Part Sixty Five

114K 4.6K 132
                                    

"Tahniah Iman, keputusan awak--- straight A's." Ujar Elleana tumpang gembira dengan keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia lelaki itu sekaligus menjadikan lelaki itu pelajar terbaik sekolah tahun ini.

"You too my wife."

"Saya kurang satu A..." Balas Elleana sayu. Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia yang dia perolehi ditenung berulangkali. Andai saja dia lebih serius belajar.

"Kurang satu A je Ell, aku--- kurang dua A. Entah ada tempat untuk aku ke tak nak sambung belajar luar negara." Wana mencelah, suaranya juga kedengaran sangat sedih. Elleana mendekati dan memeluk bahunya, ternyata kata katanya tadi telah menyinggung Wana.

"Alolololo... Wana. Pandang saya." Arah Fariz mula melutut mengeluarkan sesuatu. Wana menggeleng kepalanya tanda memberi peringatan kepada lelaki itu supaya jangan bertindak yang bukan bukan depan khalayak ramai.

"Kejap! Kau gila ke nak ajak dia kahwin depan orang ramai?!" Iman menarik bahu Fariz meminta lelaki itu bangun.

"Eh biarlah! Ingat kau sorang je nak bahagia, aku takpayah bahagia lah? Sibuk je..." Fariz menjeling kembali kepada fokusnya mahu melamar Wana juga, dia mahu semua orang disini menjadi saksi.

Iman dan Elleana menjauhkan diri seketika daripada mereka hanya melihat dari jauh saja. Sungguh Fariz gila!

"Wana? Sudi tak awak terima saya sebagai teman dunia akhirat? Say yes and then saya akan hantar rombongan meminang. Say no--- then saya takkan tunjukkan lagi muka saya depan awak." Ujar Fariz mula membuka kotak cincin tadi, semua mata mula memandang mereka. Kalau kata yes cepat sangat nampak macam gedik pulak!

Wana terkedu masih belum memberi jawapan. Fariz kembali bangun berdiri masih menantikan jawapan gadis itu.

"Erm maybe yes..." jawab Wana perlahan.

"Apa dia? Yes or no?" Tanya Fariz menginginkan kepastian biarpun dia sudah mendengar.

"Saya cakap yes. Awak pekak ke?" Suara Wana mulai meninggi sengaja merespon begitu mahu menutup rasa malunya.

"Haa yes?! Yihuuuuuu!" Jerit Fariz teruja menutup kotak cincin tadi. Wana kembali menarik lengan baju Fariz supaya bertenang. Malu dilihat seperti orang gila.

Iman menolak wajah Fariz yang ketawa persis orang tidak waras kerana terlampau angau. Menyampah ada, geli pun ada!

×××××

"Saya tak kisah, Zana bincang dulu dengan dorang." Ujar Dato Hamid menyokong saja rancangan Rozana.

"Bincang apa paa---"

"Macam ni Iman, Elleana. Ibu bercadang nak daftarkan korang berdua di Universiti France. Iman dan Elleana boleh duduk dengan ibu kat sana." Jelas Rozana merasakan Universiti tempat dia lanjutkan pelajaran dahulu cukup baik juga. Lagi pula dia mahu meluangkan masa untuk mengenali anak dan menantunya.

Iman dan Elleana saling berpandangan. France? Jauh tu!

"Papa rasa macam mana?" Tanya Iman memerlukan pendapat papanya memandangkan ini berkaitan masa depannya.

Dato Hamid mengangkat mukanya saat ditanya anak lelakinya. Hati dia sebenarnya tidak begitu merelakan mahu berpisah dengan Iman lagi pula jauh di negara orang. Sanggup ke Nina lepaskan abangnya?

"Papa okay je. Cuma--- papa risaukan Nina." Ujar Dato Hamid menyetujui saja namun dia kembali teringatkan seorang yang begitu susah melepaskan Iman.

Ya Allah Nina! Kalau dia tahu ni mesti dia sedih.

"Nina dah dengar. Abang nak tinggalkan Nina. Pergilah!" Bentak Nina berlari naik ke biliknya rupanya bersembunyi berdekatan tangga.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now