Part Fourty Three

86.6K 4.6K 172
                                    

"Harini Cikgu Hadif masuk mengajar balik tau." Ujar Cikgu Wati terserempak dengan Elleana.

Bukan sepatutnya dia kena duduk rumah lagi ke? Aduh! Nama kat sekolah dah lah Elleana, nak cakap apa nanti.

"Cikgu-- nama saya kan Elleana bukan Hazwani."

"Takpe Ell, cakap je selama ni nama awak Elleana. Nama panggilan je Hazwani. Okay?" Cadang Cikgu Wati menyelamatkan keadaan.

Semua pelajar heboh tentang kemasukan semula Cikgu Hadif ke sekolah hari ini. Entah bagaimana sikap baru cikgu itu sekarang. Macam mana penerimaan Cikgu Hadif kalau tahu 'Hazwani' tu pelajarnya?

"Kau rileks lah. Gelabah macam ni kenapa?" Tegur Iman yang melihat Elleana tak senang duduk dari tadi.

Bunyi tapak kasut dari luar menambah debaran semua pelajar.

"Cikgu Hadif! We miss you!" Teriak beberapa orang gadis dalam kelas itu. Ramai betul peminat dia ni.

Walaupun kepalanya masih bertampal plaster tapi semangatnya untuk terus mengajar sangat kuat. Imejnya bertukar sedikit, pemilihan warna baju semakin cerah, gaya rambutnya disikat ke tepi. Mahu tak cair semua budak perempuan sekolah ni?

"Saya mungkin dah lupa nama korang jadi-- boleh kita mulakan sesi perkenalan semula?"

Semua pelajar mengangguk serentak kerana sedia maklum keadaan Cikgu Hadif sekarang. Bermula dari depan hinggalah ke belakang. Sekarang tiba masanya Elleana pula bangun selesai giliran Iman. Mata Cikgu Hadif tertancap hanya kepada Elleana seorang saja. Menunggu jawapan yang keluar daripada mulut Elleana, suara kekasih hatinya.

"Nama saya--- Nur Elleana." Elleana cepat-cepat duduk sebaik saja dia memperkenalkan dirinya.

Elleana? Kenapa bukan Hazwani?

"Okay Elleana, saya nak jumpa awak waktu rehat ye?"

Aduh! Ni mesti kes nama, kenapa aku tak sebut Hazwani.

Sesi pembelajaran diteruskan seperti biasa. Siapa sangka walaupun dia sudah kehilangan ingatan namun cara dia mengajar masih sama seperti dulu malah lebih bertenaga dan ceria.

Kringgggg!

Semua pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas menuju ke kantin termasuk Iman. Berat hatinya mahu meninggalkan Elleana berduaan dengan Cikgu Hadif namun dia percaya dengan isterinya. Elleana bijak menangani Cikgu Hadif mahu pun menjaga dirinya.

"Okay sayang, now tinggal kita berdua kat sini. Firstly, saya nak tahu kenapa nama awak Elleana? Why not Hazwani?"

Tepat sangkaan Elleana. Pasti soalan ini ditanya juga.

"Err saa--sayang, nama Hazwani tu nama panggilan je. Nama Elleana nama betul saya. Cuba awak ingat balik?" Jelas Elleana sedikit gagap cuba mengambil kesempatan diatas kehilangan ingatan lelaki itu.

Cikgu Hadif termenung sejenak berusaha untuk cuba mengingati lagi namun apa yang dia dapati hanya kosong. Memori tentang kisahnya dan Hazwani kosong tiada paparan, hilang ingatan ternyata menyusahkan dirinya. Kepalanya dipegang sambil matanya cuba dibuka semula, makin dipaksa semakin sakit menyucuk sehingga berdenyut.

"Sorry Hazwani, i really can't remember..."

Aduhai, kesian pulak paksa dia ingat semua benda. Dah sah-sah dia lupa.

"Jom ikut saya makan." Pelawanya mahu Elleana ikut dia.

"Makan kat mana?"

"Kat kantin lah tempat cikgu. Pedulikan orang. Awak kan girlfriend saya." Cikgu Hadif berjalan mendahului Elleana, hampir saja tangan Elleana mahu dia pegang namun pantas gadis itu sembunyikan.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now