Part Fifty Eight

85.6K 4.5K 183
                                    

"Syafiq Hilman. Betul ke apa yang papa dengar ni?" Tanya Dato Hamid menjengilkan matanya, Nina sememangnya sudah menceritakan kesemua tentang apa yang berlaku.

"Yes. Iman halau dia." Jawab Iman selamba. Hatinya masih sakit tatkala teringat adegan mereka berpeluk di dapur. Rasanya dah tak sanggup nak masuk dapur.

"Tapi kenapa? Apa yang Ell buat, tuduhan Iman tu tak masuk akal tahu tak? Selama ni Ell punya jaga Iman, sayang Iman." Ujar Dato Hamid lebih membela menantunya, dia yakin anak arwah Farid baik persis babanya,

"Dia bukan baik yang macam kita sangka. Dia tak pernah sayangkan Iman pun---"

"Enough! Papa taknak dengar lagi. Kejap lagi kat pujuk Ell balik sini." Tegas Dato Hamid geram sudah hilang sabar. Terasa gagal mendidik anaknya sendiri untuk menghargai kaum wanita dengan sebaik mungkin.

"No! I will not!" Bentak Iman mengayuh basikal ke sekolah mahu lari daripada terus dibebel papanya.

"Syafiq Hilman!" Jerit Dato Hamid mengejarnya sehingga ke depan rumah. Makcik Yani menenangkan suaminya agar tidak melenting, sudahlah penat baru balik jalan jauh tambah lagi dengan masalah anak menantunya.

×××××

"Iman tu Ell..." Tunjuk Fariz ke arah Elleana yang berjalan kaki masuk ke dalam sekolah. Peluh yang masih melekat di dahi dia lap menggunakan kain muka kecil.

Iman menjeling tajam, sangkaannya gadis itu akan bercuti. Rasa benci hadir membuak-buak.

"Ell muncul jugak kau! Rindu rindu." Wana memeluk bahu Elleana riang. Elleana hanya berdiam diri membalas senyuman sahabatnya, Tidak banyak bicara.

"Jap! Kenapa jalan kaki datang sekolah? Kalau pun basikal kau pancit, suami kau kan ada." Tanya Wana lagi mempersoalkan caranya ke sekolah hari ini.

"Saja. Nak jalan kaki." Jawab Elleana ringkas mahu mengelak daripada mengingati kejadian semalam.

Elleana meninggalkan Wana seorang diri di kantin, dia betul-betul hilang mood untuk berbual apatah lagi bergurau. Begitu juga dengan Iman, pagi itu ramai pelajar yang ditengkingnya akibat datang lambat. Angin mengalahkan orang datang bulan!

"Wana, kita kena buat sesuatu!" Sergah Fariz memeranjatkan Wana.

"Haa apa ni? Saya tak fahamlah awak. Awak macam ni, Ell macam tu. Apa dah jadi sebenarnya ni?" Tanya Wana menongkat dagu seperti sudah banyak ketinggalan.

"Iman dengan Ell nak berpisah!" Bisik Fariz dengan nada menjerit sedikit.

"What?! Berpisah? Bercerai? Tapi kenapa!" Jerit Wana kembali dalam keadaan berbisik tak mampu mengawal dirinya setelah mendengar berita mengejutkan ini.

"Shhhh perlahan sikit, itu saya tak tahu. Yang penting--- Iman sendiri cakap. Saya rasa, saya punca dorang gaduh. Yelah saya kan handsome." Usik Fariz sambil mengusap rambutnya kebelakang masih sempat bergurau.

"Apa? You really mean it? Kalau saya tahu awak punca dorang gaduh, saya cincang awak!" Ugut Wana menudingkan jarinya, sebelah keningnya dinaikkan.

"Ehh mana ada! Gurau jelah. Saja cari publisiti. Haha." Gelak Fariz diikuti Wana. Wana terus memandang tempat duduk belakang. Iman dan Elleana masih duduk bersama cumanya--- kerusi dijarakkan sedikit.

×××××

"Syafiq Hilman! Mana Ell?" Tanya Dato Hamid yang sudah menunggu di pintu depan rumah.

"Entah. Dia taknak balik kot. Biarlah." Jawab Iman acuh tak acuh. Dia terus masuk ke bilik menghempas pintu.

Ell, Ell, Ell. Takde orang lain nak sebut? Ergh!

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now