Part Sixty Two

101K 4.5K 99
                                    

Melihat Elleana tergelak-gelak pagi itu, Iman mendekati isterinya. Pinggang Elleana dia dakap dari belakang. Kepala Elleana memandang ke sisi tatkala merasa hidung suaminya berlaga dengan kepala sedikit.

"Apa yang happy sangat ni? Ketawa memanjang." Tegur Iman mengerutkan keningnya. Langsir yang diselak sedikit cukup sempurna untuk mereka berdua melihat matahari naik.

"Alaa happy pun salah? Saya sedihlah macam ni." Elleana memuncungkan bibirnya pura pura merajuk.

"Last night--- it was great." Ujar Iman tiba-tiba mengingatkan lagi. Elleana berlari melepaskan pelukan Iman lantas menyembunyikan mukanya dalam selimut.

Janganlah tegur pasal semalam. Malulah!

"Alaa nak buat apa malu, Iman kan milik Ell. Ell milik Iman... dalam bilik ni kita berdua je." Iman membuka selimut, Elleana berjalan laju ke meja solek mahu segera memakai tudung memandangkan hari ini mereka akan pulang.

"Asyik pegang handphone je, main apa?" Tanya Iman terus merampas telefon Elleana yang dipegangnya baru sekejap saja.

Ternyata Elleana ada memuat naik gambar mereka berdua di Instagram. Ramai juga pengikutnya yang memberikan komen mengatakan mereka pasangan suami isteri muda paling romantik, semua itu dia berani kongsi setelah status mereka sebagai suami isteri terbongkar dalam majlis kecil kecilan tempoh hari.

"Menyempat aje..." Sindir Iman memulang kembali telefon Elleana, serba salah juga dibuatnya.

"Sorry Iman... kalau tak suka Ell boleh delete---"

"Nah, its okay. Dah siap packing kan? Flight pukul sebelas pagi. So sekarang---- jom sarapan kat restoren mek depan sana!" Geletek Iman membuatkan Elleana memukul lengan suaminya. Gemar betul menggeletek sekarang!

Sebaik saja mereka membuka pintu dalam keadaan sakan bergelak ketawa, enam orang warga kampung sudah berada di depan bilik termasuk Pok Hem. Apa hal pulak orang tua ni sampai ajak ramai ramai bertandang kat bilik sini? Tahulah dah nak check out, tapi takkan tak boleh tunggu sampai betul betul bagi kunci?

"Ada apa ni Pok Hem?" Tanya Iman hairan melihat wajah orang tua itu semakin serius. Mata Pok Hem tertumpu ke arah pegangan tangan mereka. Masakan adik beradik sekarang suka berpegangan tangan?

"Maaf ye Iman, Pok Hem ni benarnyo tok yakin awok berduo adik kakok. Pok Hem takut bersubahat kalau ado berlaku maksiat dalam homestay Pok Hem." Jujur Pok Hem serba salah pula. Orang tua itu mula menundukkan wajahnya.

Mek berlari menuju ke homestay Pok Hem setelah melihat warga kampung mula mengekori belakang Pok Hem. Apatah lagi ada Ustaz masjid kawasan situ sekali. Pasti ada apa-apa yang berlaku.

"Kami suami isteri Pok Hem. Maafkan kami menipu Pok Hem, kami datang sini sempena cuti." Jujur Iman menyelongkar dompetnya mencari kad nikah.

"Jumpa tak?" Bisik Elleana.

"Tak jumpa. Kalau tertinggal matilah kita." Bisik Iman kembali. Dia masih mencari. Kali ini dia menyelongkar beg galasnya pula.

Ya Allah tak ada. Mohon bantu kami.

"Maafkan kami, kami terpakso bowok adik berduo ke balai." Ustaz tadi mula menyuruh orang-orangnya memegang Iman.

Iman dan Elleana akur, menunggu saja. Nak call papa pun tak menyempat dah.

"Tunggu!" Laung seseorang. Mereka semua serentak memandang ke belakang.

"Kami nok cepat ni mek, ado kijo. Budok-budok ni kato laki bini tapi takdo kad nikoh." Jelas ustaz tadi. Iman menangkap satu-satu setiap pertuturan ustaz tadi.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now