Part Twenty Five

97.3K 5.1K 254
                                    

"Papa mana?" Tanya Elleana tidak nampak kelibat Dato Hamid sebaik saja dia masuk. Dia pulang awal ke rumah kerana mahu memberitahu tentang Fariz dan Wana barangkali papanya boleh merahsiakan tentang status mereka.

"Papa terus pergi hospital sebab Iman dah sedar." Balas Makcik Yani sambil menghidangkan makan tengahari memandangkan suaminya akan segera pulang mengambil Elleana kemudian ke hospital semula.

Hah? Dah sedar? Sepatutnya aku ada kat sana...

"Kejap lagi papa balik ambik Ell tau, cepat mandi lepastu keluar makan ye?" Tambah Makcik Yani melihat Elleana sedikit kecewa tidak ditunggu suaminya untuk pergi bersama ke hospital.

Syukur Allah makbulkan doa aku... akhirnya kau sedar jugak. Iman, tunggu aku tau!

Elleana makan dengan cepat tidak sabar menunggu papa menjemputnya. Bunyi enjin Dato Hamid memasuki perkarangan rumah menambah kegembiraan Elleana berserta
senyuman kecil. Elleana tahu pasti ada khabar gembira jika lelaki itu tersenyum begitu.

"Abang senyum-senyum ni kenapa?" Makcik Yani menegur.

"Tadi doktor dah cabut alat bantuan penafasan. Mula-mula saya risau jugak Iman tak boleh bernafas sendiri tapi Iman cakap dia okay." Cerita Dato Hamid menambah keterujaan Elleana yang sememangnya sudah bersedia mahu melawat Iman namun ada satu perkara yang menganggu fikirannya. Mahu diceritakan kepada papa tak manis pula...

×××××

"Mana ni Fariz?" Wana memukul bahu Fariz tidak sabar lagi apabila Fariz selaku penunjuk jalan asyik salah saja.

"Sabarlah, aku tengah cari mana wad ICU. Aku first time kot sampai hospital ni." Mata Fariz meliar mencari bilik dengan papan tanda Unit Rawatan Rapi.

"Eh! Tu bukan---- Hilman ke?!" Wana menunjukkan seseorang dalam bilik Unit Rawatan Rapi anehnya lelaki itu tidaklah seteruk yang diceritakan oleh Cikgu Wati.

"Cepat-cepat masuk!" Fariz berjalan laju menyusul masuk ke dalam bilik itu risau ditangkap jururawat garang pula.

Iman yang baru saja mahu baring terkejut menerima pelawat yang begitu dia kenali. Telefonnya dia sembunyikan bawau selimut risau pula jika Elleana menghantar mesej disaat begini.

"Korang buat apa kat sini?" Tanya Iman mengangkat keningnya aneh.

"Kitaorang datang nak melawat kau lah! Kau macam mana? Okay tak? Bila boleh balik?" Soal Fariz bertubi-tubi dibalas dengan pertanyaan kembali.

"Saya risau... saya call awak, whatapps awak. Lansung tak ada jawapan." Wana mendekati Iman lantas melabuhkan punggungnya ke kerusi berhadapan Iman.

Sweetheart :
Saya ontheway datang hospital. Awak tunggu tau.

Whatapps daripada Elleana dia buka sorok sorok sambil terukir senyuman dibibir. Tangannya laju menaip memberi amaran supaya Elleana melengahkan papa memandangkan dua sahabatnya ini ada, risau rahsia akan segera terbongkar jika papa menerpa mereka dalam keadaan begini. Sejak bila Ell panggil 'saya/awak' ni. Geli pulak.

"Wana kat sini, kau whatapps siapa sengih-sengih?" Fariz menegur mengesyaki sesuatu.

"Err---- whatapps papa. Haa papa aku." Bohong Iman menyimpan kembali telefonnya dalam selimut sebelum sempat Wana menjengah.

Cepatlah balik. Ell dengan papa dah nak sampai. Please, please.

Harapan Iman menjadi kenyataan apabila telefon Wana berbunyi lantas dia segera keluar dari ruangan itu untuk menjawab panggilan yang kelihatan begitu penting. Selesai saja membuat menjawab panggilan itu, Wana kembali masuk untuk mengajak Fariz pulang. Sepertinya orang tua Wana sudah bising anak gadisnya keluar sehingga ke petang hari.

Cinta Untuk MrGarangWhere stories live. Discover now