun tak seronok pula mahu makan seorang jika tiada Iman.

Makanan yang dihidang atas meja dia tutup menggunakan tudung saji takut pula dihurung lalat. Bunyi telefon berbunyi dalam bilik segera diangkat Elleana. Kepalanya mengangguk memahami setiap yang dicakapkan oleh bapa mertuanya, perasaannya mulai bekecamuk saat diberitahu Iman tidak akan pulang malam ini. Jujur hatinya sedih, masakan kegemaran Iman juga sudah siap malangnya lelaki itu harus tidur di sana.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now