"Suho, Kyungsoo, Baekhyun, Chanyeol, Kai, Sehun! Bangkit sekarang!" Minseok menendang-nendang punggung ahli EXO-K. Mereka menggeliat kecil. Seluruh tubuh mereka lenguh. Apa? Ingat vampire tak boleh lenguh-lenguh macam manusia? Huh!"Jangan kacau lah," ujar Kai lalu menyepak kaki Minseok dengan kuat.
"Ahh! Appo!" jerit Minseok, kesakitan.Kyungsoo akur. Dia bangun lalu terus berdiri tegak. Lelaki itu terbang dan turun ke bawah dengan mudah. Ahli EXO-M semuanya tidur diatas pokok dengan nyenyak dan membiarkan EXO-K mengawasi mereka.
Zruff zruff
Bunyi sesuatu dari dalam semak menarik perhatian Kyungsoo. Dia melangkah perlahan-lahan kearah semak-samun dengan berhati-hati.
"Soo hyung, apahal bro?" sapa Kai yang baru sahaja bangun dan membuatkan 'benda' yang berada didalam semak tersebut lari.
Kukk!!
Kyungsoo mengetuk kepala Kai dengan kuat tanpa mempunyai sebarang belas kasihan.
"Kyaa! Waegurae?" jerit Kai dengan kuat, tidak faham kenapa Kyungsoo memukulnya.
"Kau buat makanan kita lari. Sebab tu aku pukul kau," jawab Kyungsoo dengan selamba dan pergi kearah ahli yang lain.
"Omma appa. Kyungsoo hyung pukul Kai!" Kai merengek.
"Kyah Do Kyungsoo. Haiwan apa yang ada dekat sana tadi?" tanya Chanyeol. Kyungsoo merenung Chanyeol seolah-olah lelaki itu kanak-kanak ribena yang saraf-saraf otaknya terputus. Dia tak akan pernah boleh mengambil serius akan ahli-ahli EXO yang lain meski Chanyeol sendiri ialah ketuanya. Di matanya, mereka semua nampak seperti budak-budak hingusan.
"Cicak mengkarung," jawab Kyungsoo. Chanyeol terkena strok untuk seketika. Kenapa dalam banyak-banyak makanan cicak juga yang muncul? Dia tak makan benda tu.
"Esok kita memancing nak? Tak kan lah nak berlapar sampai habis misi? Kesian budak-budak manusia tu," cadang Suho. Mereka semua mengangguk setuju tanpa berfikir panjang.
Mereka tak perlu risaukan diri sendiri memandangkan mereka boleh sahaja memburu tanpa bantuan sesiapa.
××
Baekhyun's POV
"Hai, Byun Baekhyun. Lama tak jumpa," sapa Soyou dengan suara yang menggerunkan. Bibirnya tersenyum sinis.
Aku mengerutkan dahi. Macam mana dia boleh ada kat sini? Rasanya ni mimpi. Aku cuba menampar diri aku dan yeah, tak sakit HAHAHAHA. Okey ini mimpi.
"Kau SoYeos kan? Kau nak apa?" jerkah aku lalu mengeluarkan taringku yang tajam di hadapannya. Dia kelihatan marah.
"Soyou! Bukan Soyeos! Aku bukan air minuman jenama 'yeos' tu. Erh! Tak boleh ke sebut nama aku elok-elok? Bukan susah pun!" marah Soyou.
Aku ketawa didalam hati. Nak buat macam mana, payah sangat nak sebut nama dia. Kkaebsongg~
"Okey fine. So—So—Yo. You. So you nak apa?" tanya aku sekali lagi tapi dalam nada menyindir.
"Aku cuma nak bagitau kau yang puak kau tak lama lagi akan pupus. Baik korang keluar dari hutan larangan ni dan jangan harap korang boleh ambil batu mutiara biru tu!" ygut Soyou dan aku masih tidak takut. Dia perempuan. Buat apa aku takut dengan dia?
Soyou mulai mengeluarkan mata hitamnya dan gigi taringnya panjang.
"Alamak! Trouble trouble trouble!" jerit aku lalu berlari lintang pukang.
Seram punya vampire.
×××
"Baekhyun! Baekhyun! Woi!" jerit Chanyeol di telinga Baekhyun. Baekhyun tersedar dari mimpi ngeri itu dan seluruh badannya berpeluh. Habis basah bajunya. Dia memandang sekeliling dengan pandangan blur."Kenapa Baek hyung?" tanya Sehun yang sedang memandang kearahnya dengan pandangan bingung.
"Mana... Soyou?" Tanya Baekhyun dengan gelisah. Mereka memandang antara satu sama lain.
"Soyou? Siapa? Ex kau?" Suho mencelah.
"Eh? Korang— Tak apa lah. Aku mimpi je kot," jawab Baekhyun dan pergi ke sungai untuk membasuh muka. Chanyeol memandang Baekhyun sehingga dia hilang dari pandangan.
"Sistar," kata Chanyeol tiba-tiba.
Mereka terkejut. Apa kejadah yang Chanyeol mengarutkan ni?"Apa yang sistar? Kita brother," kata Suho. Dia masih blur.
"Musuh kita wahai Kim Junmyeon," jawab Chanyeol. Suho membentuk mulutnya sehingga menjadi huruf 'O'.
"Tak kan lah. Yeol, kita kena betul-betul awasi diorang nanti," celah Kyungsoo dengan cemas. Chanyeol mengangguk faham.
( Sistar pov )
"Argh! Tak guna! Aku paling benci makhluk bernama Byun Baekhyun tu!" marah Soyou sambil menghentakkan kakinya. Hyolin memandangnya dengan senyuman yang jahat.
"Kenapa? Sesat ke?" tanya Dasom.
"Yelah! Dalam otak dia tu banyak sangat benda tak penting! Yang paling banyak pasal eyeliner! Kau bayangkan aku ambil masa sejam nak jumpa dia disebabkan fikiran tak berasas dia tu!" jerit Soyou lalu berlari ke dalam biliknya. Hyolin duduk diatas takhta dengan angkuh. Tiba giliran Dasom dan Bora untuk masuk ke dalam mimpi ahli yang lain. Mereka membuat tempat persinggahan sementara di hutan larangan ini dengan kuasa yang mereka miliki.
"Dasom! Kau Tao. Bora! Kau Minseok. Sekarang!" jerit Hyolin sehingga mampu menggegarkan istana. Bora dan Dasom akur
"Hari pembalasan untuk korang dah dekat, sabar ya," kata Hyolin lalu ketawa seperti pontianak. Dia sudah tidak sabar untuk membalas dendam kepada puak vampire dari planet Lyoxo.
-bersambung
Next chap ukt ff Our Kingdom dah update 😊😊😉
YOU ARE READING
(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]
VampireSekumpulan gadis terkenal di Korea yang memiliki darah yang paling unik didunia telah diculik oleh Vampire Vampire Love Siri 2 : Our Kingdom (mohon baca ^^) Highest rank #5 in Vampire #4 in Vampire #3 in...