Part Thirty Five

91.9K 4.6K 103
                                    

Elleana tersenyum memikirkan hal semalam yang mendekatkan lagi dengan Iman. Sungguh dia tidak menyangka Iman akan mendengar semua masalahnya malah menjadi tempat untuk dia sandarkan kepala yang terasa sarat dengan semua permasalahan. Usai solat subuh kedua mereka bersalaman dan mulai bersiap seperti biasa. Elleana perhatikan wajah Iman yang asyik tersenyum sejak dari tadi. Mimpi apa dia semalam?

Macam mana aku harus berdepan dengan Wana harini ya Allah... sungguh aku takut dia akan membuang aku sebagai sahabat baiknya.

"Awak dah sarapan harini? Nanti gastrik macam semalam pulak." Usik Fariz berjalan di sebelah Elleana mahu bergandingan bersama masuk ke kawasan sekolah.

Elleana hanya senyum sekilas saja kepada lelaki itu membuatkan Fariz merasa harinya ceria. Matanya kembali dengan fokus utama mencari Wana di merata kawasan sekolah. Akhirnya dia menemui Wana sedang duduk berseorangan di pondok hadapan koperasi sekolah. Elleana memberanikan diri untuk mendekati Wana, tujuannya hanya mahu meminta maaf. Sekali lagi hati ini masih berharap hati Wana akan diberikan sedikit kelembutan serta ketenangan untuk memaafkannya hari ini.

"Wana---"

"Hmm nak apa?" Wana membalas namun wajahnya masih tunduk memandang buku.

"Aku nak minta maaf--- aku tahu semua ni salah aku. Aku tak patut rahsiakan semuanya daripada kau, aku minta maaf Wana..." ujar Elleana lembut mulai berani duduk di kerusi bersebelahan dengan Wana.

"Hmm yela..." Jawab Wana ringkas.

Kenapa dia tak marah aku?

"Betul ni kau maafkan aku? Ya Allah aku sayang kau!" Elleana terus memeluk Wana kuat sambil pipi dilagakan kuat. Sangkaannya tadi Wana akan memarahinya lagi.

"Tolonglah jangan ada rahsia lagi lepas ni, aku sedih kawan baik aku sendiri buat aku macam ni." Luah Wana nadanya sayu. Setelah difikirkan semalaman, dia memutuskan untuk menerima kenyataan ini dengan ikhlas. Walau bagaimana pun dia lebih sayangkan hubungan persahabatan lebih daripada seorang lelaki yang sudah tentu bukan miliknya lagi.

Hatinya jujur masih sakit sebenarnya mengenangkan lelaki yang begitu dia inginkan sebenarnya adalah suami kawan baiknya sendiri. Selama ini dia menganggap Hilman juga mempunyai perasaan yang sama sepertinya namun sangkaannya meleset. Mana dia nak letak mukanya jika bertembung dengan lelaki itu selepas ini?

"Berbual apa ni? Share lah..." Fariz menegur mengejutkan kedua mereka terutamanya Elleana. Nasib baik dia tidak sempat mendengar perbualan mereka tadi.

"Tak cerita apa pun. Dah jom masuk kelas!" Elleana ketawa riang berkepit dengan Wana memaksa gadis itu naik ke kelas.

Perempuan memang aneh. Kejap serius, kejap ketawa.

"Iman, aku dah baik dengan Wana tau." Bisik Elleana menolak siku Iman tersenyum sepanjang sejak tadi.

"Oh baguslah. Takdelah kau meroyan menangis lagi kat rumah nanti." Jawab Iman acuh tak acuh fokus memandang ke depan.

"Mestilah, kau pun kena minta maaf dengan Wana. Tau? Tau? Tau---"

"Yelah Ell! Baik kau pandang depan. Nanti cikgu nampak pulak." Balas Iman sebelum terus fokus melihat ke depan.

Loceng rehat berbunyi kuat menandakan semua pelajar akan segera memanfaatkan waktu rehat, ada pelajar yang berpusu-pusu menuju ke kantin, berebut membeli makanan. Fariz juga nampaknya sudah keluar rehat awal, lapar katanya. Kini hanya tinggal Elleana dan Wana saja di dalam kelas mengemas buku mereka. Wana terus menerpa ke belekang menepuk meja Elleana.

"Ell... ceritalah macam mana kau boleh kahwin dengan Hilman." Wana tergedik-gedik mencuit lengan baju Elleana. Perasaan ingin tahunya membuak-buak.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now