Part Nineteen

96.4K 4.9K 549
                                    

Ell merelakan aku cium dia? Tak masuk akal betul.

"Cakaplah, cakaplah, cakaplah." Omel Elleana mengayuh basikal kejar Iman didepan.

"Kau nak aku cakap apa hah?!" Bentak Iman.

"Haa cakap pun. Itu yang aku nak dengar. Kau marah-marah aku, tengking aku. Hee." Elleana ketawa mengekek nampak gembira.

Gila ke apa si Ell ni? Suka orang marah-marah.

"Yelah, kang aku tak cakap, kau pura-pura pengsan. Orang dah cium pun kau belum tentu bangun." Sindir Iman mengingatkan kejadian tadi. Elleana terkedu.

Elleana menundukkan wajahnya malu dan dapat dia rasakan pipinya terasa panas. Kenapalah tak marah masa kena cium tadi? Tanggunglah malu Ell!

×××××

Elleana semakin gembira walaupun Iman masih tidak banyak bercakap dengannya. Latihan debat dengan Cikgu Hadif hampir ke penghujung kerana esok akan ada pertandingan besar. Dia begitu harap dapat menggembirakan Cikgu Hadif namun dia kembali runsing dengan reward yang diperkatakan oleh Cikgu Hadif.

"Kalau kita menang saya janji akan bawak awak dinner kat hotel."

"Woi!" Iman menolak bahu Elleana.

"Kau kenapa? Sakitlah. Hmm aku runsing ni." Elleana mencebik setelah lamunannya dirosakkan suara garang Iman.

"Runsing kenapa? Pasal pertandingan esok? Jangan risau, aku yakin kau boleh menang punya." Kata Iman seolah-olah memberi semangat, yelah mana tahu doa suami ni berkat kan.

"Masalahnya aku taknak menang." Jawab Elleana lemah.

"Kau kenapa? Tebiat? Mana-mana orang yang masuk pertandingan tu dia nak menang tapi kau taknak menang. Tak betul."

"Okaylah... aku bagitahu kau kenapa aku taknak menang. Cikgu Hadif cakap kalau kitaorang menang, dia nak bawak aku keluar dinner. Aku taknak..." Keluh Elleana akhirnya meluahkan juga isi hatinya namun bimbang juga jika Iman mengamuk bersilat dengan Cikgu Hadif. Habis rahsia besar!

Dinner? Ish! Cikgu ni dah masuk list saing aku. Bukan biasa biasa strategi yang dia pakai ni.

"Kenapa kau taknak? Bukan semua budak perempuan kat sekolah ni gila kat Cikgu Hadif tu? Kau kira untung TERPILIH." Iman membelakangkan tubuhnya.

"Aku ada suami, Iman. Aku taknak suami aku marah lagi. Cukup tiga empat hari suami aku pedulikan aku." Perli Elleana sambil senyum sinis membuatkan kepala Iman menjengah ke arahnya.

"Suami dimata keluarga je."

"Then aku isteri kau dimata keluarga je? Dimata kau? Aku ni apa?" Suara Elleana agak tinggi. Iman takut jika dia meneruskan perbualan, Elleana akan marah. Sebenarnya dia juga tak sanggup mahu bergaduh seperti beberapa hari lepas.

"Iman, jawablah. Kau anggap aku apa?!" Elleana tanya lagi.

"Aku nak tidurlah, Ell!" Tengking Iman menutup mukanya dengan bantal.

Haa tutuplah muka kau. Lepas tu kalau sesak nafas. Baru sibuk nak cari inhaler. Aku sorok inhaler kau baru tau!

"Papa, harini Ell pergi sekolah dengan Cikgu Hadif. Dia jemput Ell, lepas habis pertandingan nanti dia hantar Ell balik rumah." Sempat Elleana memberitahu Dato Hamif memandangkan dia sedang sakit hati dengan Iman.

Pon!

"Ell! Bagitahu Iman dulu lah." Tegur Dato Hamid melihat Elleana laju saja melangkah mahu keluar.

Alamak... lupa pulak. Kang papa perasan pulak aku marahkan Iman.

"Cikgu Hadif dah sampai? Hmm pergilah." Halau Iman lembut malas mahu menegah lagi.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now