Part Seventeen

101K 5.2K 120
                                    

"Cikgu Hadif ajak aku teman dia masuk debat peringkat kebangsaan!" Cerita Elleana teruja membuatkan Wana sampai ternganga menunggu gadis itu membuka mulut.

"Alaa kenapa dia tak ajak aku, frustnyaaaa!" Wana menjerit tidak puas hati setelah mendengar berita ini.

"Jangan jealous ye bae? Cuma aku belum lagi cakap setuju, aku minta bagi aku masa untuk fikir. Ceh macam dia melamar pulak kan nak minta masa bagai?" Elleana ketawa terbahak-bahak diikuti dengan Wana perasan pula.

"Bila pertandingan tu? Aku harap kau setujulah Ell, yelah aku akui kau memang berbakat dalam semua berkaitan Bahasa Melayu." Puji Wana jujur dari hatinya.

"Cikgu cakap... rabu minggu depan. Lambat lagi, tapi dia belum cari bahan---"

"Berbual apa ni? Rancak betul. Apa yang rabu depan? Ceritalah." Fariz menyampuk ke meja Wana atau lebih tepat mejanya sendiri juga kerana Elleana tumpang duduk di situ sebentar.

"Rahsia orang perempuan. Kau jangan menyibuk!" Wana memeluk bahu Elleana sambil ketawa menandakan ini cuma rahsia antara mereka.

"Alaa jahatlah kau, Wana. Elleana----  bagilah tahu saya. Ada apa?" Rengek Fariz tetap saja berusah mengorek rahsia itu.

"Tak boleh, Fariz. Kan dah cakap ini rahsia orang perempuan. Awak tak boleh tahu. Okaylah saya nak balik tempat duduk saya. Bye!" Elleana cepat-cepat lari belakang tatkala Fariz sedang menunggu dengan wajah bersungguh.

Iman sedang tekun menyelesaikan latihan Mathematics dalam buku latihan yang dibelinya daripada tahun lepas lagi. Semakin banyak latihan semakin dia dapat menambah pengetahuan. Wajah Elleana sikit pun dia tidak pandang sejak dari tadi, sungguh Elleana juga tidak heran!

"Elleana! Berdiri kat luar, saya suruh siapkan kerja sekolah awak buat apa kat rumah? Jaga suami? Jaga anak?" Bentak Cikgu Nisa menghalau gadis itu keluar dari kelasnya.

Eh? Macam mana cikgu tahu aku jaga suami kat rumah?

Elleana berjalan lemah keluar dari kelas 5 Science diikuti pelajar lain yang gagal menyiapkan kerja sekolah juga. Bibir Elleana digosok-gosok dengan jarinya, dia sendiri pun tidak sedar dengan tabiat barunya. Lebih menyakitkan hatinya Iman tidak lansung peduli dia didenda. Mata Iman hanya fokus memandang papan putih di depan biarpun sesekali terdetik juga menjeling keadaan Elleana di luar kelas. Kasihan? Salah dia sendiri yang tak mahu berusaha!

"Ni semua sebab kau, mintak tolong ajar maths semalam kau tidur." Elleana terus menyalahkan Iman saat waktu Cikgu Nisa berakhir. Iman hanya diam lagi dan mengoncang liquid seperti tiada apa yang berlaku.

×××××

"Papa, rabu depan Cikgu ajak Ell masuk pertandingan debat. Boleh tak?"

"Papa tak kisah... Ell tanya suami Ell, kalau dia izinkan Ell pergilah." Jelas papa sambil ketawa juga apabila Elleana lupa statusnya. Keizinan itu bukan lagi dengan persetujuannya tetapi Iman.

"Alaa papa.... Iman macam---- jealous je. Cikgu tu lelaki, handsome pulak tu." Rengek Elleana mencebik persis Nina.

"Oh patutlah papa tengok muka Iman masam macam cuka je." Dato Hamid ketawa kecil sesekali mengejek anaknya sendiri.

Bukan cuka je, asam jeruk, asam boi, segala asamlah!

"Orang lelaki memang kuat jealous, tambah-tambah lagi bila kita dah bergelar isteri dorang. Abang dulu macam tu kan?" Usik makcik Yani merenung ke arah Dato Hamid mengenang nostalgia pulak!

"Masa bila pulak saya jealous? Awak tu yang tak boleh berpisah dengan saya yang handsome ni. Saya rileks je." Ujar Dato Hamid bangga masih bergaya di usia empat puluhan. Elleana tergelak besar mendengar usikan mereka berdua.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now