Part Eight

115K 5.4K 284
                                    

Oncall

"Haa ape? Aku tak boleh keluar malamlah. Nanti papa bising." Rungut Iman menyembunyikan hakikat. Malam berinai aku malam ni!

"Alaa sekejap jelah, pergi lepak mamak tengok bola je pun. Tak sporting lah kau Hilman." Rajuk Fariz rancangannya untuk menonton bola bersama ditolak.

"Tak bolehlah Fariz. Papa aku jaga pintu pulak tu." Balas Iman melihat papanya yang duduk berdekatan dengan pintu. Kali ini dia tidak membohongi Fariz!

Sanak saudara mula datang memeriahkan lagi malam berinai. Pakar melukis inai baru saja sampai sebaik saja orang ramai sudah memenuhi kawasan ruang tamu. Kak Sara memang tukang inai paling direkomendasi oleh kawasan perumahan situ. Elleana memakai baju kurung yang diberikan oleh Dato Hamid, katanya memang sudah dibeli khas buat Elleana.

"Mudanya pengantin kita." Suara Kak Sara teruja melihat Elleana yang kecil molek saja.

"Baru tujuh belas tahun tapi saya nak kahwinkan je senang. Budak sekarang bukan boleh percaya sangat." Dato Hamid mengerling ke arah anak lelakinya.

"Baguslah tu Dato! Elleana sini tangan akak ukirkan inai, cepat buat cepatlah siap. Pengantin lelaki tak berinai lah ye, takut inai merah tak hilang pulak nak sekolah dah kan. Elleana saya pakaikan inai putih je, boleh kopek nanti." Arah Kak Sara meminta tangan Elleana diletakkan atas bantal.

Selamat tangan aku!

"Assalamualaikum!"

"Haa angah lambat sampai. Masuklah." Pelawa Maksu sebaik melihat Fatma tercongok di depan pintu.

"Besarnya rumah Dato ni! Aku ingatkan istana lah tadi." Jakun suara Fatma masuk ke rumah sambil melopong mulutnya melihat perabot mewah.

"Maksu, Afi nak cakap sikit boleh? Berdua?" Bisik Abang Afi usai melihat Elleana sedang khusyuk berinai. Maksu membawa Abang Afi ke dapur untuk lebih privasi. Muka Abang Afi jelas kelihatan mahu memprotes.

"Maksu, kenapa tak bagitahu Ell nak kahwin? Maksu tahukan Afi cintakan Ell daripada dulu lagi! Kenapa maksu buat Afi macam ni!" Marahnya sudah tidak tertahan. Hubungan yang dia sangkakan semakin membaik musnah begitu saja.

"Maksu----tiada pilihan lain. Ini amanah baba Ell. Maksu mintak maaf Afi."

"Afi akan belajar redha tapi kalau lelaki tu sia-siakan Ell tahulah Afi nak ajar macam mana. Afi akan rebut Ell semula." Ujar Afi dengan penuh dendam, memang dia masih panas namun apakan daya.

Fatihah sedikit risau dengan tindakan nekad Afi. Dia tahu Afi anak saudaranya bukan sekadar bercakap saja sudah pasti lambat laun dia akan buktikan juga. Sebenarnya dia juga serba salah mahu mengabarkan berita ini sejak awal, bimbang Afi akan melakukan apa saja untuk melarikan anak saudara perempuannya jika hanya itu pilihan yang dia ada. Keputusan untuk memberitahu Afi disaat akhir adalah keputusan yang sangat tepat dan sangat betul.

"Ell, abang nak cakap sekejap boleh?"

"Sekejap ye, inai Ell belum kering." Pinta Elleana menunjukkan belakang tangannya terukir sarat.

Usai menghantar Kak Sara dan suaminya ke pintu depan, Elleana terus ke belakang berjumpa dengan Abang Afi. Wajah Abang Afi yang menunjukkan seribu satu kegusaran ditambah pula dengan bergelas gelas air teh o suam diteguknya. Elleana yakin ini ada kaitan dengan majlis pernikahan esok. Dia tahu Abang Afi telah lama memendam rasa itu namun apabila tiada lagi penghalang akhirnya muncul pula wasiat yang tidak lansung mereka jangka terpaksa dilaksanakan sepenuhnya.

"Kenapa nampak macam sedih je? Abang tak suka ke Ell nak kahwin?" Tanya Elleana sudah menduga apa jawapan lelaki itu.

"Abang tumpang gembira dengan semua ni cumanya abang belum boleh ikhlas untuk lepaskan hati abang pada orang lain. Hati abang sakit Ell." Luah Abang Afi menekup separuh wajah. Suaranya bergetar diiringi nada sayu menyuarakan hatinya.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now