Part Twenty Two

97.9K 5.1K 493
                                    

"Kau menang lagi, Iman. Sukalah?"

"Memanglah. Mana ada orang yang tak suka menang. Kau je, gila." Iman menarik sedikit rambut Elleana sehingga menyenget kepalanya.

"Aku tak fahamlah apesal kau bersungguh-sungguh sangat nak menang? Maksud aku---- kau bersungguh nak masuk acara ni."

"Nanti kau tahulah." Iman mengeluarkan kalkulator mengira sesuatu.

"Lagi satu kan---- aku tak faham kenapa kau taknak cakap dengan aku haritu. Lama kot. Aku buat salah apa?" Tanya Elleana memegang lengan Iman mahukan penjelasan. Pasti ada alasan yang kuat daripada semua pergaduhan yang terjadi.

Iman melihat wajah Elleana sekilas sebelum keluar dari bilik meninggalkan gadis itu masih dalam berteka teki. Kelihatan Nina sedang melayan kartun Sofia The First seorang diri di ruang tamu tidak ditemani sesiapa. Khusyuknya budak itu sehingga tidak perasan kewujudan Iman disebelah.

"Nina? Mana papa?"

"Papa---- haa tu papa!" Nina menunjukkan papanya yang baru keluar bilik.

"Paa, Iman cadang nak bawak Ell balik kampung cuti ni. Boleh?" Tanya Iman teringin membawa Elleana melawat kubur arwah bapa mertuanya.

"Boleh sangat, Iman. Papa setuju jee." Dato Hamid juga merasa cadangan Iman bernas memandangkan Iman jarang mahu mengikutinya pulang ke kampung makcik Yani.

Elleana yang baru keluar dari bilik terdengar rancangan Iman lantas hanya memilih untuk berdiri memasang telinga.

"Awak nak buat apa ajak balik kampung? Makngah bukannya sukakan saya." Elleana mencebik masih teringat muka bengis makngah.

"Takpelah. Awak bukan sorang diri. Awak dengan saya kot. Lagipun cuti sekolah ni kan, maksu kahwin. Jadi maksu ada kat kampung jugak. Ramai-ramai kan meriah," Iman menjelaskan sambil mengelus lembut rambut isterinya.

"Tapi----- ," Elleana cuba mencari alasan lagi.

"Takde tapi-tapi. Just say yes okay? Saya teringin nak tengok air terjun, air laut, rumah kampung, udara kampung, dan orang-orang kampung. Boleh kan?"

Orang-orang kampung? Kau tak tahu mulut orang kampung, lebih berbisa daripda ular.

×××××

Khemah pasukan masing-masing telah siap dihias dengan pelbagai tema. Pasukan kawad kaki juga sibuk bersiap mengenakan aksesori kemas sebelum memulakan perbarisan pembukaan. Elleana dan Wana hanya duduk berdekatan meja pengacara majlis memandangkan cuaca pagi itu sudah terik menjelang jam lapan pagi.

Iman diberi tugas besar sempena tahun akhir dia di sekolah. Dia mewakili ketua pelajar untuk membaca ikrar dan doa sebelum majlis ini dimulakan. Baju yang dia pakai dan boots itu menampakkan Iman lebih garang tegap. Sesekali terbit juga rasa bangga dalam dir Elleana mengenangkan orang yang berdiri di hadapan itu adalah suaminya.

"Eh itu abang senior yang paling handsome lah!"

"Syafiq Hilman ke yang baca ikrar tu? Handsomenya..."

"Kalaulah aku awek dia, aku jaga betul-betul."

Kedengaran suara adik-adik junior bergosip tentang Iman. Elleana hanya berdiam diri walaupun hatinya sedikit panas, rasa pedih lain macam. Wana tentunya tidak memberi peluang mereka mengusik buah hatinya, dari tadi hanya menahan kemarahannya namun dia juga sedar dia bukanlah sesiapa untuk bertindak demikian.

"Nak je aku hembus budak-budak kecik ni. Gatal betul. PT3 pun tak lepas lagi." Sindir Wana geram menjeling ke arah kumpulan pelajar junior.

"Alaa relaxlah... lumrah perempuan nampak lelaki handsome mesti suka kan?"

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now