Part Eleven

109K 5.6K 200
                                    

"Seronok menggatal dengan Fariz?" Sindir Iman meletakkan beg menjeling Elleana.

"Yang kau tu, seronok menggatal dengan Wana kan?"

Tok! Tok!

"Abang, papa panggil!"

"Okay Nina. Nanti abang keluar."

"Dahlah malas nak bertekak dengan kau. Baik keluar lagi bagus." Getus Iman berpaling sebelum keluar dan menutup pintu.

Haa keluarlah sana!

Iman melihat papanya dan Makcik Yani berpakaian kemas dan wangi. Nina juga mengenakan dress puteri merah jambu sambil menggalas beg kecil dibelakang. Papa nak pergi mana?

"Haa Iman, papa dengan Makcik Yani nak pergi rumah saudara Makcik, mungkin balik lambat. Nina papa bawak sekali lah."

"Makan malam dorang macam mana abang?" Tanya Makcik Yani.

"Takpa ibu, Ell boleh masak. Jangan risau." Elleana tiba-tiba mencelah selepas keluar dari bilik untuk menghantar mereka ke depan.

"Baru papa teringat... power ibu Ell memasak mesti menurun dekat Ell kan, awak jangan risaulah Yani, Ell mesti pandai masak sesedap ibu dia. Anak kita takkan mati kebulur punya." Dato Hamid menyusul makcik yani yang mahu masuk ke dapur memyediakan makanan buat mereka.

Papa pun tahu pasal ibu? Kenapa semua orang asyik sebut pasal ibu tapi tak pernah nak cerita pada Ell?

Elleana menghabiskan masanya menonton televisyen sedangkan Iman khusyuk membaca buku nota, begitulah kontranya sikap mereka. Jam menunjukkan sudah hampir pukul masuk waktu magrib. Elleana terus mengambil wudhuk dan membentangkan sejadah, usai memberi salam laju saja dia melipat kembali telekung.

"Kau nak pergi mana ni? Tak menyempat betul." Soal Iman belum sempat menghulurkan tangan untuk dicium Elleana.

"Aku nak pergi dapur, masak makan malam untuk kita berdua. Kenapa nak tolong ke?"

"Taknaklah. Kau isteri, kau lah masak."

"Eleh! Dahlah. Tunggu aku panggil baru keluar tau."

"Hm yelah. Pergilah masak sana. Banyak pulak bebel dia."

Nak masak apa ni? Ayam sambal? Biasa sangat. Ayam kurma? Lagilah biasa sangat. Udang masak tiga rasa! Elleana mengeluarkan udang daripada peti sejuk. Dia membasuh udang tadi dan memotong menjadi kecil-kecil bagi memudahkan suaminya makan terus.

"Iman jom makan. Dah siap."

"Kau ni betul ke pandai masak? Macam tak tahu masak je. Kalau tak sedap serius aku takkan makan tau." Ayat yang dikeluarkan daripada mulut Iman sengaja dengan niat mahu menyakitkan hati Elleana. Cemburunya siang tadi belum habis lagi!

"Duduklah dulu. Aku cedokkan nasi." Elleana memberi layanan istimewa untuk Iman malam ini, terasa bagai hidup berdua dengan suami.

"Nah rasalah. Mesti kau suka punya." Elleana turut mencedokkan lauk tadi dan meletakkannya di atas permukaan nasi yang masih panas.

"Okay. Aku rasa." Sudu tadi Iman muatkan nasi putih dan sedikit lauk sebelum dia suap ke dalam mulutnya. Kunyah demi kunyah untuk memastikan rasa masakan Elleana.

"Macam mana? Sedapkan?" Tanya Elleana tidak sabar mahu dipuji.

"Hmm, not bad lah. Setakat nak alas perut tu... bolehlah. Dah makan cepat! Boleh buat kerja sekolah sama-sama." Iman mengarah pula memandangkan papa tiada di rumah. Cara memberi arahan juga sama anak beranak.

"Alaa taknaklah... bosan kerja sekolah math, addmaths kira-kira bagai. Aku suka bahasa melayu and sejarah je!" Keluh Elleana sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now