Part Fourty Six

93.4K 4.6K 379
                                    

"Ni yang senyum macam orang tak betul kenapa?" Tegur Iman setelah melihat Elleana dari sekolah sampai rumah asyik tersenyum saja.

"Betul kan orang cakap, setiap manusia diciptakan berpasang-pasangan. Finally Cikgu Wati jumpa jugak Prince Charming dia." Luah Elleana masih berangan.

"Siapa Prince Charming Cikgu Wati?"

"Cikgu Hadif." Jawab Elleana.

Lagi-lagi nama dia tu, jasad dah tak ada pun nama disebut lagi.

"Oh baguslah Cikgu Wati dengan dia tu. Taklah kacau isteri orang." Sindir Iman mencapai tuala lalu masuk ke bilik air.

Jealous ke?

"Hi Pinky, tengok tuan besar awak jealous. Nasib baik comel." Elleana memicit-micit tangan teddybear besarnya.

"I heard that Nur Elleana!" Laung Iman dari dalam bilik air. Tuala diramas ramasnya tanda bahagia!

Elleana terus menutup mulutnya sambil tergelak-gelak. Telinga gajah betul!

Iman memandang botol minyak wangi yang tersusun kemas atas meja solek. Dia teringat point kedua yang dibacanya semalam. Rasanya sesuai dilaksanakan hari ini juga.

Cara Memikat Isteri

Selalu Wangi :
Hampir kesemua wanita menyukai bau badan suami yang wangi. Selalulah memakai bau-bauan yang menyegarkan supaya isteri berasa selesa untuk memeluk kita. Tubuh kita kelihatan seksi juga apabila berbau wangi.

Wangi pun seksi ke? Kalau spray banyak-banyak ni comfirm Ell peluk taknak lepas.

Iman mengambil botol kaca minyak wangi yang baru dibelinya. Tidak seperti selalu, kali ini dia menyemburkan minyak wangi dengan lebih banyak. Bau minyak wangi semerbak satu bilik mereka. Saat pintu bilik air dibuka, Elleana masih belum menangkap bauan wangi tu namun lama kelamaan hidungnya terasa gatal mahu bersin. Iman berpura-pura membaca novel yang dibelinya buat Elleana.

"Peh! Kuatnya bau, kau pakai minyak wangi ke berendam dalam minyak wangi." Elleana menutup hidungnya dek kerana bau minyak wangi terlalu kuat menusuk hidung.

"Biarlah sekali sekala nak wangi." Iman cepat-cepat menyorokkan mukanya dibalik novel tebal tadi.

"Wait, since when kau baca novel ni? Bukan kau tak suka novel ke?" Tanya Elleana semakin hairan. Iman cepat-cepat meletakkan novel tadi ke atas meja.

Elleana mengeringkan rambutnya yang masih basah. Losyen Enchanteur Paris disapukan ke seluruh lengannya. Bau minyak wangi Iman dan losyen Elleana berlaga namun tidak mampu menandingi bau minyak wangi Iman. Terlalu kuat!

"Ell--- taknak peluk aku ke?" Tanya lalu Iman mendepakan tangannya.

Dah buang tebiat ke Iman ni?

"Kau dah kenapa? Minyak wangi menusuk hidung kau nak suruh peluk? Sumpah pening kepala aku!" Elleana mendapatkan kembali novelnya. Dia duduk di atas sofa jauh-jauh daripada Iman tidak tahan lagi dengan bau minyak wangi yang terlalu menusuk.

Salah ke wangi-wangi? Buku tu suruh wangi kot. Kuat sangat ke? Iman menghidu bajunya. Ya Allah menusuk bau! Patutlah Ell taknak peluk. Iman menolak almari mengambil tshirt lain dan terus menukar dalam bilik persalinan. Elleana hairan melihat gelagat suaminya.

"Kan wangi macam ni, wangi berpadalah. Kalau dah sampai sebotol kau spray tak pening kepala? Tapi--- aku taknak peluk jugak!" Usik Elleana berlari keluar dari bilik. Dato Hamid yang sedang membaca surat khabar mengangkat kening melihat anak menantunya berkejaran dia ruang tamu.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now