Part Thirty Eight

97K 5.3K 533
                                    

"Perkhemahan? Iman tahukan papa takkan benarkan, so kenapa bagi borang ni lagi?" Dato Hamid menghirup air meletakkan kembali borang kebenaran perkhemahan di atas meja.

"Alaa paaa bolehlah. Last year kot." Rayu Iman pertama kali merayu demi Elleana.

"Papa cakap tak boleh then tak boleh lah. Enough!" Bentak Dato Hamid membuntangkan matanya tanda keputusan muktamad.

Iman masuk ke bilik menghempas pintu kuat berjalan ke katil merebahkan tubuhnya. Mulutnya merungut tanda protes masih sakit hati dimarahi papa.

"Papa tak izinkan?" Teka Elleana.

"Haa dah tahu kan? Diam." Balas Iman dengan nada mendatar saja.

Pelik, semalam tak bagi aku pergi. Harini? Dia merayu nak pergi pulak. Iman.. Iman...

"Okay, bagi peluang aku pulak pujuk papa." Suara Elleana yakin.

"Takpayahlah. Aku pun dia tengking, inikan pulak kau..."

"We will see yah!" Elleana menunjukkan dua jarinya ala-ala menembak sambil kepala dianggum yakin. Nalurinya kuat mengatakan papanya tetap tidak akan bersetuju.

Degil! Sah-sah papa tak bagi kot.

Bunyi pintu ditolak lantas ditutup perlahan saja. Wajah Elleana yang tiada reaksi sukar buat Iman teka apa keputusannya.

"Takpayah cakap, aku dah tahu---"

"No,no, no! Jangan nak pandai sangatlah. Kalau aku cakap papa setuju? Macam mana?" Elleana mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum sinis.

"Tipulah. Terang-terang papa cakap tak boleh tadi." Iman menafikan lagi. Takkanlah sebegitu cepat papa ubah fikiran. Tak tak...

"The fact is papa cakap yes. Haa faham tak?" Elleana sekali lagi menegaskan.

What? Gila lah. Dengan anak sendiri berkeras tak bagi, dengan menantu dia? Senang-senang bagi.

"Esok papa suruh kau bawak aku pergi beli barang apa yang patut. Okay?" Arah Elleana bangga sudah mendahului Iman mendapatkan hati bapa mertuanya. Sepanjang malam Iman terpaksa melihat wajah angkuh Elleana.

×××××

"Beratlah beg ni! Bukan nak tolong ke apa..." Rungut Elleana sakit hati ditinggalkan Iman yang nampak bersahaja jalan ke kantin dimana tempat pelajar berkumpul sebelum menaiki bas.

"Alahai lembiknya. Macam mana nak pergi kem ni? Kau bawak batu ke apa?" Usik Iman patah balik ke belakang mengangkat beg Elleana.

Batu?! Dia lupa ke aku ni tolong bawak sweater dia, stoking dia, makanan dia!

Usai meletakkan beg Elleana atas bangku kantin, dia kembali teringat untuk bertanya bagaimana caranya Elleana menambat hati papanya dengan senang sekali memandangkan persekitaran masih sunyi dek kerana pelajar lain belum sampai begitu juga dengan guru pengiring.

"Ell, macam mana papa boleh setuju? Ceritalah."

"Aku cuma cakap--- papa ini last year kitaorang. Kesian Iman nak merasa pergi kem. Ell takpe, Ell dah biasa pergi camping ni. Papa jangan risau, Ell mesti jaga Iman dengan baik. Boleh ye paa? Haa terus papa angguk setuju." Cerita Elleana dengan yakin sekali sambil tersenyum bangga. Iman memandangnya sekilas, kali ini dia tidak boleh berdiam diri.

"Banyaklah kau jaga aku! Papa memang, dengan orang lain semua benda boleh. Dengan aku? Itu tak boleh, ini tak boleh." Rungut Iman ditambah lagi cuaca pagi yang sudah semakin terik menambah panas dalam hati.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now