Part Nine

113K 6.1K 306
                                    

"Aduh, sakitnya..." Rengek Elleana setelah keluar daripada bilik air. Tuala tebal pink membaluti tubuhnya membuatkan mata Iman tertumpu ke arah beberapa lekukan namun segera dia tutup matanya.

"Sakit sangat ke? Macam mana boleh jatuh?" Tanya Iman yang masih terbaring memandang handphonenya.

"Boleh tahanlah. Jatuh mengereng kena tulang pinggang ni haa..." Mata Elleana pula terbeliak memandang Iman yang tidak berbaju.

"Nak aku urut tak?" Usik Iman tergelak nakal mengangkat kedua keningnya. Elleana hanya menjeling menyampah mahu melayan. Baju lengan panjang dan seluar pink dibawanya untuk dipakai dalam bilik persalinan.

Mata Elleana meliar mencari handphonenya berwarna emas. Kat atas seluar Iman! Aduh.

"Iman, nak--- tuh." Minta Elleana serba salah menunjukkan telefonnya yang ada diatas perut Iman.

"Nak apa?! Selera kau dengan aku eh? Betul ni nak, tak menyesal?" Tanya Iman dengan nada lebih nakal lagi sambil meredupkan kedua mata.

"Ape ni? Aku nak handphone akulah. Ish! Merepek." Elleana terus merampas handphone miliknya dan terus keluar daripada bilik.

Ingat aku nak sangat ke? Selekeh.

"Ell buat apa kat luar ni? Pergi masuk tidurlah. Mesti Ell penat kan?" Arah maksu menghalau anak saudaranya kembali ke bilik.

"Alaa Ell bosan. Ell nak tengok tv kat luar."  Rungut Elleana mencari remote televisyen.

"Bertuah punya budak. Masuk biliklah! Teman Iman." Halau maksu lagi kali ini dengan nada serius.

"Eish! Maksu ni. Yelah. Tahulah ada Abang Fendi kat luar. Abang Fendi---maksu suka abang!" Laung Elleana sebelum berlari masuk ke bilik semula.

"Ell!" Belum sempat maksu mencubit dia terus menutup pintu rapat.

"Kau kenapa lari-lari? Ingat bilik aku taman permainan? Nak lari pergi keluar!" Bentak Iman sambl menghempas buku nota tebal ke katil. Jujur dia terkejut sebenarnya tiba tiba saja disergah begitu.

"Alaa sorrylah. Aku usik maksu je. Rilexlah. Marah je tahu." Perli Elleana memuncungkan bibirnya. Meski mata sudah terlalu letih namun dia tidak berani mahu naik ke katil. Mungkin ada baiknya dia tidur di sofa saja.

"Elleana! Sini." Panggil Iman menundukkan wajahnya.

"Taknak! Nanti kau apa-apakan aku." Elleana menutup tubuhnya menggunakan bantal yang ada di sofa.

"Eee tolonglah! Ingat aku selera dengan kau. Orang panggil tu datang jelah!"

"Apa?" Elleana mendekati Iman sambil bersila diatas katil.

"Aku nak kita bincang apa langkah kita seterusnya. Aku rasa kita kena ubah beberapa perkara."

"Bunyi macam serious. Kau nak bincang apa? Nak ubah apa?" Tanya Elleana tidak faham. Pemikiran suaminya mengalahkan orang dewasa.

"Jangan bebal sangat boleh? Okay dengar betul-betul apa yang aku nak cakap. Pertama! Aku takde masalah nak anggap kau kawan baik, kawan bergurau, kawan tempat mengadu tapi kalau boleh janganlah suka sampai sayangkan aku. Aku taknak kau berharap."

Uish! Jangan jatuh cinta ke ni? Kau ingat perempuan mana je tak cair dengan kau, lagi-lagi sebilik? Ridiculous!

"Kau setuju tak?!" Bentak Iman. Elleana hanya mengangguk lemah.

"Good! Kedua---aku nak hubungan kita depan maksu, papa, Nina and makcik Yani intim. Dah nama pun suami isteri kan? Aku nak kau panggil aku sayang ke, awak ke lagi-lagi depan papa. Boleh kau buat?" Tanya Iman menanti persetujuan Elleana. Setakat ini semua syarat nampak tidak susah untuk gadis itu ikuti.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now