Part Four

123K 6.2K 569
                                    

"Ell, bersiap cepat. Dalam sejam lagi keluarga bakal suami Ell sampai tau. Pakai cantik-cantik." Arah maksu menolak Elleana masuk ke bilik supaya bersiap.

"Bakal suami ape ni Fatihah? Kau mengarut apa ni?" Tanya makngah dengan nada menjengkelkan.

"Macam ni lah Angah, aku taknak sorok apa-apa. Sebelum arwah Along pergi dia ada bagi aku surat dan aku bukak lepas selesai majlis tahlil. Dalam surat tu Along nyatakan dia nak jodohkan Ell dengan anak kawan baik dia. Nak taknak itu amanah Along, aku kena tunaikan." Jelas maksu sambil menyapu halaman rumah mahu kelihatan kemas dimata keluarga Dato Hamid.

"Kenapa kau tak pernah bagitahu aku? Oh! Aku tahu. Kau taknak kongsi surat tu sebab kau nak bolot harta Along sorang-sorang kan?!" Bentak makngah menuduh kelicikan maksu.

"Kau takpayah nak tuduh aku macam-macam boleh? Dahlah. Malas aku nak bertekak. Baik aku masuk mandi lagi bagus." Maksu menyimpan penyapu lidi dan terus naik ke atas untuk bersiap juga.

Elleana membelek baju-baju kurung yang tergantung di dalam almari. Baju kurung putih bersih menjadi pilihannya memandangkan semasa baba ada dulu, baba suka melihat Elleana memakai baju ini.

Kereta mewah BMW memasuki perkarangan rumah kampung maktok. Kelihatan seorang lelaki tua turun bersama seorang perempuan sebaya maksu memimpin tangan budak kecil. Elleana menyengetkan kepalanya kekanan menjengah orang itu. Tak ada lelaki muda pun?

Pintu kereta dibuka lagi kali ini menampakkan seorang lelaki memakai baju lengan panjang kemas dan berseluar jeans keluar daripada kereta namun wajahnya masih tidak kelihatan kerana dia membelakangkan tubuhnya. Tak panas pun nak pakai cermin mata hitam? Typical budak bandar.

"Waalaikumussalam. Meh masuk-masuk. Jemput naik atas. Maaflah rumah kami biasa je."

"Terima kasih. Iman cepat naik. Terhegeh-hegeh." Perli Dato Hamid tidak mahu Iman memberi malu.

"Duduklah dulu. Saya pergi dapur buat air ye?" Maksu meminta diri untuk ke dapur usai melihat tetamu duduk dengan selesa.

Perempuan sebaya maksu turut mengikuti dengan niat ingin menolong di dapur. Lelaki tadi membuka cermin mata hitamnya menampakkan wajahnya dengan jelas. Ini lelaki ke perempuan? Cantik je. Kenapalah ada lelaki cantik dalam dunia ni? Cantik mengalahkan aku. Muka dia, jangan kata jerawat. Bintik hitam pun tak ada. Malunya.

"Kakak ngendap abang ye?" Budak kecil tadi menghayunkan tangan Elleana sekaligus menyentakkan lamunan Elleana tadi.

"Eh--mana ada. Adik ni nama apa?" Elleana melutut mencuit pipi comel budak tadi.

"Nama adik Nina. Nina Humairah. Adik lima tahun. Tahun depan adik nak masuk tadika. Nama kakak apa?" Nina meletakkan kedua tangannya ke pipi Elleana.

"Nama kakak Nur Elleana. Adik boleh panggil kakak Ell je."

"Nama kakak 'Ell je'? Kenapa pelik?" Budak tadi menggaru kepalanya. Keliru.

"Bukanlah. Panggil kakak Ell sahaja. Kak Ell pun boleh." Balas Elleana untuk elakkan kekeliruan Nina.

"Oh ingatkan semua orang panggil Kak Ell, 'Ell je'." Gelak Nina menambat hati sesiapa yang mendengarnya.

Dato Hamid dan lelaki muda tadi menghirup air oren dalam gelas sedikit. Perempuan sebaya maksu masih belum kelihatan sejak dari tadi, mungkin masih di dapur. Bayang makngah lagilah tidak kelihatan lansung. Bagus juga kalau tidak mesti dia akan malukan Elleana di hadapan bakal keluarga baru Elleana. Elleana membawa Nina masuk ke biliknya merasakan lebih privasi jika berdua.

"Nina, lelaki yang pakai baju batik tu siapa?" Tanya Elleana sambil menyikatkan rambut Nina yang terurai panjang.

"Itu papa Nina, yang sebelah papa tu... abang Iman. Yang cantik tadi, ibu Nina." Terang Nina panjang potpet tanpa berhenti jika sudah bercakap.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now