Part Fifty Nine

93.4K 4.6K 282
                                    

Mojo, Dahsyat

"Ell bagilah Iman masuk, sejuk kat luar ni." Sesekali dia menggeliatkan tubuhnya kesejukan apatah lagi sebentar lagi mahu hujan. Guruh dilihatnya menakutkan.

Tak reti balik ke dia ni? Dah pukul dua belas malam kot. Mentang bagi tumpang solat naik lemak!

"Iman pergi baliklah. Dah tengah malam!" Laung Elleana masih mengendap di sebalik langsir.

"No, im not. Selagi Ell tak keluar, Iman takkan balik. Biar jelah simen ni jadi tilam Iman malam ni." Ujar Iman cuba meraih simpati isterinya. Takkanlah Ell nak tengok aku tidur kat luar kan?

Nak tidur atas simen? Haa tidurlah. Orang merempat kat luar sana tidur kat kaki lima je. Tapi--- itu orang lain, Iman suami aku.

Elleana membuka pintu membuatkan Iman terus tersenyum mengangkat keningnya. Dia tahu Elleana pasti lembut hati juga akhirnya. Kakinya sudah tidak sabar bersedia mahu masuk ke dalam namun lain pula yang dia dapat. Tak disangkakan!

"Nah ambik selimut dengan bantal." Hulur Elleana kembali mengunci pintu pagar membiarkan lelaki itu masih di luar.

What? Bagi bantal dengan selimut je? Ergh! Tidur luar pun tidur luarlah Iman. Sekali sekala berbumbungkan bintang.

Elleana masuk ke biliknya menutup pintu, dia memaksanya matanya untuk segera dipejamkan. Sedar dia sukar tidur, Elleana kembali bangun memikirkan Iman. Anak orang kaya tidur luar for the first time? Hahahaha kelakar.

Tapi kalau kat luar tu hujan? Mesti dia sejuk. Kalau nyamuk sebesar ibu jari aku hisap darah dia? Paling teruk kalau ada hantu cekik dia?! Hish!

Aku cinta kamu
Lebih dari hatiku mampu
Pasti jiwa takkan bisa
Hidup tanpa hadirnya kamu
Sungguh dasyatnya cintaku kepada kamu
Aku mohon jangan pergi
Menyiksaku dengan rindu
Kita dua hati
Selamanya takkan terpisah
Kau dan aku
Punya cinta paling terindah di dunia

"Cewah sedap jugak suara aku. Sekali sekala test suara." Gelak Iman terbahak-bahak berbangga diri pula.

Menyedari bunyi bising di luar rumah jiran-jiran Elleana terus menjerit.

"Pungguk mana pulak rindukan bulan ni! Oi tidurlah! Memekak je! Tak tahu ke esok orang nak kerja ke apa ke." Laung seseorang lelaki membuatkan jiran juga turut bising. Iman jadi teringat pula cerita lakonan seniman P.Ramlee yang berjudul Seniman Bujan Lapok. Persis ayatnya dengan abang kecoh tadi!

Iman terus menutup mulutnya menahan gelak tatkala semua jiran sudah mulai berlawan mulut sesama sendiri. Jiran perumahan sini memang betul-betul lantang menegur orang, bukan macam kawasan perumahan papa.

"Sebut pasal papa! Baru teringat sesuatu!" Iman meraba poket mencari telefonnya.

To papa :
Papa Iman ada kat rumah maksu Ell. Papa jangan risau, semuanya dah okay. Cuma buat masa sekarang, boleh tak kitaorang duduk berdua? Esok hantarkan baju sekolah Iman tau paaaa?

Tersengih Dato Hamid membaca whatapps daripada anak lelakinya. Kelihatannya masalah sudah selesai, anak menantunya pasti sudah berbaik. Keputusan Iman untuk tinggal berdua dengan Elleana sememangnya tepat. Lebih banyak masa berdua, semakin kuat perasaan sayang dua anak muda itu.

"Bangun!" Elleana merenjiskan air berkali-kali ke muka Iman, sedap je kau tidur kat sini! Tak macam sakit pulak badan?

"Ish apa ni Ell, basah habis tau." Rungut Iman mengibas bajunya yang terkena air renjisan Elleana tadi. Matanya digosok tatkala pandangannya masih lagi kabur, masih gelap lagi di luar.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now