Part Thirty One

94.5K 5.1K 77
                                    

"Ell bangun. Dah subuh, harini maksu kau kahwin tau. Sedap je kau tidur." Iman mengejutkan Elleana yang masih lena berselimut.

Erm macam mana nak buat Ell bangun eh? Dia paling kalah bab aku, arwah baba and------ haha siap kau Ell!

"Ell kau taknak bangun aku naik atas kau, haa aku naik ni aku naik ni----" Gertak Iman sambil tangannya sengaja menekan selimut.

Elleana merasakan selimut ditekan kuat dan seseorang menghempapnya dari atas. Hatinya berdegup laju kerana tekanan itu terlalu semakin memberat membuatnya lebih takut.

Buka mata kau, terajang dia!

Elleana membuka matanya sambil kaki juga turut bertindak. Satu tubuh berjaya ditendangnya. Ambik kau!

"Kau gila ke apa terajang aku?! Adui..." Iman menggosok kepalanya yang terkena almari baju akibat ditendang kuat.

"Sorrylah aku tak sengaja, aku takut. Padan muka kau! Siapa suruh buat tak senonoh." Ujar Elleana pada awalnya serba salah namun apabila teringatkan perangai Iman memang patut lelaki itu mendapat penerajangnya.

"Kau takut apa?! Aku ni suami kau, aku berhak lah." Balas Iman kembali dalam kemarahan dia terus mencapai tuala ke bilik air. Pintu bilik ditutup kuat.

Salah aku ke? Tapi--- dia yang mula dulu.

Elleana duduk di tepi katil menongkat dagu masih berat matanya. Jika bukan kerana mahu meraikan hari bahagia maksu sudah pasti tubuh ini direbahkan ke katil kembali. Elleana segera bangun membuka almari, tangannya membelek memilih baju kurung mana yang sesuai dipakai untuk majlis hari ini. Matanya tertumpu kepada baju kurung merah ringkas yang arwah baba belikan dahulu, sesuai dipakai memandangkan baju sanding maksu  berwarna merah.

Nak bagi Iman pakai baju warna apa?

Tangan Elleana menyelongkar beg pakaian mencari baju melayu untuk dipakai Iman lantas diambilnya baju melayu warna merah tua. Dia letakkan atas katil kemas dengan harapan Iman pasti lembut hati. Elleana menunggu giliran untuk mandi di dapur. Ramai kaum perempuan sudah mula memanaskan untuk menyediakan lauk majlis nanti. Melihat Iman keluar selamba tidak mempedulikannya, Elleana sengaja pura pura memandang dinding.

"Ell letakkan ke ni? Nak pakai ke tak? Baik pakai nanti kalau si gatal tu pakai sedondon dengan Ell boleh gigit jari aku." Iman menyarungkan baju melayu merah tadi dengan pantas. Rambutnya disikat rapi dan minyak wangi disembur cukup membuatkan bauan itu semerbak satu bilik ini.

Rombongan pihak Abang Fendi tiba hampir jam sembilan pagi. Usai bersiap Elleana ke bilik maksu untuk melihat wanita itu bersiap. Elleana melihat mak andam sedang sibuk menghias wajah maksunya sehingga naik seri pengantin wanita itu. Benar dia terharu wanita yang dia anggap 'ibu' selama ini akan segera menamatkan zaman anak daranya. Setelah selesai kain layan bertatahkan batu permata di setiap corak bunga dipasangkan ke kepala maksu, Elleana membuat keputusan mahu menyapanya.

"Cantiknya maksu..." Elleana memegang bahu Fatihah dari belakang.

"Eh Ell! Alaa mana boleh tengok maksu dandan. Tak supriselah!" Ujar Maksu kedengaran teruja. Elleana tahu sudah lama maksu tunggu saat ini, saat untuk diijab kabulkan dengan pilihan hatinya. Selepas ini tiada lagi gelaran 'andartu' yang diberi oleh rakan kerja dan orang sekeliling mahupun umpatan penduduk kampung.

"Sah!"

Abang Fendi sah bergelar suami Fatihah dengan hanya sekali lafaz saja. Maksu menangis bukan kerana sedih sebaliknya gembira. Siapa sangka jodoh maksu begitu dekat dengan jodoh Elleana? Jodoh yang hadir setelah Elleana dahulu berkahwin.

"Pukul dua belas nanti majlis sanding, kau pergilah rehat dulu." Arah makngah apabila dia segera turun ke depan mahu melayan tetamu yang datang awal pagi.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now