Part Thirty

102K 4.7K 100
                                    

Sebaik saja Elleana turun dari kereta, matanya meliar mencari maksu. Persiapan perkahwinan sudah hampir kemuncaknya. Ada kaum wanita sedang menghias hantaran, bunga telur dan memasak beramai-ramai dibelakang rumah. Banyak mata memandang kereta mewah yang masuk perkarangan rumah arwah mak Uteh, kebanyakkannya sudah semestinya membuat spekulasi masing masing.

"Ell dah sampai!" Maksu berlari mendapatkan Elleana yang baru keluar dari kereta lantas dipeluk anak saudara perempuannya erat.

"Afi, tolong maksu angkat beg Iman dengan Ell!" Laung Fatihah memanggil anak saudara lelakinya.

Segar mata Abang Afi melihat Elleana sudah berada di depannya namun terselit jua sedikit kekecewaan apabila melihat Iman memegang tangan Elleana erat. Jika tidak memikirkan perasaan maksu sudah pasti Abang Afi melaksanakan rancangan jahatnya untuk mendapatkan Elleana kembali. Awas saja jika lelaki di depannya ini menyakiti Elleana walau sekecil zarah!

"Heh apa ni akak-akak, saya upah suruh masak bukan bergosip. Biarlah dorang nak berpimpin, suami isteri sah. Haih, bila lah orang kampung ni nak insaf." Fatihah mengomel sudah lali dengan perangai orang kampung lantas mengangkat beg Elleana masuk ke dalam.

"Oh, balik pun kau. Aku ingat dah jadi menantu orang kaya jijik nak jejak kaki balik kampung." Fatma menyindir sebaik melihat Elleana bersama Iman.

Pedih. Satu ungkapan paling sesuai buatnya ketika ini. Baru saja jejak kaki tak sampai lima minit terasa macam kena halau.

"Makngah sihat?" Elleana menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan makngah namun lansung tidak disambut begitu juga dengan Iman. Pandangan pertama Iman terhadap makngah dapat dia simpulkan makcik ni memang kurang kasih sayang!

"Aku banyak kerjalah. Kau lainlah orang kaya, duduk goyang kaki sana sini." Perli makngah sebelum angkat kaki meninggalkan mereka untuk ke belakang.

"Ell dengan Iman tidur bilik tengah ye mulai sekarang sebab bilik maksu dah jadi bilik pengantin." Usik Maksu tersenyum malu mengenangkan dia sendiri yang menghias bilik itu. Malu pula jika dilihat Elleana!

Hati Elleana terasa rindu tatkala kakinya melangkah masuk ke bilik arwah baba. Perabot kayu kesukaan baba tidak berubah kedudukan lansung biarpun sudah hampir setahun. Dia terasa seperti baba dekat bersamanya. Kain pelekat arwah masih terlipat kemas di rak kayu, baju milik arwah baba juga tersusun cantik. Elleana meramas sehelai kain babanya lalu dicium bau itu menzahirkan rasa rindu.

"Ini bilik baba kau yee? Not bad citarasa arwah. Perabot kayu jati mahal ni." Elleana memandang tajam ke arah Iman yang sesuka hati mengkritik bilik babanya.

"Kau nak mandi pergi bilik air belakang tapi---- ramai kaum perempuan tengah buat kerja." Ujar Elleana sedikit gagap sempat menjengah kumpulan perempuan sedang sibuk memasak keluar masuk ke dapur.

"Hah? Ish! Taknaklah aku. Nanti orang tak ramai sikit aku mandi." Iman mengeluh panjang. Niatnya untuk membersihkan badan dilupakan sejenak.

Sudahlah badan melekit, nak mandi ada ramai perempuan. Ergh!

Elleana kira dalam bilik ini pasti ada terselit gambar ibunya. Dia memulakan misi mencari petunjuk dimana ibunya berada. Laci demi laci diselongkarnya namun tetap tiada hasil. Nampaknya baba memang tidak mahu dia tahu satu pun tentang ibu. Apabila waktu menjelang asar, semua kaum perempuan di dapur mula beransur pulang ke rumah. Selalunya sesudah subuh esoknya pula mereka akan datang semula untuk membantu kerja dapur di belakang. Suasana dapur Iman perhatikan sudah senyap, barangkali sudah kosong lantas Iman segera berjalan ke bilik air.

"Macam rumah maktok mama. Pintu bilik air tak guna tombol, mandi guna air paip and----- tak ada sinki." Bisik Iman dengan nada membebel mulai mengkritik persekitaran kamar mandi pula.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now