Part Sixty Four

97.5K 4.6K 179
                                    

Peperiksaan percubaan akhirnya selesai juga setelah beberapa hari membuatkan pelajar tertekan juga. Lumrah kehidupan pelajar mahu  menghadapi ujian barulah mahu belajar disaat akhir. Hari ini Fariz memberitahu kepada kelas bahawa Cikgu Nisa akan memberitahu markah pelajar kelasnya, sungguh Elleana tidak senang duduk. Wajahnya yang tadi gembira kelihatan gusar, bagaimana jika keputusan itu tidak seperti yang dia harapkan? Atau lebih teruk lagi? Cikgu Nisa kenapa tanda kertas cepat sangat, bagilah aku hembuskan nafas puas puas dulu! 

"Kan saya dah cakap,awak dapat A!" Ujar Iman teruja setelah nama Elleana disebut oleh Cikgu Nisa.

Ahamdulillah!

"Baru tenang hati saya, fuh..." Elleana menghembuskan nafasnya gembira. Ternyata tiga soalan yang dia tidak sempat siapkan tidak menjejaskan markahnya memandangkan hampir kesemuanya betul.

"Tahniah untuk semua pelajar saya. Semuanya dapat A's. Saya yakin SPM nanti korang mampu buat lagi baik!" Suara Cikgu Nisa teruja apabila kesemua pelajarnya mencatat sejarah mendapat keputusan sebegitu baik biarpun peperiksaan percubaan saja. Dia berjalan ke tempat duduk Elleana meredupkan anak mata. Elleana berkerut mula menundukkan wajahnya takut dimarahi.

Cikgu Nisa mengangkat kening. Tangannya diletakkan atas meja Elleana.

Jangan pukul saya cikgu!

"Lepas ni jangan tinggal soalan lagi. Make sure Iman kejut awal! Iman, guide isteri awak lagi." Pesan Cikgu Nisa sambil senyum sinis membuatkan seluruh kelas itu bersorak mengusik mereka dengan sengaja.

Eh aku pulak kena. Tapi--- yelah salah aku. Tak kejut Ell haritu.

×××××

Fatma yang sedang menyapu daun kering di halaman rumahnya menjengah tatkala terlihat kereta mewah besar masuk ke perkarangan rumah kampungnya. Seorang gadis berjubah hitam dan berkaca mata hitam turun dari kereta itu usai pintu kereta dibuka. Perempuan itu mendekatinya lantas membuka kaca mata tadi. Rozana!

"Rozana? Kau buat apa datang sini?" Tanya makngah kasar terkejut menerima tetamu yang dia sendiri tidak pernah sangka. Hampir tujuh belas tahun mereka tidak berjumpa dan hari ini menjadi hari pertemuan mereka semula.

"Saya nak cari Elleana, anak saya mana dik?" Tanya Rozana memegang tangan Fatma, kepalanya menjengah ke dalam siapa tahu anak gadisnya ada di situ.

"Anak? Baru sekarang kau cari anak kau? Hidup mati anak kau, kau pernah ambil kisah?!" Fatma melepaskan sentuhan Rozana tadi, bukan maksud untuk bersikap kasar dengan kakak iparnya tapi hati Fatma terlalu geram mengenangkan perempuan di hadapannya sanggup meninggalkan Elleana semasa anak saudaranya masih bayi lagi.

"Saya tahu salah saya tapi... bukan kehendak saya untuk tinggalkan Elleana---" Suara Rozana sayu mulai menangis, rasanya sakit dihamun begitu.

"Bukan kehendak? Kau tak tahu betapa susah abang aku besarkan anak kau seorang diri. Sampai hujung nafas dia pun, hanya Elleana yang dia risaukan. Bahagia anak dia paling penting. Mana kau pergi masa dia susah payah sendiri?" Fatma terus menghambur wanita itu sehinggalah wajahnya diangkat terkejut mendengar satu perkataan.

"Abang Farid dah--- tak ada?" Tanya Rozana gagap, hatinya mula tidak senang.

"Ye! AbangFarid dah tak ada, puas hati kau?" Kali ini Fatma sudah mulai sakit hati, ikutkan hati mahu saja dia usir perempuan itu namun segera dia mengucap dalam hati.

Rozana sekali lagi tewas, tangisannya kali ini nampak meluluhkan hati makngah pula. Hatinya sebak tatkala menerima berita kematian suaminya sebelum sempat dia memohon ampun meninggalkan lelaki itu begitu saja. Dia benar merasa berdosa...

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now