"Ada siapa-siapa boleh bantu aku jalan tak?" tanya Taeyeon yang semakin tenggelem ke dalam limpahan taik kelawar. Almaklumlah dia pendek, jadi berlaku kesukaran disitu."Erk..Byun Baekhyun mana?" soal Yixing dan mencari-cari kelibat Baekhyun.
"I'm here.." Baekhyun melambai-lambai di sebelah Tao. Rupa-rupanya dia sendiri perlukan bantuan untuk berjalan disitu. Bukannya tidak mahu menggunakan kuasa terbang mereka, cuma keadaan terlalu gelap dan sekiranya Chanyeol menghidupkan api, mereka mungkin boleh terbakar. Jadi, mereka membuat keputusan untuk berjalan sahaja.
"Lerr kau pun sama Baekhyun. Kenapa lah korang ni pendek.." ujar Suho yang kini sedang berpaut kepada Chanyeol si gergasi. Cakap tak serupa bikin punya orang.
Baekhyun menjeling Suho manakala Suho mengalihkan pandangannya kearah lain.
"Korang, kenapa cahaya tu makin malap?" soal Seohyun untuk mendapatkan kepastian. Mereka memandang kearah cahaya tersebut.
"Bukan. Entahlah. Tapi. Macam mana.. Aku rasa.." Kyungsoo hilang kata-kata. Dia sendiri tidak pasti dengan apa yang sedang berlaku..
"Kita kena cepat..Aku tahu makin dalam kita pergi, makin dalam benda ni..Tapi kita tetap kena teruskan. Ara?" Ujar Luhan dan mengetuai mereka. Eunqa terpegun melihat personaliti Luhan yang tiba-tiba berubah menjadi sangat manly.
[Woobin Hyeri Pov]
Woobin memandang kearah hutan larangan dan langsung tidak berganjak dari situ. Mukanya semakin cengkung disebabkan virus yang dihidapi vampire lain menyerangnya juga.
Hyeri juga turut diminta untuk menjauhinya. Namun Hyeri tetap degil. Masakan dia mahu menjauhi suami sendiri dan tidak menghiraukannya..
"Oppa.."
"Kim Hyeri! Jauhkan diri daripada saya!" jerit Woobin. Hyeri degil dan cuba untuk mendekati Woobin. Matanya berair.
"Yeobo-yaa. Jangan buat saya macam ni. Jangan jauhi saya.."
Woobin menutup sekitar mulutnya dengan mantel. Woobin menggeleng pantas. Dia segera menunjukkan kearah hutan larangan.
"Selagi mereka belum pulang kesini sambil membawa batu mutiara biru tu. Jangan berani dekati saya. Awak nak mati ke?! Saya sekarang dah tenat! Saya dah jadi vampire tak guna. Jauhi saya atau virus ni akan buat awak terjangkit sama!"
"Pabo! Kalau saya tak jaga awak macam mana awak nak sembuh?? Jangan harapkan mereka orang tu saja. Awak pun cubalah makan ubat orang tua bodoh! Bikin aku panas lah dia ni.." bebel Hyeri. Woobin memuncungkan bibirnya..
"Saya tak nak awak disakiti. Itu aje. Jadi baik awak jauhkan diri dari saya..Kalau tak.. Saya gigit.." ugut Woobin namun Hyeri sedikit pun tidak takut..
"Gigit lah kalau berani..Aku lapor dekat polis. Dah! Minum darah ni. Tambah tenaga tu sikit. Dah macam vampire penagih dadah Hyeri tengok."
Hyeri meletakkan segelas darah yang baru diperahnya tadi. Ianya merupakan darah seekor kerbau, kegemaran Woobin. Dia terus menapak ke belakang.
"Kalau perlukan apa-apa. Panggil je Hyeri. Hyeri ada je dekat sini..Tak ke mana pun," ujar Hyeri. Woobin mengangguk faham. Dia terus membelakangi Hyeri dan terus memandang kearah hutan larangan. Sudah berapa lama agaknya mereka ke sana.. Author sendiri pun dah lupa.. Biarkan saja.. Abaikan..
"Bila korang nak balik? Apahal lama sangat? Dunia vampire hampir musnah.. Tolonglah kembali.." rayu Woobin perlahan.. Tiba-tiba, kedengaran suara beberapa orang ketawa di belakang Woobin..
"Annyeong!" sapa mereka..Woobin terkejut.
"Bwoya? Terkejut tengok kami? Oho! Well imma know imma fab.." ujar Dasom dan berlagak diva..
"Nacam mana korang ada dekat sini?!" soal Woobin. Dia sedaya upaya mengumpul tenaga untuk kelihatan kuat dan tidak lemah..
"Lels~ terbang lah kalau tak apa guna ada kuasa kalau tak nak guna.. Engkau ni pun. Ada otak tu pakailah," balas Hyorin. Dia mengejek Woobin secara depan-depan..
---------Di bumi, semuanya berlaku seperti sediakala. Namun ada satu hal yang masih mereka risaukan..
Kehilangan group YeojaGirls..
Tiada siapa yang mampu membuat apa-apa kesimpulan tentang kehilangan mereka. Agensi SN pula tidak memberikan sebarang kata putus terhadap girlband mereka. Malah, kumpulan-kumpulan yang berada di bawah naungan mereka kini diberi cuti sehingga kumpulan YeoGi dijumpai. Ini bermakna tiada comeback, station atau reality show akan disertai oleh kumpulan-kumpulan tersebut.
"Berita tentang kehilangan kumpulan terkenal YeojaGirls masih lagi misteri.. Pihak SN mengambil keputusan untuk menunda segala aktiviti artis-artis mereka untuk menyelesaikan terlebih dahulu hal ini. sementara menunggu keputusan akhir dibuat, beberapa kumpulan seperti Boys Generation, Super Senior, EXX-O, Pink Velvet, StarWOrlds, Tre(X) dan NVL (Nvillage) dibenarkan untuk menyertai tentera atau bercuti ke serata dunia.." (lmao apa aq tulis ni😂)
Hongki memandang kearah skrin besar yang berada di hadapan bangunan KBS. Pembaca berita iaitu Park Yoora direnung. Dia meramas rambutnya dengan kasar.
"Mana korang ni? Kenapa buat oppa risau?!" raung Hongki dan membaling air kopinya ke jalan raya. Dia memandang langit mendung yang seakan-akan merasai perasaan yang sama sepertinya.
Perlahan-lahan hujan mulai turun. Sejak kepergian YeojaGirls, langit sering menitiskan 'air matanya' dan mengakibatkan beberapa buah negeri di Korea di landa banjir.
"There's nothing you can do to bring them back..just..pray." ujar seorang lelaki tua kepada Hongki lalu menghilang di sebalik kerumunan orang ramai..
-bersambung
YOU ARE READING
(C)Vampire Love [EXO][뱀파이어 사랑]
Ma cà rồngSekumpulan gadis terkenal di Korea yang memiliki darah yang paling unik didunia telah diculik oleh Vampire Vampire Love Siri 2 : Our Kingdom (mohon baca ^^) Highest rank #5 in Vampire #4 in Vampire #3 in...