Part 10

3.6K 272 30
                                    


KOKKOKKOK

Ayam hutan mulai berkokok pada jam enam pagi. Sinaran mentari mulai menyinari pagi yang indah. Kelihatan ahli EXO sedang memancing ikan dengan peralatan memancing yang baru dibuat semalam. Mereka boleh sahaja menggunakan kuasa mereka untuk menangkap ikan tetapi mahu juga memancing cara manusia.

"Hyung, lambat lagi ke ikan ni nak makan umpan?" tanya Baekhyun sambil menyandar pada Chanyeol.

"Lambatlah kot," balas Minseok.

"Aku tengok ikan-ikan ni macam mana permainkan kita je," kata Chanyeol sambil menunjuk kearah beberapa kumpulan ikan yang sedang berenang sambil menonggeng dan menjelirkan lidah.

"Ha'ah lah.Kurang asam," sahut Baekhyun lalu terjun ke dalam air dan membelasah ikan-ikan tersebut dengan sungguh tak logiknya.

Ahli YEOGI terjaga dari tidur setelah mendengar bunyi bising dari arah sungai. Mereka bangun dan berjalan ke sungai untuk membersihkan muka.

Manakala Sulli masih tercegat di hadapan unggun api. Dia kelihatan sedang menggeletar kerana ketakutan.
Jongdae datang menghampiri Sulli dan duduk di hadapannya.

"Kau Sulli kan?" tanya Jongdae lalu menghulurkan tangannya. Sulli memandang Jongdae dengan mata yang kuyu.

"Nae. Choi Sulli imnida. Kau?" kata Sulli lalu berjabat tangan dengan Jongdse. Dia seperti hilang ingatan apabila memandang Jongdae sebegitu.

"Kim Jongdae. Boleh panggil Chen. Aku yang terhensem dalam EXO tau," perkenal Jongdae dengan lawak hambarnya. Sulli mengangguk sahaja.

'Betul ke? Tapi memang hensem pun sampai dapat memikat hati Choi Sulli..ha..ha..ha..' ujar Sulli dalam hati dengan sungguh tak bersemangat.

"Errhh. Apa aku merepek ni," kata Sulli tiba-tiba dan menampar mukanya berkali-kali. Jongdae terkejut dengan tindakan Sulli lalu memegang lengan Sulli.

"Hei, kenapa ni? Hyung! Ada budak kena rasuk dengan setan!" jerit Jongdae lalu memegang tangan Sulli dengan erat. Ahli EXO dan YEOGI datang kearah mereka dengan cemas.

"Waeyo? Siapa kena rasuk?" tanya Chanyeol. Jongdae tersengih lalu menunjukkan kearah Sulli yang mukanya agak pucat dan berpeluh.

"Sulli, kenapa ni? Pucat semacam je?" tanya Hana lalu memegang dahi Sulli. Sulli hampir menangis.

"Tadi Sul mimpi. Ada perempuan ni. Nama dia mengarut sangat. Dia ugut, kalau kita tak kembali ke bumi, dia akan bunuh kita semua. Sulli takut," jelas Sulli lalu memeluk Hana. Hana menyuruh Eunqa untuk menenangkan Sulli memandangkan Eunqa adalah orang yang paling rapat dengan gadis itu. Kesemua ahli EXO memandang antara satu sama lain dengan risau.

"Aku rasa lebih baik kita teruskan perjalanan kita. Pasal makanan, dalam perjalanan nanti, aku dengan Sehun akan cari. Khaja?" arah Luhan lalu bangun sambil mengangkat Sehun.

( Sistar pov )

"Kau ni tak boleh harap langsung lah bola!!" marah Hyolin lalu mencekik Bora dengan kuasa telekinesisnya. Bora pula hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

"Unnie! Bu..bu..bukan.bo..bola..ta. ta..pii..bo..ra." kata Bora dengan tergagap-gagap kerana dia tidak boleh bernafas ketika ini. Hyolin melepaskan cengkamannya

"Kau lah ni. Orang suruh masuk dalam mimpi Minseok! Dia pergi masuk dalam mimpi budak sulu tu" kata Dasom lalu melanggar bahu Bora.

"Sulli! Bukan sulu," marah Bora. Dasom hanya memberikan jelingannya kepada Bora.

"Ada aku kesah Sulli ke sulu ke?" balas Dasom lalu menjelirkan lidahnya kearah Bora.

"Kyaa..Hajima!! Dasom, budak Tao tu macam mana?" tanya Soyou. Dasom menggaru kepalanya.

"Payah lah nak masuk. Dalam mimpi dia tu ada pak guard alien tengah berkawal. Macam askar yang menjaga sempadan negara pun ada. Takutlah," jawab Dasom sambil tersenyum-senyum. Soyou dan Hyolin mengeluh. Tak boleh diharap sungguh Dasom dan Bora ni.

"Kau pun sama je macam si Bora ni," kata Hyolin lalu mengetuk kepala Dasom. Dasom mengaduh sakit.

"Appo. Unnie! Sakitlah! Bukan salah Dasom okay? Alien tu yang menyeramkan sangat! Badan hijau!" jerit Dasom lalu berlari ke biliknya.

"Nampaknya, aku yang kena jalankan tugas ni. Soyou, jagakan budak bertuah ni.. Aku nak keluar kejap," arah Hyolin lalu keluar dari istana . Dia terbang ke suatu tempat yang tidak diketahui.

-bersambung

(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]Where stories live. Discover now